Monday, October 19, 2009

ANTARA IRON BIRD DAN LES PAUL

Gua mula belajar bermusik sedari umur gua tiga belas tahun, terpengaruh amat dengan semua lagu dalam album After The Promise (FTG), Phenomistik (As Sahar), dan Forever In Time (Cromok). Dan sejak itulah gua percaya gua tak pernah punya bakat.

Dah banyak gitar yang gua pegang. Gitar pertama yang boleh mengikut rentak gua adalah Gitar Akustik Santa Cruise. Falcon pun gua pernah.

Tapi sekarang, rasa-rasanya gua ada dua gitar. Tak perlu dinyatakan apa jenamanya kerana bukan niat gua untuk mempromosi secara percuma. Satu darinya berbentuk Iron Bird. Seperti nama bentuknya, gitar ini memang ganas. Dan satu lagi, Les Paul. Juga seperti namanya, versatil dan evergreen.

Iron Bird. Gua senang amat scalling dengannya. Ia boleh mengikut semua rentak gua. Riff yang terlahir dari paduan kami liwat membuatkan gua rasakan gua setanding dengan semua panglima gitar dunia, walaupun sekadar dalam mimpi. Iron Bird selalu bersedia bila gua mahukan. Iron Bird kasar seperti gua. Iron Bird ganas amat.

Iron Bird tak pernah kisah macam mana layanan yang gua berikan. Diletak tertiarap, necknya dibawah, apa saja, Iron bird persetankan saja. Cuma satu yang gua kurang gemar. Walaupun memang hampir semua lagu yang gua mainkan berat, kelam, sedih, Iron Bird keluarkan cuma kurang sesuai untuk mainkan lagu yang mellow, ballad, dan gembira. TAPI, untuk metalhead, Iron Bird umpama pedang yang memancung semua kepala syaitan. Hahahak!!! Dan dengar cerita, Iron Bird gua sudah ada yang ringan-ringan mulut mahu pinjam walaupun tak pernah gua cakap Iron Bird ini milik gua.

Tapi kekadang, Iron Bird tak keluarkan apa yang gua mahu.

Les Paul. Benar, versatil tapi gua masih belum benar-benar dapat berlagak seperti dewa gitar. Les Paul nampak mahal, sensitif, bergaya, dan semua yang megah-megah Les Paul ada. Selalunya gua akan mainkan lagu-lagu yang mendamaikan, berentak mellow, dan tiada riff yang menggila bila bersama Les Paul. Gila lu, kalau rosak, menagis gua. Botak kepala gua nak dapatkan balik.

Les Paul buat gua rasa gua berbakat. Walaupun Les Paul tak pernah menjadi seperti yang gua mahu, tapi gua sudah semakin giat bersamanya untuk mendapatkan keserasian. Kebanyakan gitaris profesional akan ada keserasian dengan gitar mereka. Walaupun gua cuma amatur, gua tak pernah berputus harap.

Gua tak pernah putus harap untuk leading bersama Les Paul.

Kedua-duanya amat penting dalam pembentukan semula diri gua. Gua pernah nyatakan dulu untuk berhenti memetik gitar dan mahu fokus ke atas instrumen lain, iaitu drums. Tapi, gua cuma anak lemah, keteguhan hati gua yang kental kekadang tergugat juga.

p/s: Blog adalah medium untuk surakan apa yang kita mahu yang tidak dapat dari media massa biasa...Cuma, kekadang apa yang lahir darinya akan disalah tafsir...Itu perkara normal, dan gua memang suka orang salah faham apa yang gua tulis...Keunikan mainan perkataan adalah atas kebijaksanaan penulis...Gua tak berbakat, tapi gua tetap mencuba...