Friday, November 20, 2009

TAMATNYA PERENGGAN KE-5

Jika penulisnya telah mati, nisankan dia dengan perenggannya...

Lewat. Lewat aku di sini untuk memalitkan apa yang aku mahu palitkan. Tapi ia tidaklah selewat mana.

Tamat. Ia sudah tamat. Bukan! Ia cuma hampir tamat. Sekali lagi aku bilang, HAMPIR TAMAT.

Episod tawa, ceria, girang, berpaksi cahaya, pelangi harapan dan segala nikmat remaja untuk frasa ini sudah tamat.

Babak celaka, dusta, sengsara sengketa, nerakahina, syurgalara dan semua tirai kelam untuk semester ini sudah tamat.

Aku sebenarnya masih beronani dengan persekitaran. Walaupun ejakulasi sebenar yang menunjukkan siapa aku belum klimaks setegangnya.

Semester ini aku banyak anugerah yang aku terima dari Yang maha Segala. Dan kebanyakannya berkenaan Hablumminnallah dan Hablumminnannas.

Benar, aku punya banyak cacat cela. Dan salah satunya, aku sangat sukar mempercayai sesiapa.

Masih jauh untuk aku mendefinisikan kehidupan sebagai mercu perjuangan. Tapi terima kasih kepada semua yang bersama dengan si celaka ini samada benar mahupun bermuka-muka. Tidak mengapa, aku tetap akan jadikan semuanya sebagai separuh dari memori kiri aku.

Terima kasih kepada semua yang bersama. Sejak dari hari pertama aku pijakkan kaki ke tanah itu, aku tak pernah rindukannya. Tapi sekarang aku mula ada sedikit perasaan itu...

Semester ke-5 telah tamat...

p/s : laptop gua rosak, baru hantar kedai...
Jadi, banyak gambar tak dapat di palitkan...