Friday, December 11, 2009

SELAMAT HARI BERMULA, FUCKER

Lagu pembuka tirai : I Don't Wanna Grow Up (The Ramones)

Kedut di wajahmu
menandakan dunia sudah terlalu tua,
sejarah telah tertambah dengan sendirinya,
remaja telah pergi selamanya,
kekuasaan telah hilang daya
dan kau tetap manusia,
dan masih manusia...
-Petikan dari puisi 'Kedut Ini Manusia'-

11th dalam bulan terakhir Disember. Yearght, Eppy Fucking Burfday To Me...Seperti tahun lepas, dua tahun lepas, juga tiga tahun lepas, ia masih seperti tiada apa-apa. Tiada belon, tiada lilin, tiada kek, dan tiada apa-apa yang langsung menarik kerana itulah aku. Dah lama aku tak rasa sambutan hari kelahiran seperti mana mereka diluar...Dan sudah lali :)...

Selama dua puluh tahun ini, aku sering membutuhburitkan hidup, menyepakterajangkan segala celaka, juga melancap semua yang aku sendiri tak cuba untuk diertikan. Walaupun banyak yang bilang aku cuma sekadar secebis dari tahi kehidupan dunia yang bobrok, tapi aku rasa ia bermakna amat.

Aku dah malas nak menulis. Idea pun sudah tepu membasi. Jadi setakat ini sajalah. Terima kasih kepada pasangan romantis Amalina & Jabbar, mereka yang pertama mengucap selamat dan terima kasih kepada Maizatul Nashiha Sakina (ex-lil mermaid...Maaf untuk tahun-tahun yang sangat menyedihkan semasa bersama aku dulu...), terima kasih kerana tak pernah melupakan hari paling bermakna dalam hidup aku...

Dan hadiah yang ter'MANIS' untuk kali ini, keputusan peperiksaan aku sangat teruk, tak berbaloi langsung dengan apa yang tercurah. TUHAN, KAU tahu aku bukan orang yang pantas mengalah, tapi, nilai optimistik aku sudah lemah......

Ia masih sama. Tiada apa-apa yang berubah setelah tiga tahun ini.Aku masih aku, mungkin, dengan prinsip dan etik yang tak pernah aku buang...

Teringat aku, dulu, banyak ucapan, SMS, kad, hadiah, pelukan, etc, yang aku dapat...Itu, tahun-tahun selepas tiga tahun yang sebelum ini...

Life sucks, so just fuckin rawk N roll FUCKER...


Lagu Penutup Tirai : May You Grow Old And Die (Coma)