Friday, May 14, 2010

AWAT LU HENTAM GUA?

LU HENTAM GUA? Terimakasih hee...
"...obses nak mati..."
Hee, gua terasa amat, SANGAT TERASA...

Gua mintak maaf kat lu kalau sebelum ni gua ada buat salah dengan lu, walaupun jujur, gua rasa gua langsung tak pernah SENTUH lu, inikan pulak gua buat taik...kan...?
Mintak maaf eyk...

Ni kali pertama gua 'obses nak mati'...
Lepas ni gua tak buat dah...

Hee, terimakseh untuk nasihat itu...
Tapi gua bukan BAHAN UNTUK DIKETAWAKAN...

Nota Kaki Dari Selatan Ke Utara: Baru sampai Pondok Usang Beratap Zink yakni syurgalara gua...


Terimakasih kepada Bal n Bulat yang amek gua pagi-pagi kat terminal, siap sempat mancing lagi budak2 ni...Terus ke tempat kerja mak, rindu...
p/s: Walaupun aku loser,
atapun sekadar bertepuk sebelah tangan,
tapi itu yang aku pilih...
Dan aku tak menyesal pun...
PIS ROK N ROLLLLLL!!!!

Wednesday, May 12, 2010

PRA- SELAMAT PERGI DARI MIMPI

Perasaan ini macam mengorek bontot yang mengalami masalah kecacingan,
lagi dikorek lagi asyik...

Bodohlah, aku tak dapat tahan perasaan ni...

Terimakasih buat semua makhluk hidup berbulu hidung yang pernah, ada dan mungkin tetap ada kelak...

Dan, MAK, anak yang paling rawk n roll ni bakal mencium pipimu, sebentar saja lagi...

SEGAMAT, aku ada tinggalkan mani dan mazi kenangan yang aku lancapkan selama tiga tahun denganmu, aku akan rindu, mungkin hahahahak...

p/s : Kalau maen barang waktu sober macam ni,
mesti layannnnnn...

Friday, May 7, 2010

TARIK, TOLAK, LAHIR, BUNUH

Terima kasih...
KAU yang tarik aku...
KAU tarik aku untuk menolak dia...

Terima kasih...
KAU lahirkan dia...
Dengan membunuh aku perlahan-lahan...

Aku baru sedar...
Hee...

Adam Dan Hawa sedang berpicisan...

Nota Kaki Dia Yang tutututttt: Tak mengapa, benda macam ni dah acap kali aku rasa...Kau dah pernah buat pun sebelum ni...Aku ingatkan aku yang salah, tapi cuba lihat persekitaran, semuanya dah tak sama...Jadi, aku konklusikan bahawa KAU YANG SALAH...

Aku baru habis menduduki kertaspeperiksaan Transport N Environment, kertas yang paling paling paling stress untuk sem ini...Bak kata Encek Pungut, " nasib baek Islam laknat umatnya bunuh diri, kalau tak memang aku pun dah buat macam tu..."...Hahahak!

p/s : Ini pula untuk orang lain, 'lelaki',
tau tak lu sedang cipta
monarki dari lu punya daki
bontot kiri...

Tuesday, May 4, 2010

AWAK, I'M A BAD LOVER

"Now this isn't so bad, is it?"
"I'm waiting for the moment when they put hooks in their breast and tear their flesh apart."

"Honestly- you know something?"
"What?"
"You're a bona fide idiot."
"But, I got a great shlong."
"Let's put it this way: for a nonspiritual person, YOU'E NOT A BAD LOVER."


-Diplagiat dari novel 'The Nirvana Blues', karya hebat John Nichols (1983)-


********************

Aku tak tahu samada keputusan kali ini betul atau tak.
Aku dah tak sanggup tengok DIA macam mana yang aku nampak dia sekarang.
Kalau dulu aku yakin amat, tapi sekarang, aku sendiri tak percaya akan diri aku.
DIA dah sakit sangat dari hari mula lagi bersama dengan aku.
Aku tak nak DIA menangis lagi, kalau pun menangis, jangan sampai aku tahu...

Aku selalu sesak nafas, hilang fokus, cakap berterabur, insomnia...
Kata orang, itu kesan transformasi dari herb to chemical...
Kesan bila meninggalkan...
Aku tanak DIA tunggu sampai aku betul-betul SENYUM...

Sepuluh Haribulan Lima Dua Ribu Sepuluh, nanti...Saya ****** Awak...

Monday, April 26, 2010

TEORI DAN DISKRIT KEBINATANGAN

Tidak akan putih gagak walaupun seratus kali dimandikan,
Tidak akan bisa anjing menyebut 'A' biarpun seribu kali diajar mengeja,
Tidak akan boleh ular berjalan walaupun bertongkatkan emas,
Tetap tidak akan mungkin hamba menjadi TUHAN walaupun selaut kitab ditelan...

Babi pun jalan tunduk, inikan pula kau, MANUSIA...

Nota Kaki Binatang Purba Purnamarjuna: Gua, lu dan mereka adalah manusia, keluar dari celahan najis dan mati nanti dikambus bumi jugak, kan...?

Peperiksaan akhir semeter (untuk semester terakhir, insyaALLAH...) dah bermula... Dah genap paper ke-2 dijawab... Macam pukimak ja pun penat, mengalahkan lembu bajak...Aih...

Tapi, tetap ada yang INDAH hee...

Carta PanasFM Minggu Ini : Cross My Heart And Hope To Die (Sentenced), Come Out To The Grave (Balzac), Ending Is The Beginning (Suicide Silence), When In Doubt (Upon Arrival), Wax Simulacra (The Mars Volta)

Friday, April 16, 2010

LOMPAT DAN LOMPAT DAN JATUH

Baik layan porno dari memperbesarkan krisis yang KAU sendiri buat...

Dan aku pun turut terlibat dalam kancah itu...

Carta PanasFM minggu ini : Race With The Devil (Girlschool), TNT (ACDC), Wonderboy (Tenacious D), Binasakan Benih Bidadari (Jasad), This ain't no fucking love song (The Black Dahlia Murder), Tinggal (Julies Goes Overseas), My Love My Heaven (Tabloid)...

Wednesday, April 7, 2010

BIARKAN PEKUNG BERPANTUN

Erm, maaf...

Biarkan aku bernafas seketika...


Bukan apa, aku cuma mahu memohon permisi dari kalian yang kenal siapa pemilik sekujur tubuh sial yang sedang menulis ini agar memberi ruang, cukuplah sekelumit mungkin. Tak payah menyokong, cukup mengerti.


Jujur, aku sedang mengalami ketagihan dadah kelas ke-2 yang agak teruk sekarang. Aku mahu pulih. Jadi, tolong mengerti. Untuk sekian kalinya aku membuka pekung yang satu ini. Mungkin kelak bila sudah KUAT, aku kan bertandang lagi di ruang istimewa sundal ini.


Penulisan di raung blog ini mungkin akan distatikkan.


Maaf..
p/s : Kajian menunjukkan hampir sebahagian
besar pupulasi di Malaysia
mengalami masalah ketagihan dadah kelas ke-3...
Gula, rokok, kopi, etc...
Lu pun penagih!

Friday, April 2, 2010

SEMALAM, HARI INI DAN ENTAHLAH

Kau pegang tangan jijik bernajis ini semalam,
lalu kau julang megah dengan memanipulasikan kebobrokan hari muka,
kau tendang mahkota sundal hasil kelestarian hati kelam ini,
namun kau biarkan ia melancap sendirian di medan hancing sunyi...
Kau duakan benda yang bilangan satu dan tigakan apa yang empat,
dengan lelah kau masturbasi hari nan datang tanpa sesal,
kau buat dia tersenyum walaupun kau bonekakan KEPERCAYAANNYA,
dan dia terusan percaya dengan lambaian listrik mu yang dulu...

Lihat,
Enam ratus enam puluh enam bintang hilang di balek awan malam menghilang,
Tapi,
dia masih ada simpan enam ratus enam puluh enam harapan...

Hari ini tetap berlari sambil menyembelih semalam,
namun untuk esok,
entahlah..

Wednesday, March 31, 2010

KAMU DADAHKU

Betul, aku tak tipu...
Aku jadi kuat sangat bila berlaku situasi macam tu,
walaupun nampak sangat aku bajet hebat...

Maaf, tanpa permisi aku curi pandang...
Kalau tak selesa, nanti aku cuba tak buat lagi...

Aku cuma mampu berlagak kuat kerana sudah tak berkhudrat...
Jadi, tolong belikan aku kanvas lukisan?
Boleh...?

Nota Kaki Terpalit Taik Kucing : Arghtt! Aku dah tak tahan ni...Macam nak terkam ja...Hahahak! Eksyen eyk...?Hak!

Minggu ni memang cari nahas. banyak gila asgnment, test (testis betoi hahhak!...), etc...Tapi, masih boleh gelak-gelak macam orang gila, ok la tu kan, kan...?

Carta PanasFM minggu ini : Between Piss And Shit We Are Born (Anaal Nakhtrah), Lost (Kreator), Yami No Hikari - E (Balzac), (The Show must Go On (Drop Dead Gorgeous), Tapir Tits (Cock And Ball Torture), Creeping Death (Metallica)...

Tapi minggu ni, kalau ikutkan, aku banyak layan OST drama-drama Korea...Huhu...Snow Queen dan Witch Yoo-hee best orght...Dah tak metal la, dah tua...

Sunday, March 28, 2010

RUANGAN SEMPIT MELEKIT CAIR

Nafas membaham kewarasan. Jantung seakan dipusar beliung. Peluh muda mengalir pantas dan melecakkan semua. Baju, boxer, habis kuyup diselimuti piung-piung ketakutan. Mata terpegun. Jemari bergetar.

Cuba ditoleh ke kiri. Kelam. Cuba ditoleh ke kanan. Pun hampa. Cuba untuk bangun. Takut. Cuba kembali lelap. Bertambah gerun.

Mimpi itu ada lagi. Dan jejak tiga kali dalam dua minggu ia berkunjung tiba. Sekitar pukul tiga atau empat pagi, aku akan secara terkejut terjaga lari dari mimpi itu. Aku takut. Aku sakit.

Aku cuba lari ke sana, gagal. Aku lari ke sini, gagal. Geram dibuatnya, aku biarkan saja rasa takut itu menyelubungi diri dan dengan sedutan ketat asap rokok aku cuba menenangkan hati.

Ruang yang sempit. ruang yang mencair. Ruang yang sempit dan mencair. Itulah rupa mimpi itu. Realitinya, aku amat takut dengan ruang yang sempit dan mencair melekit. Jadi, mimpi itu benar-benar menakutkan aku.

Dari aku kecil, terutamnya bila imunisasi badan berada di tahap yang lemah, seperti demam, aku akan mengalami mimpi ini. Dan sedarnya aku, setelah habis zaman persekolahan, mimpi sebegini jarang lagi berlaku. Ia cuma datang bila aku dalam keadaan yang benar-benar tertekan.

Aku tertekan amatkah?

p/s : Aku pernah menghadapi tahap depresi
yang amat melampau waktu sekolah dulu..