Thursday, December 16, 2010

MINUM KOPI SEBELUM MIMPI

Entry kali ini adalah berkenanaan 'Hablumminnannas' yakni berkenaaan hubungan antara manusia ataupun sesama makhluk. Jadi, ia mungkin berkenaan huubungan antara anak dan ibu-bapa, adik dan abang, murid dan guru, lelaki dan perempuan, Talib dan Ah Chong, Pak Mit Basron dan Qiara Saedah, Munir dan Jessebell Kucing Kesayangan Beliau, dan etc... Ia berkenaan 'hati dan hati'...

Seseorang yang rapat dengan gua ada mengajak gua 'pekena kopi' baru-baru ini. Dan yang menokokkan keinginan untuk gua menyahut ajakan beliau adalah kerana akan matanya yang ghairah menilik persekitaran. Sudah putus warasnya? Entahlah...

Matanya layu tapi bervoltan. Matanya juga lesu tapi berenjatan. Matanya, kelu tapi berpersoalan. Seumpama televisyen tanpa antena, wujud tapi berpasir selaput. Beliau masih sama perwatakan yang didokongnya hingga sampai ke tempat untuk minum kopi. Kopi 'o', biarkanlah ia suam...

Sedutan dari asap rokok daun dan haruman dari kopi 'o' suam adalah slot yang indah.

Perbualan antara gua dan beliau tiba di klimaks setelah kira-kira setengah jam masa dimasturbasi bersama. Beliau kuat berlistrik memandang gua. Lalu dia memulakan sesi berlidahmadah antara kami:

* Perbualan dalam loqhat "Penang Hang Mau Kena Tampaq??!!"*

"Hidup ni macam sarkas, kan?"

"Sarkas? Takkan kena kopi pun mabuk? Ang gila ka..."

"Betoila... Tapi yang uniknya, ang bukan owner sarkas tu..."

"Ok, ok... Aku tak paham..."

"Erm, macam ni... Ang pernah tergelak bila ingat cerita sendiqi?"

"Pernah...Awat..."

"Hahahaha..."

Cubitan tembakau jawa halus diletakkan di permukaan daun kampung yang diratakan, dibalut, ke mulut, nyalakan, sedut, dan hembus...

Perbualan kami pun seperti itu, kiam dan diam sebentar, sambung dan kembali terjalin. Beliau berkata:

" Ang senang tau nak cakap berapa banyak ang sayang, suka kat seseorang bila dia depan ang. Tapi ang tak tau berapa banyak ang meluat (benci) bila dia tadak depan ang, kan?"

Gua masih enak bersetubuh dengan rokok daun. Gua diam saja.

"Apa pendapat ang? Woi, aku cakap ngan ang ni..."

"Erm, aku tak pandaila nak cakap bab-bab ni..."

"Alaaah... Mat metal pun mesti dalam hati ada bunga, kan...?"

"Hahaha, bunga dari lucifer...Ok, aku rasa benda ni ikut pala masing-masing. Tak semestinya ang nak letak taik ataih (atas) pala orang bila dia tadak depan ang, kan..."

Gua sambung lagi...

"Katala, ang gaduh dengan someone. Lets say(gua sepiking beb...), putus hubungan...Buat apa nak bukak cerita kat orang lain sedangkan cerita tu pasai ang ngan dia, bukan ngan orang lain...Biaq ampa (anda berdua) ja yang tau dah la..."

"Tapi aku takut depa (dia @ mereka itu) yang bukak aib..."

"Memang ada orang macam tu...Tapi ang ingat benda ni, aku dapat dari lecturer aku...Dia cakap: Energy can't be destroyed..."

"Energy pa jadah pulak?"

"Maksud macam ni: Kalau ang suka someone, someone tu akan rasa benda sama...Kalau ang tak suka, dia kan rasa gak...Macam yoga la, aura-aura bra hahaha..."

"Oh...Ang percaya ka?"

"Hahaha, tak tau la aku percaya ka dak...Tapi untuk sedapkan hati sendiri, aku selalu buat-buat percaya...hahahaha..."

"Perght, ang mesti ada cerita ni...pasai cinta ka? cerita la seket mai..."

"Pungkoq ang! Aku metalhead hahaha...Ang nak tau cerita cinta, ang pi tanya mamak yang amek order tadi tu hahaha..."

"Juboq betoi..."

Dan gua pun sebenarnya sudah sangsi dengan apa yang gua dapat dari lecturer gua tu: 'Energy cant be destroyed'. Dulu gua macam percaya, tapi sekarang, entahlah...

Banyak sangat masalah berkenaan tentang perhubungan dalam kehidupan gua sekarang. Itu macam itu, ini macam ini. Walaupun mungkin ada antaranya yang gua sendiri datangkan masalah, mungkin, tapi semuanya terus-terusan menggasak...Hinggakan menghanyutkan gua untuk lari dari menghadapi esok...(Perght, ayat cun pulak gua ni hahaha...)

Mampuslah, buat masa sekarang, gua cuma mahu hidup seperti minum kopi 'o':

"Biarkanlah ia suam..."