Tuesday, July 21, 2009

MAHAMERU DUNIA SATU

Kita tak mungkin dapat menerajang dinding sunnatullah. Kita tak mungkin dapat menyulam seraut wajah ceria di celah amarah. Kita tak mungkin menguis cebisan-cebisan resah hanya dengan kemunafikan bersujud atas sejadah. Kita cuma hamba, hamba kepada segala autoriti dunia fana dan dunia di sana. Yang Maha Segala tahu, Yang Maha Segala penentu.

Deruan angin yang cuba menggoncangkan pasak satu kitaran kehidupan darah muda tak akan pernah tersimpang dari laluannya. Ia ada di mana-mana saja untuk terus memalitkan satu kutukan ke atas insan muda belia remaja hina. Ada kisah tanpa kata? Ada aksi tanpa pelaku? Ada ikatan tanpa suratan? Dunia tanpa rebelisasi adalah dunia tanpa dosa. Dosa itu jua yang tetap membawa kita ke satu puncak revolusi. Ke puncak reformasi. Ke puncak HIPOKRASI.

Rakamkan aksi lincah, lucah, tanpa purdah kalian. Tontonkan demi mengaut publisiti murahan dan atas segala keberanian itu, hadapilah dunia yang sentiasa akan terus meludah, mengkahakkan aksi sundal kamu. Salahkah? SALAH!!! Kalian bodoh kerana memperjudikan susuk tubuh yang mengiurkan yang akan berkedut, berlemak dan mungkin reput begitu saja tanpa teman tarimu yang dulu. Dengar cerita, telah jadi bahan panas di kampus kecil ini. Yearght, itu hak peribadi kalian, tapi itu juga reaksi alam.

Dunia akan tetap penuh dengan golongan bijak pandai yang terus mencari KESEMPURNAAN. Itu milik YANG MAHA SEGALA. Kesempurnaan milik DIA. HAMBA tak layak mengecap kesempurnaan. Tapi, minoriti penentang sistem songsang jadian akan tetap bergerak walaupun secara separa sedar. Bukan SEMPURNA itu destinasi, tapi demi pembaharuan satu entiti yang dinanti. Jika bukan hari ini, tidak mengapa. Mungkin generasi yang ke seratus kelak yang akan melestarikan kemenangan.

Hidup sudah semakin pincang kebelakangan ini. Tapi masih cuba beronani dengan dunia, masih cuba berereksi dengan masa yang dicuri. Yearght, aku bukan lagi yang dulu. Kurang tawa juga aksi gila hanya kerana desakan dunia gila. Bukan mengalah, tapi sekadar bertapa sebentar. Sedikit hipokrit,heh... Tapi, masih berdiplomasi, kan? Terima kasih kepada Encek Badek, Cek Aida, Cek Ami dan Cek Fatin yang sanggup membawa aku menonton wayang (gua nak sangat tengok Harry Porter, walaupun ceritanya sedikit mengecewakan, tapi oklah...), dan menghabiskan seharian putaran jam bersama. Dan hari ini, gua berani mengaku kalian adalah antara secebis insan di kampus ini yang layak aku gelar sebagai KAWAN. Tapi, sejam sebelum pergi, aku dapat satu panggilan yang berbunyi, "I need u dear...Pliz hit me back...Pliz...", yang terus merencatkan kegirangan aku. Selepas dua tahun KAU pergi, kini kau kembali? Maaf. Orght, nanti aku akan palitkan cerita berkenaan 'panggilan' tadi dan 'panggilan' ini adalah sebab utama mangapa aku agak pasif semasa bersama Badek, Aida, Ami dan Fatin ke Keluang.

Tiada apa lagi mungkin yang patut kita kejar selagi kita ada sesuatu yang terus memangkin gerak tari perjalanan. Dan jangan pernah kita berserah kepada emosi dan menyesal dengan apa yang kita lakukan kerana kita punya kita.

Nota Kaki Busuk Baru Basuh : Aku mahu mendampingi, memerhati, mengekori, dan segalanya berkenaan **m*....Tapi, salah seorang kawan aku juga besama **m*, jadi, rasanya dia lebih layak... TAPI, aku tak akan pernah 'bosan'...'LOST', heh...

Encek Syammen Gore...Ini gambar kita di broken harbour.
Seronokkan bersama membenci dunia...