Thursday, November 26, 2009

SEMUA YANG TERKEBELAKANG

Aku takut amat untuk bersemuka dengan HARI MUKA.
Kerana SEMALAM aku tertidur dengan mimpi yang bobrok.
Dan HARI INI mungkin aku telah terjaga kerana sudah tua...

Bukan masalah kewangan...
Bukan juga masalah perhubungan...
Bukan masalah pelajaran...
Bukan masalah cinta sekarang...
Bukan masalah permanasan global,
poliTAIK, racist, fasist, etc...

Tapi ia berkenaan soal itu dan soal ini tentang diri sendiri.
Ia meliputi semua kelestarian yang aku butuhburitkan.
Yang dikaburi oleh katarek perjuangan minoriti sesat.
Dikontribusikan oleh senyuman dari dusta dunia.

Aku nak berhenti dari berfikir tentang apa yang aku rumitkan.

Berapakah nilai satu kematian?
Aku rasa aku dah hampir tahu berapa nilainya untuk aku...

AKU MAHU HIDUP KEMBALI.
Dah lama rasanya aku mati... :)

Carta Penenang Jiwa: Aku dah kurang dengan irama kelam yang dah jadi separuh dari aku kebelakangan ni..Aku dah tak metal la cenggitu...Inilah sebahagian dari lagu-lagu kegemaran aku kebelakangan ini: Finding Home (Saosins), Fuck The System (Against All Authority), Kawan (Plague Of Happiness), Tomorrow Belongs To Us (The Casualties), Cinta Adalah Kebodohan (Marjinal), Moon Hail Mint (Nevertheless), dan lagu Nidji baru tu, apa nyah (Aku nak jatuh cinta dengan Giring, boleh?)...