Wednesday, January 11, 2012

BILA MENYENTUH SOAL MASA DEPAN

Apa yg lu faham pasal 'masa depan'? Apa definisi yg akan lu bagi bila membincangkan tentang apa itu 'masa depan'? Kenapa harus wujud 'masa depan'? Apa sebenarnya 'masa depan'?

*Bakar rokok*

Kebelakangan ini, banyak yg mahu gua palitkan di DIaridosa. Tapi, gua malas. Bisa kiranya kalau update Diaridosa jadi dalam rutin harian, seperti dulu, sewaktu gua asyik dalam arus puitis. Tapi, untuk menujukan tepat sesuatu isi atau isu, itu yg membuatkan gua ralat.

Ada lagi tiga kertas peperiksaan akhir semester yg harus ditelan telanjang bulat. Minggu ini minggu yg free. Minggu yg harus diisi.

Masa depan. Semua orang asyik bicara saja tentangnya. Gua juga salah seorang yg sangat aktif an seronok berbual berkenaannya. Bertanya dan saling memberi pendapat, itu yg gua cari dalam setiap diskusi gua dengan teman-teman. Walaupun kekadang, lagak gua seakan tidak serius, tetapi benar, gua cuba memberikan seratus dan peratus konsentrasi gua bila berbicara tentang masa depan.

*Sigh*

Masa depan selalu dilihat setiap individu dari sudut positif yakni dengan meletakkan 'masa depan' itu sebagai target (benchmark) untuk dicapai. Semua orang mengharapkan sesuatu yg indah sebagai masa depan. Berjaya bergraduasi dengan diakhirkan oleh sesi bergambar baling-baling topi sambil pakai jubah graduasi, berumahtangga dengan mengambil potret famili dengan senyuman yg entah sampai ke anak-cucu boleh bertahan atau tidak, punya kerjaya yg memberi pendapatan yg mewah hingga tak sedar diri sudah menjadi sebahagian dari proses algamasi atau akomodasi dengan sistem (hahahaha. Gua menggambarkan diri gua kelak sebagai seorang dari hamba kapitalis. Terimakasih kepada bro gua Gawat Skater keranan memberi tips utk itu), dan lain lain lagi. Kan?

Ada juga yg mengimpikan utk punya ahli keluarga yg comel-comel, hidup tanpa masalah dan lagi lagi kencingnajis dunia.

Gua??

*Terdiam sambil menyalakan lagi rokok sebatang*

Gua ini orangnya orang cacat. Orang yg tak punya apa-apa. Gua ini orangnya orang senang. Orang yg ikut angin terbang. Gua ini orang yg bencikan prosedur dan birokrasi. Orang yg bebas. Tapi tak bermaksud gua hidp tanpa masa depan, tanpa arah tujuan.

Tak mahu menjadikan sesiapa sebagai contoh dalam entry kali ini, gua lihat diri gua lebih tepat utk dijadikan sampel. Kenapa? Alasannya mudah. Ramai yg asyik mengatakan diri mereka adalah diri mereka. Jadi iri sendiri. Mereka unik. 'I am what I am'. Butuh.

Gua orang yg kalau itu yg gua pegang, itu prinsip, gua pegang benar-benar. Gua bukan orang yg mudah utk mengubah apa tiang gua. Ada yg bilang gua sudah berubah, tidak gua nafikan. Manusia berubah mengikut usia, itu natijah. Tapi dari segi pendirian dari sgi etika sebagai manusia, gua TIDAK PERNAH BERUBAH. Bukti mudah, 5 tahun gua menulis di sini, sekali pun gua tidak pernah mengubah layout Diaridosa, itu tanda gua istiqamah. Dan sekarang, pertama kali gua formatkan Diaridosa, TAP gua tetap dengan latar blog yg sama. Terimakasih Tuhan kerana menganugerahkan gua hati yg teguh.

Gua tak mahu apa-apa sebagai habuan menunggu masa depan. Gua cuma mahukan apa yg gua ada sekarang. Gua cuma mahu menjadi sebahagian dari kehidupan yg gua lalui sekarang. Itu saja.

Gua cuma mahu melakukan yg terbaik untuk keluarga gua, sahabat-sahabat gua, buddies gua, dan semua. Gua buat semua benda bersebab, benar, hanya utk kalian.

Gua nak tulis banyak, tapi gua malas amat. Hahahaha.

Cuma gua nak bangkitkan sesuatu yg mungkin boleh lu semua fikirkan serelevannya:

Berapakah harga yg lu semua akan bayar utk 'masa depan'?

Simple as that :) maderfakes.



Nota kaki: Kekadang ada benda yg lebih sesuai dibiar diam, ada pula yg layak diberitahukan. Semuanya masih, tetap ada pro tetap ada kon.