Wednesday, June 30, 2010

TRILOGI TERSAYAT HARI

i. Pandemik Tautan

Diliwat angin semalam,
Setelah penat berjima' dengan klimaks mimpi kelam,
bersenggamalah sendirian di balik dinding tanpa orang-orangan,
tatkala ejakulasi berahi senyummu tak lekang dimasturbasi nafas angan...

(Tersenyum tewas aku biarkan malam ini kelelahan...)
ii. Penulis Yang Mati

Jika penulis ini telah mati,
nisankanlah dia dengan perenggannya...

Jika penulis ini benar mati,
biarkanlah karyanya turut mati...

Kerana di sana
nun di sana,
akan ada penulis baru,
yang akan menukilkan jutaan untaian indah buatmu,
buat mimpimu, anganmu, harimu,
dan akhirmu...

Jika penulis ini mati lagi,
berdoalah agar dia tak kembali...

iii. Ia (Ingatkan Aku...)

Seperti mi segera:

Senang didapati,
senang dihidangi,
senang juga menjadi tahi...
Cepat kenyang untuk lapar kembali...

Nota Kaki Dah Lembik Lutut: Kalau nak melukis, biarkan rasa menokok tambah...Dan jika benar mahu melukis, jadikanlah ia karya yang benar-benar gratis...Aku mahu jadi karya gratis dalam karya itu...

Semua dah hampir siap, cuma perlukan sedikit lagi persiapan...Gua malas betul nak mulakan hidup baru nanti (dah dapat jurusan lain dari yang diminta, mesti la gua kena 'berkenal-kenalan' dengan figura-figura baru...adoilah...budaya hippies ni hahahak! Mudah-mudahan lancarlah...)!

Perancangan gua nanti untuk hindarkan rasa bosan di kampus baru nanti: Gua nak hentam dslr gua betul-betul! (abang gua dah beli dslr baru yang beratus-ratus kali ganda hebat dari yang dulu, jadi diberikan yang lama kepada aku...yearght!), gua nak siapkan satu projek audio one-man-band, gua nak banyakkan bersukan (hahahak!), dan gua nak 'terbang'...!

Tapi rasa malas betullah sekarang ni...

Carta PanasFM Minggu Ini: Merisik Khabar (Zaiton Sameon), Republik Bintang Tengkorak (Forgotten), Midnight Evil Spirit (Farasu), Midget Sodomizator (Oerjgrinder), Shut Your Mouth (Pain)...