Tuesday, December 29, 2009

MAHU TERUJA BERDANSA

Dah lama aku tak menghabiskan masa berjam-jam duduk bersila dalam bookstore, habiskan masa dengan mencari novel, cerpen, apa-apa saja yang berkenaan dengan pembacaan.

Dan baru-baru ini aku tertarik amat dengan satu himpunan cerpen penulis-penulis Perancis, 'Kisah Pembuat Lilin Menentang Matahari'. Politikal amat.

Dah lama aku tak beli stuff baru, tercongok berdiri dalam musicshop dengan keasyikan yang menyeronokkan.

Dan baru-baru ini aku tak dapat menahan nafsu lantas terus dibeli 'Tir' dari As-Sahar. Semua stuff As-Sahar jadi koleksi peribadi aku, dari Meditation Of Embun Pagi Demo hingga ke Jaan,memang tak pernah lepas. Tapi, dah tak boleh feel sedalam-dalam seperti dulu irama-irama berat. Aih...

Eyh, ada sesiapa layan Death/Grind ala-ala Napalm Death dan Benediction? Nah!!! Silalah mendengar Humiliation dengan EP mereka Face The Disaster...Banging macam kena rasuk cucu betung!!! Terimakasih Encek Syammen Gore untuk stuff ini...