Friday, April 17, 2009

WARTA PERDANA

Sekadar Gambar Hiasan
SEGAMAT, 18 April 2009 : Desas-desus yang kian hebat mengatakan bahawa penulisan blog ini akan diberhentikan buat sementara waktu telah disahkan oleh Lebai Kudin Sembrono, seorang pengusaha ternakan cacing secara kecil-kecilan.
Tambah beliau lagi, motif utama penulis blog ini menstatikkan penulisan blog kerana demi memberi ruang bagi penulis blog ini mengaplikasikan ilmu hitam yang dipelajarinya di Gunung Maharakone, Sri Lanka dalam peperiksaan akhir semester beliau yang cuma tinggal beberapa detik akan menjelang.
Hasil siasatan dalaman yang dilakukan oleh skuad pengakap S.M.K.D.O.B, penulis blog ini mengalami depresi melampau sehingga dalam tidak sedar menggunakan 'facial foam' atau pencuci muka untuk menggantikan ubat gigi yang telah hilang.
Selain itu, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan dimana penulis blog ini sedang bertapa, boleh menyalurkan maklumat ke Unimart berhampiran dan surat-menyurat tidaka akan dilayan.