Thursday, February 18, 2010

AIS KRIM BERPERISA BELACAN

Kononnya dia masih di situ. Memerhati. Mentafsir. Menganalisa. Nahunya, dia mentaksir. Mengkisi. DIA KONONNYA PASTI!.

Bila minda berkapaciti kurang dari apa yang terlestari sebelumnya menceraikinkan dua sa, maka ra tidak akan wujud. TAPI DIA YANG LAGI SATU PASTI.

Jadi, konflik tentang perkongsian peratus sangsi mula menjebak. DAN DUA-DUA DIA PASTI. Satu mahu terus bermain papan luncur yang berkuasa turbo tanpa taboo tentang norma-norma masa lepas, dan satunya lagi seronok berdansa dengan langkah mencari listrik masa depan.

Entahlah, mereka bisa menstranslasikan bias wajah. Mereka bisa menjadi hakim dan majistret. Mereka bisa menjadi pengadil dan pemain. Mereka bisa jadi maple dan anney. Mereka pasti bisa jadi imam dan ma'mum hipokrasi di saf yang paling depan.

Sebenarnya, apa yang mahunya kau jadi? Ultraman? Superman? Ataupun gabungan kedua-duanya; Ultraman tambah Superman sama dengan MAKHLUK MERAH BERKEPALA TROJAN BERSELUARDALAM DI LUAR.
Sesuatu itu berubah. Samada anjakan paradigma mahupun sepakan paksa. Ramai profesi dan individu lain berkata, "we are what we are! I am what I am!". Tapi seenarnya, ia dipimpin oleh persekitaran.

Seperti lalang. Angin ke kanan, dia pun ke kanan. Tiada angin kuat, berdiri pegun tunggu datangnya pepatung mahupun unggas menghayunnya ke arah mana.

Persetankan. Kau sebenarnya pembuat keputusan. Mereka, persekitaran, juga anasir lain cuma pemberi cadangan. Tak perlu jadi itu jika mereka mahu itu. Tak perlu jadi ini jika mereka mahu ini.

Jadi, kau perlu kejam. Orang yang kejam, hatinya teguh. Bukan kejam bermaksud makan fetus atau mamah otak hidup, tapi kejam dengan cara sanggup melepaskan sesuatu untuk jadi sesuatu.

Teori mudahnya, opportunity cost.
Intihanya, DIA kuat bagi KAU dan KAU kuat bagi AKU.
p/s : Sambutan dengan cara 'no-panties' itu
untuk orang-orang bodoh saja...
Bodohlah, ia menggalakkan Darwism...