Friday, July 3, 2009

SELANGKAH SEBELUM REBAH

Segala manis, pahit, masam, kelat dan 666 juta rasa telah dilewati dan hampir tamat tempohnya setelah dikikis jarum jam yang tak pernah berputus asa berputar melestarikan kitarannya. Aku sudah mau ke neraka kembali, AAAARRRGGGHHHTTT!!!!!!

Banyak yang aku dapat dalam tempoh dua bulan perlepasan cuti semester kali ini. Konflik dalaman juga luaran banyak melorek membentuk satu bulatan memori. Tapi kebanyakannya sengaja tidak aku ceritakan, yearght SENGAJA.

Aku pun dah kurang bermusik sekarang, biasalah band pun dah R.I.P. Kaki pun dah malas nak menghentam pedal berkembar cuma masih kuat menekan pedal minyak hingga baru-baru ini kemalangan (Woi Encek Syammen Gore! Nasib baik lu balik campus awal. Kalau tidak mesti lu ada ngan gua masa gua EKISDEN. Aduh, hampir merempuh gerbang ajal tidak kesampaian...). Dalam tempoh dua bulan ini pun tak ke persembahan kecil band bawah tanah, tidak ketemu teman-teman band, etc...Cuma awal kepulangan, aku ada mengemas bilik sikit. Kemas segala artifak kelam yang dikumpul sejak darjah enam (terima kasih kepada teman-teman band, editor zines dan rakan-rakan forum serata Malaysia yang banyak pos demo, EP, stuff, zines kepada aku dulu. Yearght, kita bergerak bukan kerana POPULARITI juga MONETARY, tapi ini medan kita...Thanx n keep on haillin'! Maaf, gua dah kurang sikit sekarang...)

Antara artifak lama yang tak bosan dilayan cuti ini (banyak lagi, tapi ini antaranya...) yang menemani aku dalam dua bulan tempoh percutian ke syurga ini adalah:

1. Red Heaven (Hayagriva.)
Terbaek!!! 'Gates Of Eternity', track paling KELAM bagi aku....

2. Self-titled demo Oracle (Oracle.)
Louise, I do luv ur voice, 'Lost' is da best track i've ever ******, GILA ARGHT!!!)

3. Nandey Kathey ( Kashmir Stone.)
Jangan cakap kalian rocker kalau tak kenal band otai ni, band paling muhibah... 'Anbu' dan 'Rozanna' adalah pilihan...

4. Rise Of The Gemulah (Intorment.)
Terima kasih kepada Arif JB Metalhead yang sanggup pos kat gua...Susah nak dapat dah stuff ni...Sampling jampi tu macam best ja...Hahahak!

5. Morbid Vision (Sepultura.)
Yearght, hail to the king!!!!

6. And Love Said So ( H.I.M.)
Kalau aku tiba-tiba tangkap cintan, H.I.M. memang berbaloi...
'When Love And Death Embrace', oh aku rindu KAMU...Betul...Walaupun bertepuk sebelah tangan...huhuhu...

7. Satu Antara Sejuta (Febians.)
Sesiapa yang berada di posisi drummer macam gua, sesuai amat layan album ni...Evergreen la kan semua band rawk kapak...

8. Storm Of The Light's Bane (Dissection.)
Masa zaman muda aku dulu waktu masih kuat layan irama dari Norway dan Sweeden, aku sangkut gak ngan album ni...

9. After The Promise (FTG.)
Album thrash metal pertam diterbitkan di Malaysia! Sangat tight!

10. The Jester Race (In Flames. )
December Flower adalah track paling terkesan bagi aku...Teringat masa masih bersama band dulu, selalu cover lagu ni...

Dan sekarang aku dah berat sangat untuk pergi ke neraka, takut seksaan mental dan fizikal sama macam semester terdahulu...Arght...