Tuesday, August 13, 2013

GENGGAM

"..sebesar manapun telapak tangganmu,
genggamlah segenggam butir-butir beras:

pasti takkan semua dalam genggaman.."



Nota kaki: Lu boleh cuba puaskan semua hati. Tapi cuma sekadar cuba. Takkan bisa kesemuanya. Faktab bukan? Hati lu rosak sendiri jadinya. Tapi, kiam itu penawar.

Setelah hampir tujuh tahun, gua kembali membuka sehelai surat yg 'pertama'. Surat tentang gua dan dia. Tentang kita.

Gua kutu lagi. Tadak duit. Tadak gitar. Sorang-sorang duduk tepi pantai tengok bulan sabit.

Yg jadi seterunya, gua bukan nak khurafat bagai, tp Diaridosa ini sekali gua post sekali berpaling. Mampuslah, biar gua seorang saja yg faham ayat ni.

Monday, August 12, 2013

7 BALANG KUIH (SELAMAT HARI RAYA)

"..terisi maaf, pintalah dan hadamkanlah.."



Nota kaki: Selamat hari raya. Tahun ni gua tiada kemeriahan sangat. Gua akan merindui Ramadhan lg. Minta maaf kpd semua yg membaca ya. Gua sudah berhenti dari menjadi seseorang yg sempurna, kerana rasanya kesempurnaan itu bukan untuk kita. Bukan untuk gua. 

Friday, August 2, 2013

HARI-HARI MURKA DAN TITISAN-TITISAN HUJAN

"..hati bobrok yang polos seketika
ditaksir titisan-titisan hujan,
aku kaget dikiam
kedatanganmu.

Aku percaya akan kedatangan hujan-
cukuplah jika hanya sekadar rintik,
yang mana akan selalu,
mungkin ada sebagai
awanku.."


Nota kaki: tulisan ini pernah gua palitkan dalam pos yg lepas, November 17 2010. Gua ulang pos kembali atas beberapa sebab. Salah satunya mungkin gua sudah lupa benar apa itu 'puitis' agaknya. 

Diam itu subjektif yang objektif. Mungkin.

Saturday, July 27, 2013

MENGASALNYA ASAL


"..di mana pantai menghampar, di situ pasir melantai.
di mana langit membiru, di situ awan mahu berlagu.."



Nota kaki: Cubalah meletakkan hati di setiap hati. Tak terdaya tak mengapa asalkan mencuba. Kita tak mungkin dapat memuaskan semua hati, tapi hati mesti tetap ada mencuba.

Thursday, July 25, 2013

SETANGKAI BUNGA HATI #3

Terasa seperti mahu menulis panjang. Panjang. Berkajang. Kajang. Lama gua bertafakur, tajuk apa ya untuk kali ini. Nah, gua biarkan saja dulu. Gua semak pos-pos yg lama. Aduh, rasa sudah banyak perubahan dari sudut bahasa. Dari gaya bahasa. Dari sebalik bahasa. Entahlah, kita ini cuma kita kan. Cucuk besi di hati pun mungkin tetap tak tetap iktikadnya.

*ke lagu 'Okyrro' dari For A Minor Reflection*

Kenapa gua jarang menulis panjang lagi? Cuma beberapa untaian perkataan yg berbentuk monolog sahaja. Monolog yg semakin samar natijahnya. Semakin haus isinya. Gua petik satu petikan dari filem kegemaran gua, 'The Shawshank Redemption', buah mulut dari Red, teman rapat Andy Dufrenes:

"..Every man has his breaking point.."

Nah. Gua tak pernah bosan dengan filem ini. Namun yg lebih mengujakan, filem ini adalah terhebat sepanjang zaman. Para buat lakunnya adalah pelakun terbaik sepanjang zaman. Skripnya adalah skrip terbaik sepanjang zaman. Cinematografinya adalah yg terbaik sepanjang zaman. Ini antara filem terbaik sepanjang zaman. Tapi, berapakah penghargaan yg diterima oleh filem ini? Tak banyak berbanding pencalonannya.

Bagaimana dengan kehidupan lu? Pernah lu rasakan gerak lu tak seimbang dengan langkah? Tutur lu tak selari dengan fikir lu? Hatimu tak sesama emosi lu? Masih kesamaran, kan.

Ok. Begini. Pernahkah di setiap baik lu itu langsung tiada terimakasih yg lu terima? Nah, ini paksinya penulisan kali ini. 

Sebelum jauh jari ini gua biarkan meliwat papan kekunci ini, biar gua ingatkan sesuatu dulu. Penulisan kali ini bukanlah diladeni oleh rasa tidak bersyukur. Bukanlah bersifat ujub. Penulisan ini duduk atas tasyahud sebagai seorang manusia. "Every man has his breaking point, isnt it?".

Kita biarkan semuanya berkecamuk dulu ya. Begini. Lu gunakan khudrat lu dengan menjadi belakang tabir, tapi baik lu itu dapat kepada pengerusi majlis. Lu karang satu puisi indah tentang kesatuan, tapi yg baik adalah pendeklamasi puisi itu. Lu mencipta satu melodi indah serta senikata yg amat dalam, tapi yg dapat baiknya adalah penyanyinya. Lu susun bata lakar satu istana mewah, tp yg baiknya adalah pemiliknya.

HIDUP INI BABI BENAR BUKAN!!!

Tapi di sinilah manis semua itu tersirat. Lu pernah dengar perkataan 'redha' kan? Tapi pernahkah lu cuba faham apa itu konsep redha? 

Di sini salahnya kita. Manusia adalah manusia, yg sentiasa betul walaupun salah. Kita kata kita redha, tapi kita tak aplikasikan langsung. Cuma di mulut redhanya, tapi di hati mana? Kita sentiasa kata "bersabarlah hati. Tuhan sedang menguji". Tapi sedarkah yg sebenarnya itu cuma tuturan rantaian motivasi yg bavi basi di bibir saja. Mana bersabar di hati? Apa yg kita buat dengan hati agar hati turut bersabar?

*sigh*

Gua masih belum ketemu lagi tajuk sesuai untuk kali ini. Sekarang jam tangan gua tepat 1830. Hari ini dalam bulan Ramadhan. Gua seronok benar di bulan ini. Ya, gua tak tipu. Walau gua keseorangan. Dinafikan. Tiada pekerjaan sekarang. Tiada tempat tetap untuk berbaring lelap. Ada sesuatu di bulan ini yg manis gua tunggu. 

separa intiha, sebenarnya gua masih tak dapat menggenggam konsep redha dgn baik. Malahan bertambah cacat nampaknya. Tapi, di setiap hari nafas ini masih diizinkan untuk dihembus, maka universiti realiti tak pernah cuti kan. haha. Cuba lagi.

Baiklah, sini saja kali ini. Selamat berpuasa. Selamat berbuka. Selamat memupuk redha. 

Rock on dear.




Nota kaki: Sudah gua bilang, khalwat dari sudut bahasa maksudnya lain. Khalwat dari sudut agama maksudnya lain. Gua tak mahu sentuk dalam-dalam hal agama. Bukan apa, nanti lu cakap gua sesat bagai. Rawkstar cakap agama. tapi, itu yg lu tak tahu. Mungkin ada dalil yg dipegang, kan?

Tuesday, July 23, 2013

SETANGKAI BUNGA HATI #2

"..hati itu adalah karung rahsia sejati
sekali lagi ku ulang, karung rahsia sejati.."



Nota kaki: Masih kental rawkstar. Orang boleh butuhburitkan lu sebab orang tak tahu apa yg sedang lu lalu. Jangan dicerita, itukan cerita eksklusif lu. Jangan dicerita dengan sengaja.

Dia datang dalam mimpi gua, memegang tangan gua sambil berkata, "bersabarlah.." dan sekuntum senyuman sebagai teman. Setelah hampir 7 tahun rasanya, kan. Tapi tidak pula gua mahu hilang tasyahud kerana samar itu.

Friday, July 19, 2013

SETANGKAI BUNGA HATI

"..mawar itu dibilang cantik,
berdarah jari disalahkan duri.

setangkai bunga hati usah dibiar lari,
setangkai bunga hati jaganya sendiri.

kemboja itu ditanam di kubur,
baunya wangi setia meneman penghuni.."


Nota kaki: Jika dengar cucuk, jangan menambah cerucuk. Jika dicucuk, jangan balas menyucuk. Gua pesan untuk gua sendiri, jangan menjadi gua yg dulu lagi.

Susah senang suka duka bukan ditangan gua. 


"..Dia terbang kepadaku bila aku terbang kepada-Nya.."
-Petikan dari satu puisi lama yg gua lupa nama pengarang hebat ini-




Thursday, July 18, 2013

TAHAJUD

"..Kelam itulah pengharapan.."


Nota kaki: Mereka bisa menyamakan serigala dan manusia. Namun tak dapat membezakan hati antara kita.

Thursday, July 4, 2013

TAIP DAN PADAM

"..Taip. Padam. Taip. Padam.
Taip lagi. Padam lagi.
Taip dan padam..

bila berdepan kita kiam
bila ditaip lalu dipadam.."



Nota kaki: Seorang teman malam gua berkata kepada gua, "diam itu bukan untuk menjaga hati mereka, tapi untuk menjaga hati kita". Gua terdiam. Gua kira ianya classic. Lu mesti berada dalam satu 'lukisan istana' yg indah, kan?

Kita ini cuma kita yang selalu berlagak betul. Tak pernah salah.


Friday, June 28, 2013

SEBUTIR BINTANG RANUM

"..menyirna kelam, menyinar malam.."



Nota kaki: Sinar dan sirna adalah dua perkataan yg berbeza. Khalwat adalah satu perkataan yg punya dua maksud, satu dari sudut bahasa satu lagi dari sudut agama. Bermain dengan bahasa amat menarik. Sama menarik dengan bermain dengan angka matematik.

Hobi baru gua adalah membaca di tepi pantai. Oh ya, setlist lagu harian gua kembali seperti dulu. Kembali ke Cannibal Corpse, Deicide, Behemoth. Tapi feel dah tak macam dululah.

Puisi yang selalu meladeni kepala otak gua sekarang adalah puisi yang gua karang dua atau tiga tahun lepas entah, 'Penunggu Desiran'.



"..Desiran ombak yg menukilkan satu pengharapan
bersama buih-buih kehidupan yg terbuang dalam satu kitaran

Aku bukanlah ombak dan engkau bukanlah pantai
kita bukanlah apa-apa
cuma penunggu pasangnya satu kehidupan dan surutnya satu kematian.."
-Penunggu Desiran-