Monday, November 9, 2009

SARI BERITA UTAMA (KOMA)

Sekadar gambar hiasan
(Tapi memang adik-adik gua comel, kan)

Segamat, November 9 : Penulis blog ini sekali dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dihadapan komputer riba miliknya yang masih aktif memutarkan lagu Forgiveness Only Gives You A second Chance For You To Crusade dendangan Rhino Charge sebelum beliau menghilangkan diri.

Hasil soal siasat ke atas saksi berhampiran, Encik Kumareselvam, penjual air buah-buahan secara kecil-kecilan, penulis blog ini telah melakukan banyak perkara aneh beberapa hari sebelum. Beliau dikatakan pergi berjoli bersama teman-temannya dan menghadapi hari-hari yang agak menyeronokkan.

Menurut Inspektor Nassert, motif kehilangan beliau masih dalam kesamaran dan pihak berkuasa masih giat menjalankan penyiasatan. Kes ini disiasat di bawah seksyen 2 (a) dibawah akta Contracts Act 1950. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran dan cabutan bertuah menanti anda.

Selain dari itu, hasil kajian yang dilakukan keatas orang ramai menunjukkan bahawa prestasi skuad bola sepak kebangsaan amat memalukan bukan disebabkan rasuah tapi kerana mereka lebih suka menuding jari ditambah dengan sifat dengki.