Sunday, October 25, 2009

SATU ANTOLOGI TENTANG JANJI

i.

SEMALAM KITA KAHWIN

Akad nikah, makan beradap,pembatalan wuduk, juga semua sudah lepas.
Dan sekarang sudah tiba salam mula malam pertama.
Tapi, mak andam gemuk pendek tetap tak mahu pulang...
Datang pula ketua rewang tinggi buncit membasuh talam malam-malam...

ii.

CELAK COMOT DAN TEMBAKAU JAWA

Celak comot
Tak lagi begitu
Ada tapi tak diguna
Ditunggu hari menyorok air mata...

Tembakau jawa
Dibalut dengan harum daun
Dibakar hujung asap nipis mimpi disedut
Esok, lusa, tulat tapi hari ini hampir tamat...

iii.

PEREMPUAN CANTIK-CANTIK SEBENARNYA

Perempuan semua cantik-cantik
Bibir putik pinggul lentik
Perempuan cantik-cantik belaka
Riak kalis suara mata seakan berahsia
(Aku sedang terpegun dengan mereka
Bagaimana pun mereka bertanya
Aku tetap malu berkata 'Ya'...)

Perempuan cantik-cantik sebenarnya
Tapi sekarang aku cuma ada satu
Jadi tolong biarkan aku bersandar
di bahumu yang cantik...

Nota Kaki Berkuku Buruk: Aku dah janji...Tapi, aku tak cukup kuat, jadi tolong jangan pergi menjuih bibir...Aku positif tapi tak optimis...Mulai malam semalam, aku perlukan kamu, kamu perlu jadi dadah, dadah untuk janji aku...Kalau aku berjanji ITU,
aku mahu kamu berjanji INI...

Aku tahu kamu tak faham apa yang aku cakapkan di realiti. Aku tahu kamu tak paham apa yang aku tuliskan di sini. Tapi, aku tahu kamu tahu...

Lagu-Lagu Dadah Minggu ini: Wastin The Dawn (The 69 Eyes), Syurga Di Hujung Jarum (Sofea), It's All Tears (H.I.M), Radio Girl (Volbeat), Night On The Planet (My Proof), Dawnless Me (sins)...