Wednesday, July 8, 2009

KEKADANG AKU KEKADANG KITA

Kekadang, kita kegirangan. Kekadang kita kehilangan. Dan kekadang juga kita cuba mempertahankan. Mempertahankan sesuatu yang ditolak oleh empunya badan lain kerana bagi mereka itu janggal, jengkel, JAHIL. Tapi, kenyataan sebenar kenapa kita mempertahankan 'ia' adalah satu penipuan kerana kekadang kita sendiri tidak tahu mengapa kita begitu. Betul?

Jika dibandingkan 'Aku' sekarang dan 'Aku' yang dulu, banyak 'kekadangnya'. Sangat-sangat dan sangat ketara. Tak perlu diperjelaskan kerana kalian yang membaca pun mungkin menyampah dengan transformasi ini. Tak tahu mengapa, tapi 'kekadang', ia begitu.

Dulu, berbekalkan semangat darah muda dan rebelisasi yang dijulangkan, gayanya aku lantang bersuara tentang ketidakpuasaan yang berbekas di benak. Tak dilepaskan melalui perbuatan, dilepaskan melalaui cacian. Jika tidak pun, disuarakan dari seniirama, senikata, senilukis. Tapi, sekarang cuma MELIHAT lantas tersenyum, MENGANGGUK lalu tersengih, MEMENDAM dan terus membiarkan. Benar, kebelakangan ini aku membawakan watak sebagai seorang remaja yang pengecut, BACUL, bodoh, bendul, dan sudah tidak kental babak-babak kelakar. Dan ia menjadi satu penguasaan ketara dalam hidup aku sejak beberapa hari aku kembali ke neraka SELATAN ini.

Berdiam diri bukan perkara terbaik sebagai pelakon sandiwara di muka bumi fana ini. Tapi, ada sesetengah INSAN begitu, atas sebab yang mereka sendiri tidak ketahui. Aku tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini; tiga bulan kebelakangan ini, aku begitu. Tak metallah ,KAN? Apa yang aku boleh lakukan? Apa yang kalian boleh lakukan? Semuanya seakan-akan mengkekadangkan keadaan.

Mungkin banyak hati SUCI yang telah terluka, aku sedar. Tapi tolong maafkan anak hina ini kerana dia sendiri kehilangan. Dia sendiri menghilangkan. Dia sendiri yang dihilangkan. Anak hina ini walaupun telah menjadi sesuatu yang bukan dirinya, tapi dia masih berpegang kepada etik dari dulu. Dia masih berebelisasi dalam mimpi buatan sundal minda hitamnya. Dan dia punya banyak dosa, jadi dia tidak menyalahkan sesiapa yang menjauhkan diri, menghina, memBUTUHBURITKAN dirinya kerana dia sendiri sedang membutuhburitkan dirinya.

Nota Kaki Penuh Lumpur : Dan baru-baru ini, penyakit lama aku kembali. Aku merasakan sesiapa saja disekeliling aku; walaupun tak dikenali, mentertawakan, menghina, mencaci,etc. Sewaktu berjalan, bercakap, berdiri semsorang, mahu tidur malahan apa saja yang aku lakukan aku rasakan aku dihina. Jadi aku mungkin akan aktif menulis di ruang kelam ini untuk mengurangkan tekanan. Diaridosa, tolonglah. Aku tak punya sesiapa dan apa-apa di sini. Betul, aku PARANOID amat dengan persekitaran sekarang. Betul. Kalian yang mengenali, maafkan aku kerana aku sedang berpura-pura. Gelak, senyum, muka ketat, muka bangang, gembira, buat lawak, sakitkan hati orang dan segala macam lagi itu cuma KEPURAAN.


Jika ada yang masih bersama dan PERCAYA akan anak hina ini, TERIMA KASIH yang sebenar-benarnya. Ini bukan entry untuk meraih SIMPATI, tapi sekadar alternatif untuk menenangkan hati pincang ini.