Thursday, June 10, 2010

HENTIKANLAH GUSAR INI

"...Tuhan hadiahkan kita lutut untuk mempermudahkan LANGKAH, bukan untuk dilafazkan perkataan seperti 'KEPALA LUTUT LU, BONGEK!'. Kan?..."

**********************
Malam ini malam yang jalang. Malam yang sundal. Sudah dibiarkan sore menyetubuhinya, diizinkan lagi pagi meliwat detiknya. Benar, aku saksi untuk persetubuhan antara sore dengan malam dan acara meliwat antara malam dengan pagi.

Manakan tidak, aku berjaga saja tanpa bisa mata separa bundar ini lelap aman. Insomnia kembali mencengkam. Aduh.

Minda, benar, hanya kosong semata. Ponggah dipolos memori yang sepatutnya menjadi memoir sang pendita hina, ataupun menjadi rakaman usang pita ingatan anak kecil lemah yang bermaustatin dalam kerangka remaja lelaki nista.

Walaupun sepatutnya kapasiti badan (figura yang semakin melengkung; yang pasti dengan senang menjadi anggapan masyarakat sebagai zombi ataupun PATI.) sudah melebihi kapasiti asalnya kerana di siang hari selepas kesiangan, berkhudrat, dengan senang tertidur, nyata tidak kesampaian.

Agar pagi (yakni pagi yang meliwat malam tadi) tidak terlepas dengan sia-sia, aku merantau melewati ruang maya tanpa nahu yang nyata. Dan kecewa aku terusan bertambah apabila tertera sesuatu di web itu: "WE APOLOGIZE. OUR DATABASE IS EXPERIENCING A TEMPORARY PROBLEM."

Adoi la...

Nota Kaki Terpalit Taik Lembu: Aku kodek-kodek jumpak la beberapa blog yang aku rasa," babi, lu rupanya!" hahahak...