Thursday, December 31, 2009

LANGIT DAN BUMI TETAP BERKISI

Untuk setiap minit yang terliwat. Untuk Semua hari yang dilewat. Dan untuk semua bulan yang terlaknat. Selamat menyambut tahun baru. Yearght, sikit lagi saja gua dah punya kuasa sebagai salah seorang dari pemangkah undi. Walaupun gua agak ekstrim dalam menilai politik, tapi mengundi itu fardhu kifayah. Lagipun ia adalah kuasa individu.

Jujur, penutup untuk tahun ini amat berat, kasar, polos, taksir, dan langsung tidak dapat diterima akal gua yang sedia hitam dipenuhi segala macam sampah-sarap yang sukar untuk dilupuskan dengan hanya berlakon sebagai orang yang sedia gila, ceria, dan tersenyum sahaja. Hampir runtuh tiang seri satu makrifat tentang harapan dari seorang yang punya ciri-ciri karnivor untuk terus menjadi entiti kekuasaan secara bisikan dalam hehidupan.

Sudah agak lama tidak disambut kehadiran tahun baru, namun untuk kali ini ia agak berbeza. Walaupun gua masih seperti biasa, masih cuba masturbasi segala detik yang laju teronani, tapi gua seakan-akan sedar yang makfirat satu perjalanan tetap berdentum.

Sambutan untuk tahun ini dimulakan dengan jamuan makan malam besar keluarga kami. Dipengerusikan-cewahhh!, oleh tok wan selaku nilai terbesar, kami beramai-ramai sebanyak empat isi keluarga ke Tanjung Dawai; budak-budak Kedah mesti tahu tempat ini, gua budak Penang lar, untuk meraikan kedatangan tahun baru dan juga meraikan hari kelahiran ibunda gua yang tercinta, Pn. Naterah Binti Marzuki. Meriah amat kerana bilangan yang ramai namun sedikit cacat tanpa abah dan Pak Jang bersama.

Gua terpaksa pulang awal kerana sudah berjanji dengan teman-teman untuk bersama mereka pula meraikan hari baru ini. Memandu laju dari Tanjung Dawai hingga ke Butterworth kerana sudah agak lewat.

Yearght, bersaksikan cahaya bunga api yang cantik amat, kami; aku, Angah, Pali, Syafiq, Syammen, Halem, pak Yat, memanggang ayam bersama di tepi pantai di bahagian seberang Penang, malas ngok masuk Penang terlampau sesak. Terimakasih kalian yang masih bersama dengan gua yang cacat rawkNroll ngokngek ni.

Azam tahun ini, GUA NAK BERHENTI HISAP ROKOK!!!! Sama saja setiap tahun huhuhu...

RawkNroll guys, EPPY NEW YEARght!!!

Gua masih berharap agar hari-hari mendatang tidak lagi kelam dan kabur. Walaupun selalunya apa yang diharapkan akan berpaling jauh, namun gua hanya hamba hina, tiada daya.

Nota Kaki Terpijak Tahi Gagak : Jika lu sayangkan seseorang lu harus berani untuk lakukan sesuatu yang membencikan dia, lu harus... Demi melihat dia bahagia. Langit dan bumi tak akan pernah ada peluang untuk saling memeluk, mereka tetap berkisi. Nak cakap gua poyo? Mampos lar, gua tak peduli sangat pun...

Yearght, gua tak tahu kenapa, tapi raasa ini kuat seperti mana ia diluahkan pada awal kalinya, dan benar, ia tak akan berubah.

Oh yearght, gua kena gelak ngan Syafiq sebab buat gigi dengan keputusan akhir terpaksa menerbangkan rm200 yang disangka bayaran awal hanya rm80...Tu duit yuran aku sem depan lar Miss Dentist...Aku ni dah lar kais pagi makan pagi...

Carta PanasFM minggu ini : Memorial Embers (Chalice), Pretty Cast (Pig Destroyer), Mother North (Satyricon), Monster Mash (The Misfits), Wastin' The Dawn (The 69 Eyes)...Bertakhta Di Hati (Farahdhiya), Still Loving You (Scorpion), More Than Words (Extreme), Sang Mantan (Nidji) bila aku 'terbayang'...


p/s : benar aku rindukan dia amat...
Tapi sudah tidak punya kuasa melafaz...