Wednesday, June 30, 2010

TRILOGI TERSAYAT HARI

i. Pandemik Tautan

Diliwat angin semalam,
Setelah penat berjima' dengan klimaks mimpi kelam,
bersenggamalah sendirian di balik dinding tanpa orang-orangan,
tatkala ejakulasi berahi senyummu tak lekang dimasturbasi nafas angan...

(Tersenyum tewas aku biarkan malam ini kelelahan...)
ii. Penulis Yang Mati

Jika penulis ini telah mati,
nisankanlah dia dengan perenggannya...

Jika penulis ini benar mati,
biarkanlah karyanya turut mati...

Kerana di sana
nun di sana,
akan ada penulis baru,
yang akan menukilkan jutaan untaian indah buatmu,
buat mimpimu, anganmu, harimu,
dan akhirmu...

Jika penulis ini mati lagi,
berdoalah agar dia tak kembali...

iii. Ia (Ingatkan Aku...)

Seperti mi segera:

Senang didapati,
senang dihidangi,
senang juga menjadi tahi...
Cepat kenyang untuk lapar kembali...

Nota Kaki Dah Lembik Lutut: Kalau nak melukis, biarkan rasa menokok tambah...Dan jika benar mahu melukis, jadikanlah ia karya yang benar-benar gratis...Aku mahu jadi karya gratis dalam karya itu...

Semua dah hampir siap, cuma perlukan sedikit lagi persiapan...Gua malas betul nak mulakan hidup baru nanti (dah dapat jurusan lain dari yang diminta, mesti la gua kena 'berkenal-kenalan' dengan figura-figura baru...adoilah...budaya hippies ni hahahak! Mudah-mudahan lancarlah...)!

Perancangan gua nanti untuk hindarkan rasa bosan di kampus baru nanti: Gua nak hentam dslr gua betul-betul! (abang gua dah beli dslr baru yang beratus-ratus kali ganda hebat dari yang dulu, jadi diberikan yang lama kepada aku...yearght!), gua nak siapkan satu projek audio one-man-band, gua nak banyakkan bersukan (hahahak!), dan gua nak 'terbang'...!

Tapi rasa malas betullah sekarang ni...

Carta PanasFM Minggu Ini: Merisik Khabar (Zaiton Sameon), Republik Bintang Tengkorak (Forgotten), Midnight Evil Spirit (Farasu), Midget Sodomizator (Oerjgrinder), Shut Your Mouth (Pain)...

MANJADDA WAJJAD

Bachelor In Death Management & Zombie Studies (B.Hons)
University Of Gore Abattoir
-The Land Called Mahsyar-

p/s: Walaupun ditawarkan jurusan lain, gua belasah jugak!
Terimakasih Yang Maha Segala...

Sunday, June 27, 2010

SESUATU TENTANG ITU

Aku berbicara pada sesuatu,
aku menyuarakan pada sesuatu,
aku berkata pada sesuatu,
dan aku mengiyakan pada sesuatu...

Aku berbicara tentang sesuatu,
aku menyuarakan tentang sesuatu,
aku berkata tentang sesuatu,
dan aku menyatakan tentang sesuatu...

Namun,

Mata aku kerabunan,
telinga aku kepekakan,
mulut aku kebisuan,
dan tenaga aku kelesuan...

Kerana aku kehilangan SESUATU,
sesuatu tentang itu...

Nota Kaki Terpijak Sesuatu: Satu kehilangan tapi mungkin yang lagi satu tak... Ingat apa, macam yoga ka main connectin connection ni...?Haih...

Apa? Tak lah, dia ada ja... Tadi gua jalan-jalan ambil angin, dia ada ja depan tu, lepas tu ada kat tepi, lepas tu ada kat belakang...Entahlah, gua pun tak faham...

Carta PanasFM Minggu Ini: In Another Life (Behead The Tyrant), Mental Supremacy (Oerjgrinder), Straight Out Of Our Soul (Loudness), Hati Terikat Iblis (Ritual For Majesty)...

Friday, June 25, 2010

KETINGGALAN DI BELAKANG

Perght, perasaan ni...
lagi sakit dari apa yang pernah jadi...

Hahahak!
Lagi sakit dari kena panah petir...
Aduh, terimakasih...


P/S: Kalau aku betul pun, tetap dipersalahkan...kan?

Wednesday, June 23, 2010

NOTA DARI BILIK KECIL

Melepaskan hari-hari berlalu seperti berak cirit:

Semua terhambur serentak...

Nota Kaki Berpotongan Boot-Cut Ketat: Yearght, bukan semua orang nampak dan cuba untuk nampak. Bukan semua orang rasa atau cuba merasa. Bukan semua orang dengar atau cuba mendengar. Dan bukan semua orang hidup walaupun masih menghembus nafas...

Sejak potong rambut ni (tak potong pendek la...Tak rawk a rambut pendek...), gua rasa macam Kurt Cobain la...

Setiap kali sebelum lelap, gua rasa berat betul nak melepasi kawat berduri ini...Haih...Selalu gua sedapkan hati sendiri, "esok bangun, ok la tu..."

Carta PanasFM Minggu Ini: Hidup Adalah Kutukan (Forgotten), I Can't Play With Madness (Goregonzola), Fatal Control (Pisschrist) dan Bagaikan Puteri (Farah)...

Friday, June 18, 2010

KERA KANGKANG UNTUK TANAH

Tanah itu biarpun besar gedabak , tapi untuk simpan jenazah kelak, tak sampai seinci pun luaknya...

Tolak tambah nisan untuk adik-beradik yang lain, rasanya tak sampai suku pun...

Agak-agaknya ada yang nak buat piramid, boleh simpan sekali dengan lembu, kambing, ayam, itik, ikan tilapia merah, puyuh, etc, bila mati nanti kot....

Tuesday, June 15, 2010

BELUM SORE WAKTUNYA

Berjalannya dia sambil menjinjing beg hitam petak bentuknya,
bertanyalah orang-orang apa isinya dan kemana destinasi sebenar ia,
dijawabnya dengan senyuman dibiarkan orang-orang berimajinasi seketika,
lalu kakinya pergi lagi meninggalkan tanda tanya yang nyata...

(Kerana kelak sore nanti terdiamlah dia...)

Nota Kaki Double Pedal Barai Punya Drummer : Semuanya menjadi kucar-kacir dan tidak sistematik lakunya...Segalanya dibiarkan di belakang pulak...Apa dia ni....?

Kepala pusing macam mesin pemotong rumput...Rasa macam kat tengah padang hijau yang aman...Tapi sekejap-sekejap seperti baru lepas mosh...Hahahak!


Carta PanasFM Minggu Ini:
Brotherhood (Running Wild...Ni otai heavy metal/pirate metal ni...perght!), Ranti Nasha (Bhayanak Maut), Destroyer (Twister Sister) dan Sejati (Wings)... Tapi aku banyak layan Iwan Fals (perght, gua minat habes ngan oldtimer ni!)...Yang jadi pilihan setiap kali bangun dan sebelum tidoq adalah lagu Galang Rambu Anarki dan Air Mata Api...

p/s: Seronok tahu dia dah kuat macam Hulk Hogan...
heee...

Monday, June 14, 2010

LELAKI LARUT MALAM

Di saat susuk tubuh itu berpaling,
matanya suram anginnya suram jiwanya suram,
membiarkan pita rakaman itu berjalan walaupun malam berlalu kelam,
ditanya dia kepada kekelawar sesuatu yang terlepas,
ditanya dia kepada sang unggas sesuatu yang terlewat,
ditanya dia kepada semua nyawaan malam tentang hari-hari sebelum hari ini,
dan jawapannya sama:



"Lelaki larut malam tetap tidak akan faham...."



Nota Kaki Malam Nanti Tengok Bola: Dia cuba membutuhburitkan SESUATU, dia cuba memakiseranah SESUATU, dan dia cuba mencabulrogol SESUATU...Tapi, dia bukan itu MAHUNYA...(perght, ayat gua macam tengah tengok kemalangan jalanraya yang ngeri terburai otak-otak ja, kan...?hahahak!).World Cup kali ni tak ramai la kaki-kaki nak betting ngan gua...Adoi la...Kalau ada sesiapa nak betting ngan gua, jom la...Yang ada number fon gua, message ja, gua mesti on betting punya...

Keputusan peperiksaan akhir semester gua? Lu semua teka a : (A). Gua dekan dan result gua power gila anjeng!. (B). Ayuh kembali ke Segamat untuk menyambung semester tujuh!. (C). Gua lulus walaupun pointer macam celaka!. (D). Gua macam lu la!.

Klu: Kurangkan penggunaan gula, garam dan minyak dalam makanan...Tapi kalu lu tak mau teka, mampos lu la hahahak...!

Thursday, June 10, 2010

HENTIKANLAH GUSAR INI

"...Tuhan hadiahkan kita lutut untuk mempermudahkan LANGKAH, bukan untuk dilafazkan perkataan seperti 'KEPALA LUTUT LU, BONGEK!'. Kan?..."

**********************
Malam ini malam yang jalang. Malam yang sundal. Sudah dibiarkan sore menyetubuhinya, diizinkan lagi pagi meliwat detiknya. Benar, aku saksi untuk persetubuhan antara sore dengan malam dan acara meliwat antara malam dengan pagi.

Manakan tidak, aku berjaga saja tanpa bisa mata separa bundar ini lelap aman. Insomnia kembali mencengkam. Aduh.

Minda, benar, hanya kosong semata. Ponggah dipolos memori yang sepatutnya menjadi memoir sang pendita hina, ataupun menjadi rakaman usang pita ingatan anak kecil lemah yang bermaustatin dalam kerangka remaja lelaki nista.

Walaupun sepatutnya kapasiti badan (figura yang semakin melengkung; yang pasti dengan senang menjadi anggapan masyarakat sebagai zombi ataupun PATI.) sudah melebihi kapasiti asalnya kerana di siang hari selepas kesiangan, berkhudrat, dengan senang tertidur, nyata tidak kesampaian.

Agar pagi (yakni pagi yang meliwat malam tadi) tidak terlepas dengan sia-sia, aku merantau melewati ruang maya tanpa nahu yang nyata. Dan kecewa aku terusan bertambah apabila tertera sesuatu di web itu: "WE APOLOGIZE. OUR DATABASE IS EXPERIENCING A TEMPORARY PROBLEM."

Adoi la...

Nota Kaki Terpalit Taik Lembu: Aku kodek-kodek jumpak la beberapa blog yang aku rasa," babi, lu rupanya!" hahahak...

SEE YOU UNTILL WHEN WHEN

I can not run run fast like You...
So, I think better I stop near the road...

But, I just want to say ...

"Seeing Is Not Believing..."

Orght, I don't know what to write more...
So bye bye...