Thursday, October 22, 2009

TIKA DULU

Model: Encek Halem sXe.
Jurufoto: Encek Saufy Pami
Jentera: Canon apa jadah entah aku tak ingat
Lokasi: Tasik Meromotik, Teluk Bahang

Dulu pernah kita masturbasi di celah kekalutan,
Jenuh kita menyepakterajang segala celaka,
Lelah membutuhburitkan amarah seribu dusta,
Tersembam tatkala ereksi ceria mula mencari dunia…

Dulu dunia memaling muka dari sekah percaya,
Membobrokkan kita selaku watak cerita,
Ampuh kita di sini tetap jua mencerai tawa,
Dari utara usia muda ke selatan mengira laba…

Dulu kita ke sana mencari bunga setia,
Berlari ke kaki pelangi mencari angkasa dosa,
Namun tiada kata seindah untuk merungkap semua,
kerana tetap tiada cemburu antara kita…

Dulu kita melancap satu permulaan untuk hari ini,
Beronani kita dengan obsesi mengejar mati,
Kerana tiada lagi apa-apa yang mampir menanti,
Kita tetap bersama pasti begini…


Model: Aku
Jurufoto: Encek Syafiq Suin
Jentera: Nikon apa jadah entah aku tak ingat
Lokasi: Pantai Kerachut, Teluk Bahang