Sunday, February 7, 2010

MAAFKAN HARI SEMALAM

Semalam gua demam teruk. Sudah agak lama kiranya imunisasi badan kurus ini tak merosot hanya kerana keletihan. Dan yang lebih menyakitkan, tonsil membuatkan setiap sedutan nikotin terasa seakan satu pembaziran. Tiada rasa. Tiada selera.

Entah mengapa, naluri sebagai seorang teman membuatkan aku mahu menghubungi dia, Igbal. Dan naluri seorang teman itu tidak akan menipu walaupun cuba dijauhkan. Belum sempat aku mahu menekan punat yang memaparkan nombornya, dia terlebih dulu menghubungi aku. Heh, Iqbal selalu begitu. Kekadang, sebelum dia menelefon kekasihnya, aku dulu yang dihubunginya.

Bal, teman yang berbeza amat dengan aku tapi sangat memahami. Dia tahu aku sukar percayakan orang, dan atas sebab itu dia masih bertahan dengan aku. Dan sekarang tarafnya dalam hati aku setaraf dengan tiga orang gila sahabat aku, cuma dia belum dilabel sebagai sahabat.

.............................................
-Dari Celcom ke Celcom-
Bal : Hallo bro! How do u do? Hahak!

Aku : Hahak! b**i baru nak call, tapi hang lagi cepat...

Bal : Ceh, aku pulak yang kena sound b**i, hahahak!! Eceh, kita ni selalu ada jodoh, tapi aku lagi cepat call hang, aku lagi hebat la hahahak...! Aku demam ni, batuk-batuk sket...

Aku : Orght, hang main hujan kot? Batuk teruk ak? Aku pun demam ni, baru balik Melaka buat research sket...

Bal : Hang tiru aku ka? Aku demam, hang pun nak demam?Eleh, cakap roken', roken mana boleh demam (roken bermaksud' rawk on'. Sebutan antara kami sahaja.).

Aku : Oih, demam-demam pun aku roken' jugak! Bro, macam mana study? Ok?

Bal : Erm, so far ok kot. Aku tunggu short course ni, kalau jadi, kita jumpak masa degree nanti. Orait?


Maka perbualan lebih menjerumus ke arah pelajaran.


****************************

Bal : Acap, Soda ada call aku baru-baru ni. Cakap nak jumpak.

Aku : Huh, dia nak turun Penang ka? Dia stay mana?

Bal : Dia stay rumah Che Nab. Aku rasa, dia call aku sebab nak ngorat aku la tu. Tapi, sebab aku setia pada satu, dia terpaksa gigit jari la hahahak!

Aku : Kan dia paling rapat ngan hang. Dari sekolah lagi. Kalau tak dengan hang, mesti dengan Mat Secret, scandal dia.

Bal : Dengan hang pun dia rapat. Cuma dia takut ja nak cakap banyak-banyak dengan hang. Err, dia ada call hang dak?

Aku : Dak pun.

Bal : Dia ada mengadu kat aku pasal hang.

Aku : Apa dia? Pompuan gila ni berani sound aku kat hang. Cis! Hahahak!!!

Bal : Dia cakap hang ada maki dia. Awat bro?

Aku : hurm...Last two years, aku ada marah dia, tapi aku tak maki.

Bal : Tengok, dengan aku pun tak mau cakap.

Aku : Erm, masa arwah meninggal dulu, ingat dak? Aku the 1st person Syafiq call masa arwah dah tak dak. Aku call semua budak-budak nak inform, at least tolong tenangkan Syafiq walaupun tak boleh balik.

Bal : Tau, hang roger semua, aku pun hang roger. Habis tu, apa kena mengena dengan Soda?

Aku : Lepas setahun, aku dapat tau Soda tak call or text Syafiq langsung. Setahun lepas tu, dia call aku saja nak borak. Aku dah lost, aku sound macam ni, "jangan cakap ngan aku selagi tak cakap dengan Syafiq pasal benda tu".

Bal : Dia kan dok jauh dari kita . hang ni kasaq sangat ni.

Aku : Dulu sebelum habeh sekolah, sapa yang buat agreement, "macam mana pun jadi, kita semua still kawan ok", Soda kan yang cakap macam tu. Friendship konon.

Bal : Aku tau, hang memang bukan jenis yang tunjuk kepercayaan kat kawan-kawan directly, tapi hang kena paham, Soda tu kan jenis yang manja. Dia bukan nampak sangat pun kadang-kadang benda-benda yang serius.

Aku : Tu la. Lepas hari tu, aku rasa bersalah gila kat dia.

Bal : Hee, call la dia.

Aku : C*b*i, aku roken' la! Mana boleh buat macam tu Hahahak! Bal, kalau hang call dia, cakap eyk aku mintak maaf sangat-sangat.

Bal : Boleh...Aku kan selalu ada untuk situasi macam ni hahahak!!!

Aku : Soda buat apa lani? Ada budak cakap dia dah kawen? Kan?

Bal : Adoi, kawen apanya...Dia kerja dengan AADK, dah dua tahun. Ha, dia kerja ngan AADK, so hang tak boleh geng ngan dia la hahahak!!!

Aku : Ce**k* betoi, mentang-mentang aku dok jauh, sapa ntah kencing aku dia dah kawen..Alamak, awat yang dia kerja ngan AADK?! Nanti kalau dia buat urinal test, kantoi la aku hahahak!

Bal : Yang tu aku tak boleh tolong hahahak! Lagipun, dia paham hang macam man, rawk n roll. Dia tak kisah sangat, walaupun dia kecik hati...Maybe at the end of this year dia buat degree...

Aku : Kalau dia urin aku, aku cakap la aku banyak makan nasik kandaq, kan nasik kandaq ada kas-kas.

Bal : Banyak la hang punya kas-kas. Oit, dah satu jam setengah ni, aku nak call Farah sat. Nanti mengamok pulak kakak hang tu.

Aku : Ok, ok. Kirim salam kat Farah, cakap adek dia yang roken' ni kirim salam...

Bal : Selamt k bro. Take care k, ada probs cari aku. Masalah dengan Soda, jangan risau, aku setel kan. Err, 'dia' macam mana? Masalah dengan 'dia', kalau hang rasa hang buat benda tu untuk kebaikan 'dia', just keep on k

Aku : Dah a tu, farewell pun nak cakap banyak lagi hahahak! Aku kena kejam sket kat 'dia'. Kekadang benda yang kita sayang, kita kena buang. Tu yang aku baru belajaq...


*********************************

Soda. Satu-satunya pelajar perempuan dalam kelas kami dulu sewaktu masih beruniform sekolah. Nama sebenarnya, Nur Shuhada, tapi di panggil Soda atau Sodom. Manja amat, dan dia sangat rapat dengan semua pelajar lelaki dalam kelas dulu. Walaupun dia kekadang jadi bahan melepaskan amarah, carut, dilayan kasar, etc, tapi sebenarnya dia seperti adik bongsu bagi kami sekelas. Dan, dia memang tak kisah dengan semua tu.

Aku bersalah amat dengan dia. Jadi aku akan mohon maaf dengan penuh rasa rendah diri kelak kita berjumpa nanti. Aku bukan lagi rawkstar yang menjulang ego. Maaf... Nanti kita akan ketemu, SODA.

Gambar sewaktu di tingkatan empat, 4 Iltizam (Kelas ni paling belakang, paling jahat, paling buas, paling semua yang buruk-buruk la...Tp, paling disayangi kebanyakan guru. Betul, tak tipu...). Masa ni, ada dua pelajar perempuan. Soda dan Gayathiri. Gayathiri tak sampai sebulan lepas hari pertama, pindah sekolah. Tak tahan kot...