Thursday, January 29, 2009

CINTA PERTAMA UNTUK DIA

Ini, Ammar... Berusia 12 tahun dan sangat komited melaksanakan sesuatu...Selalu bergaduh dengan abangnya iaitu aku... Antara adik yang paling rapat... Pengawas, pemain sepak takraw,ahli taek-won-do, persatuan yang macam-macam, rajin ke kelas tambahan,dah khatam Al-Quran, perengus, muka tak macam aku, pandai menyimpan wang, pandai bancuh milo untuk aku, dulu kuat nangis, blablabla... Pernah bersungguh-sungguh nak belajar bermain gitar (nak jadi metalhead konon...) dari aku, tapi aku tak ajarkan sebab kecik lagi...Bulan lepas, aku beli fon baru...Jadi, fon lama aku berikan kepada dia...Semalam, dia tidur dengan aku...Kira-kira pukul 10 malam, dia telah menerawang ke alam mimpi...Aku pula, kiranya pukul tiga pagi baru melabuh lelah...Aku tak dapat melelapkan pancaindera yang satu ini, kebetulan fon adik aku berada di sebelah aku...Aku yang kebosanan pun mengambil fonnya dengan niat untuk bermain permainan visual di dalam fon itu...Tiba-tiba, ada satu pesanan ringkas terpapar dan secara tidak sengaja aku terbacanya...Dari 'My Darling'...Erght,bila masa aku tulis nama ex aku 'My Darling?(Kad sim pun aku punya, yang lama...)...Pesanan tersebut seperti berikut; "Am.Mlm kem kepmpinan nnT bwk hp tau.Kita maen msge.K, Anis nak boom.Bye.*3$%$."...Aku tak dapat menahan rasa di hati lalu terhambur gelak dan tawa hingga keluar air mata, senak perut lagi tambahnya...Gila arght, adik aku dah bercinta...Aku pun membalas pesanan tersebut... "Am mimpikan Anis tadi.Anis cntek mcm Nora Danish."...Hahahak!!!
p/s: Gambar tahun lepas...Aku diminta menjadi model oleh S.S.Tunner untuk dimuatkan dalam final work beliau...'Poyo' nak mamposh! Aku tutupkan mata sebab nanpak macam tengah 'stone'...
Dan secara tiba-tiba, aku pun menerawang entah ke mana...Bisik aku pada diri sendiri, "Ammar pun ada teman, kenapa aku tidak?"...Mungkin sebab aku hitam, gemuk, hidung kemek, muka ketat, boroi, jerawat banyak, tak stylo, ketiak busuk, lalu tiada gadis berani mendampingi...Herm, nasib badan... Mungkin juga aku sendiri yang bermasalah...Tapi, aku peduli apa, METAL tetap raja! Mudah-mudahan Ammar seronok dengan cinta pertamanya...Yearght!!! Cinta pertama sangat menyeronokkan...Terima kasih kepada Maizatul Nashiha Sakina yang pernah memberi peluang untuk aku rasakannya...

Monday, January 26, 2009

NISAN DARI INSAN

Aku hadiahkan dikau nisan...
Terukir telah harinya bila...
Kelak usah kau ributkan...
Siapa yang menoktahkan masa...

SELAPUT MEMBALUT

Masalahnya, aku hilang konsentrasi sewaktu di kelas. Sebagai alternatif, aku memang kebas punggung duduk belajar berjam-jam di bilik. Terima kasih kepada Pulai yang banyak membantu. Gambar di bawah adalah dekorasi di meja tempat aku belajar sewaktu semester tiga. Kalau di rumah, aku tempekkan banyak poster band dan semestinya poster As-Sahar (Casus Lucifery.) yang menjeling aku belajar. Tapi, bilik aku di kolej, aku rembat apa saja iklan yang ada di ruang kolej mahupun kampus untuk ditampal. Bosan larght kalau dinding tu putih ja.
Yang menjadi kewajipan sewaktu belajar, rokok Camel 14s atau Winston berbatang-batang, Hot Chocalate, dan semestinya laptop yang kuat memutarkan lagu, metal medium utama! Erm, aku tekad semester ini aku nak buat kejutan untuk keluarga aku, Naterah Binti Marzuki terutamanya. InsyaALLAH...

KITA SEMAKIN HAMPIR

Hari perkenalan bagi keluarga kecil di kampus aku. Gambar bagi pelajar lelaki sewaktu hari orientasi. Hari pertama kami bersua dan berkenalan. Kini, setelah masuk semester keempat, banyak yang sudah tiada. Jujurnya, aku bermula dengan sangat teruk walaupun dulu di bangku sekolah aku sangat berpotensi. Satu rahsia, aku benci berada di sini. Hahahak! Ada segelintir dari mereka yang aku senangi bersama. Kepada budak-budak T2, maaf aku terpaksa berpaling. Jangan larght marah. Hahahak! Kepada budak-budak T1, terima kasih kerana mempelawa dan menyambut baik aku. Hail! Transportation rules.
p/s : Err, tolong cari yang mana satu aku yang buruk ini sebab aku sendiri pun kabur

Sunday, January 25, 2009

KEPULANGAN TANPA KHABAR

Aku pulang, untuk seketika.
Selamat sampai...
Dan...
Dia juga pulang...
Pulang demi aku...

YEARGHT!!!

Saturday, January 17, 2009

SAKSI (BULAN ATAS KUBURAN)

Bulan atas kuburan,
Di malam lebaran,
Biru langitnya berteman nisan…
Ia cuma lukisan,
Tersangkut di dinding rumah tua hasil tinggalan,
Tapi pelbagai rahsia tersimpan…
Ia saksi ratusan tawa,
Ia nampak ribuan celaka,
Tapi diam mungkin berduka…
Yang kecil semakin besar,
Yang besar kian tersasar,
Tetap ia di situ sedikit pun tak berkasar…
Bulan atas kuburan,
Di malam lebaran,
Sudah tua namun masih bertahan…

Wednesday, January 7, 2009

TARIAN TERAKHIR PELACUR TUA

Bermula dengan kucupan nikmat dunia,
Dia melancap usia mudanya dengan dosa,
Kini bersetubuh di atas sejadah memohon doa,
Bersenggama dia dengan sesalan tak terkata,
Memberahikan usianya dengan parut duka,
Juga acap kali diliwat mimpi lama,
Dia diraba terus-terusan untuk kembali setia,
Namun dia telah lupa akan ghairahnya tusukan pertama,
Setelah kini lengkap tarinya,
Tarian terakhir pelacur tua…

DARI JENDELA Y***A

Termenung dia memandang awan,
Dari dalam halanya keluar,
Pepohon hijau menggamit kerinduan,
Menunggu sang penawar berjalan riang,
Walaupun tak ternafi dia sedari,
Sang penawar terlupa dia di sini…
Dia saksi matahari menafikan malam,
Juga bintang-bintang muda berpacaran,
Bulan keseorangan kini berteman kelam,
Semuanya senang langsung dia dilupakan,
Siang dan malam mengajuk keluar,
Sedangkan dia terkurung tak keruan…
Dia dulu andikaputra,
Lalu terpenjara secara rahsia,
Tiada siapa sudi tari bersama,
Jadilah dia hamba cinta,
Saban hari ketagih tibanya teman ke taman,
Taman syurga khayalan semata…
Dia tahu dia sakit amat,
Rindu yang tersumbat langsung tak terubat,
Sang penawar entah di mana,
Mungkin sudah mati mungkin tak terlestari,
Namun dia masih menanti jua,
Setia menanti dari jendela Y***a…

Friday, January 2, 2009

DUNIA TANPA AKU JUGA KAMU

Maafkanlah sang bulan yang tak pernah mengerti...
Sentiasa di situ membisu mendiamkan diri...
Ampunkanlah si angin yang tak endah berhenti...
Berlalu laju-laju tanpa arah yang pasti...
Biarkanlah bintang-bintang yang tak bisa ke sini...
Asyik mewarnai langit sekadar di malam hari...
Lupakanlah segala yang telah dan pernah terlestari...
Kerana setiap ceruk dunia ini terlalu sunyi...

Tidurlah di situ... Dan tunggu aku... Kamu melodi... Aku melankoli...

TAHUN-TAHUN TERLEPAS

R.I.P
Rush In Peace
2001-2008