Wednesday, February 17, 2010

LANGIT CINTAKAN BUMI (UNDONE)

“Abang, kasi nasik putih berlauk ayam ini. Berapa ringgit?”, datang seorang pelanggan, pelanggan pertama untuk hari ini. Seorang gadis gempal berkulit gelap.
Rezeki sudah masuk. Rezeki sebenarnya ada di mana-mana. Sedangkan ulat dalam batu pun hidup, inikan pula makhluk berakal. Dan jikalau sesak sangat, makhluk berakal pun boleh mamah batu seperti ulat dalam batu untuk melangsungkan kelangsungan satu kehidupan.

Dengan senyuman lebar dan disulam kata-kata ramah, “siap! Tak mahallah, untuk adik manis, ayu, cantik, comel bak Ziana Zain ni, harganya cuma RM 3 dan dua puluh sen. Sekali saya tengok macam Ziana Zain, dua kali tengok macam penyanyi Jepun pula, jadi harganya RM 3 saja,”.

Merah muka si gadis dipuji sedemikian rupa. Malu agaknya.

Hez memang begitu, tak memandang perempuan, tapi dia memang berkepala sedikit tidak betul, kelakar. Orang tua, kanak-kanak, laki, perempuan habis disakatnya. Dia memang ramah. Tapi kekadang bualnya agak bosan, terlampau panjang dan meleret.
Dia kisah? Langsung tak. Kerana dia adalah dia. Pedulikan orang lain.

Dia tak perlukan duit yang banyak untuk hidup gembira. Kekadang, duitnya habis dibelanjakan kepada benda-benda yang langsung tak penting. Dia bukanlah orang yang bergaya seperti Asy, Fadh, dan Mel. Dan kekadang itulah juga dia langsung tidak tahu kemana perginya duit di dalam poketnya sendiri-dia juga agak boros!

Hari ini, kurang yang datang bertandang untuk membeli. Jadi Hez lebih senang duduk melayan lagu dari radio tuanya sambil menggulung daun yang intinya tembakau jawa pekat-tembakau cap Jeti Lama, kesukaan mereka berempat.

Sebenarnya, dia Cuma makan komisen hasil dari jualan. Aneka lauk-pauk dibeli dari jirannya yang sedia memasak, meja tempat meletakkan lauk dibuatnya sendiri, dan tempat dia berjualan pula atas izin dari empunya kedai yang hanya berniaga di waktu pagi. Waktu petang, giliran Hez pula.

Hasilnya tak banyak. Cukuplah untuk dia membeli rokok, berjoli, dan lain-lain lagi.

Hari demi hari, begitulah dia.
Seperti bait-bait dari lagu Ikrar Perwira oleh Rusty Blade, “…Ikrar perwira…Bersemadi di sudut nurani…Jiwa satria…Semat di hati teguh pasti…”, begitulah teguhnya hatinya bermain dengan ejakulasi hari-hari yang sundal.

Terdetik di hatinya, sudah lama tak bermuzik. Jadi :
“Malam ini, kita bertemu, SAHABAT..”

Nota Kaki Bersepatu Pinjam : Petikan di atas dipetik, bukan diplagiat, dari novel Langit Cintakan Bumi karya 'Seseorang'. Belum siap lagi sepenuhnya walaupun sudah mengambil masa selama setahun setengah. Bila nak siap ni bro. BANGUNKAN SASTERA UNDERGROUND!

Minggu ni penat amat. Memang tak lekat rumah. Ulang-alik masuk Pulau saja. Syafiq Taik (Terimakaseh sayang...), Angah (sori tak luangkan masa, sibuk amat...), Bal (berhenti merajuk la...Buruk...), Syammen & Pali & Halem (keep on rottin in the free world...Thanx for the hospitality and permanent filth..Hahahak!). Shuhada @ Soda (Awat ang gelak bila borak? Gila ka...?Hahahak).