Monday, December 13, 2010

SERANGKA MATA YANG PEJAM

Bunyian di sekeliling amat pening. Seakan diliwat bunyian perang- pistol, senapang, meriam, dinamit, bom yang galak berasimilasi, yang asyik bersenggama; begitu mampir gambarannya.

Aku pantas mendapatkan dia. Dia sedang rebah di sampingku dengan mulut yang masih mengalir cecair pekat berwarna merah, dan sedikit cairan lekit bewarna jernih dari sinus, dan matanya sudah juling dalam pejaman.

"Aku tak pasti..Benarkah ada penanda untuk kesana?", suaranya lemah menghambatku.

"Bagaimana kau? Mampu bertahan?", aku sedikit diserang piung-piung panik.

"Kan aku masih di sini? Di hadapanmu, sedang menatapmu...", ada air jernih terjurai dari kelopak matanya, seakan-akan manik.

"Tak, tak...Aku yang sedang menatapmu. Jangan bicara apa lagi", lidahku memasturbasi sedikit kekuatan agar ereksi nyawanya kukuh kembali- walaupun mungkin sekadar fantasi nafsuku yang cuba meredakan ejakulasi situasi ini.

Kau tahu apa yang berlaku dan sedang berlaku. Tapi masih berdegil menjinjingnya lagi. Aku ada, biarkan saja aku yang membunuh mereka. Biarkan aku yang membunuh bintang-bintang itu semua. Biarkan aku yang mengebom markas yang menjana kuasa kelam ini. Biarkan aku yang berkata tidak kepada raja hari semalam. Biarkan saja aku yang melakukannya sendirian. Biarkan aku...

******************

Sesekali titik fokusku menghala ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang. Cuba mencari figura-figura yang mungkin menyusuri denai ini seperti aku dan dia. Tapi denai ini terlalu terpinggir, manakan bisa ada sesiapa! Mindaku menjadi pesimis.

Jadi, aku beransur-ansur luluh. Cair di putar jarum jam. Untuk kali yang terakhir, aku cuba juga menghala pusat fokusku ke angkasa...

*******************

Dia perlahan-lahan menggenggam tangan kiriku dengan tangan kanannya. Tapi aku dapat merasakan bahawa tangannya itu berkisi dengan tenaganya. Lemah dan hambar sekali genggamannya. Aku mahu saja mencarut panjang ke mukanya dengan rantaian bahasa kesat dan bobrok agar dia tahu, sedikit dia bergerak, sakitnya sampai ke emosiku. Sakitnya adalah ketakutanku. Sakitnya nyata untukku!

Dia masih menggenggam tanganku, masih dengan tenaga yang sama, namun entah berapa lama lagi bisanya, dan dengan perlahan dia melancap telingaku dengan kata-katanya.

" Indah bukan langit di sana? Tak seperti langit di sini, selalu saja ada gering..."

Kata-katanya seakan listrik, renjatan yang berkuasa entah berapa juta kali ganda dari tenaga kuda. Entah berapa kali ganda voltannya.

"Baik kau diam! Sebelum aku pijak mulut kau!", aku hilang konsentrasi, seluruh pancainderaku diladeni emosi. Namun ia hanya sekadar bermain di hati. Aku masih kaget. Aku masih pegun. Aku masih kelu.

" Halakan matamu ke sana...", dia menokok.

"Mana?", aku sekadar menurut.

"Di sana. Ada kelibat...", jelingnya memberi arah.

"Mana?", aku cuma menurut walaupun sudah pasrah.

Aku terdiam terus. AKu takjub.Aku benar-benar takjub! Arah yang ditunjukkan dia memang benar ada sesuatu. Bukan lagi kelibat, tapi sekujur jasad. Jasad yang sedang berdiri tersenyum. Aku bertambah takjub tatkala jasad itu bersuara.

"Ada penanda di sana", jarinya menunjuk tepat ke arahku.

Aku jadi tambah-tambah diam. Bukankah kau yang sedang rebah dengan mulut yang masih mengalir cecair pekat berwarna merah, dan sedikit cairan lekit bewarna jernih dari sinus, dan mata yang sudah juling dalam pejaman.

Kenapa kau di sana?

Nota Kaki Tanpa Hadas: Susunan-susunan perkataan di atas bukan cerita porno ataupun cerita lucah. Kalau lu nak naikkan syahwat lu, pi layan Redtube atau Japanesesex Blog. Gua tadak masa nak cerita pasal romen-romen...



P/S: Gua rasa lainlah, auw...!

p/s/ass:
Gua sedang mengumpul duit
untuk mendapatkan snare drums baru!
Hohoyearght! Gua nak tibai Lars Ulrich!