Monday, January 2, 2012

CATATAN AWAL TAHUN

Gua manusia.
Lu manusia.
Kita manusia.

Gua hamba.
Lu hamba.
Kita hamba.

*kena rokok sat*

Ok, fitrah kejadian manusia:
Cakap tak serupa bikin. Betoi, kan?

Ya ya gua tahu, bukan semua macam tu. Tapi itu kita. Untuk lebih senang dihadam, gua tukar perkataan 'kita' tadi kepada 'gua', yakni diri sendiri.

Bila tiba hujung tahun, gua mesti mengkonklusikan atau mengintihakan semua yg terjadi dlm tahun itu menjadi satu. Lalu bila datang permulaan tahun seterusnya, sibuk pula membuat hipotesis tentang apa yg akan dilakukan pada tahun itu.

Lu tak rasa benda tu bangang, kah?

Manusia adalah hamba. Manusia bukan hamba kepada manusia. Manusia bukan dihambakan manusia. Manusia bukan menghambakan manusia. Lu merancang, yg tentukan siapa? Dan bila semua yg dirancang dicanang jauh dari apa yg diharapkan, apa pula tindakan seterusnya:

Frustrated. Butuh.

Lu kena tahu, MESTI kena tahu. Kita hidup untuk apa? itu persoalannya. Bukan "kenapa kita hidup?". Untuk menjawab soalan 'kenapa kita hidup?', jawapannya mudah, kita hamba, yg memberikan hidup itu Dia, Yang Maha Segala. Lu tak boleh nafikan untuk hidup.

Tapi untuk menjawab soalan 'kita hidup untuk apa?', itu abstrak. Itu subjektif. Ia merangkumi setiap lapisan frasa hidup, setiap skop hidup, setiap yg bersetubuh dalam kehidupan.

Jadi, perancangan itu penting. Hipotesis awal itu mesti. Konklusi akhir itu wajib. Lalu dari sini lu boleh buat satu teori tentang kehidupan.

Contoh:

Tahun lepas lu gagal (katakan gagal secara general lah, sebab gagal itu jika dispesifikkan ia memandu utk melanjutkan perbincangan hahaha). Jadi apa tindakan lu untuk tahun kemudian??? Terus gagal???

konklusi tahun sebelum memberi permisi untuk kita buat hipotesis baru yg menguatkan perancangan. Benar, kan?

Jangan sesekali salahkan Tuhan. Jangan. Dia sudah berikan semua yg sepatutnya kita ada sebagai hamba, sebagai manusia. Klu lu salahkan Tuhan, lu lagi teruk dari lembulah. Ya lah, lembu tak salahkan Tuhan pun sebab apa asyik makan rumput, tak makan ayam penyet pecel lele, kan?

Dari situ kita boleh membuat teori awal:

Lembu pun menerima apa yg Yang Maha Segala berikan dengan senang hati.

Berbalik kepada kenyataan 'cakap tak serupa bikin' di atas. Lu jangan cakap lu bukan sebahagian dari itu.

Kenapa? sebab dalam hidup ini memang takkan ada kesempurnaan, perfection. Lu boleh cuba untuk jadi perfectionist, tapi takkan jadi. Lu masih nak cakap dunia ni wujud perfectionist?? civai.

Lu tau tak apa itu perfectionist? Lu tau tak apa itu maksud 'maksum'? Lu messiah kah nak kata diri lu maksum? Ajaran sesat lu ni hahaha.

Gua cuma nak quote satu ayat dari 'teman sesi sleepy' gua hahaha:

"Perfection is ridiculous. World does not need that"

Gua rasa gua tak perlu huraikan kenapa tapi yg pasti gua cuma nak utarakan bahawa kalau lu perfectionist (bukan dalam konteks 'maksum' ok. Ini bukan perbincangan bersifat keagamaan. Nanti ada pula yg cakap gua ni cuba menyebarkan syiar sesat pulak. Take it serious ok.), maka akan tiada achievement or improvement. Maka akan tiada lagi rasa rendah diri. Tiada lagi diplomasi.

Sebab apa, sebab lu akan rasa lu sorang ja yg bagus, lu sorang saja yg perfect.

Jadi kepada sesiapa yg selalu tengok gua diam bodoh, gua kurang bercakap, gua kurang berbincang, itu a sign of protest (bak kata Adam Adli. gua pun mahasiswa tapi gua tak bersetuju dengan tindakan beliau ya).

Ya lah, perbincangan dua hala celah buqhit mana kalau satu pihak asyik nak betul saja. Menghormati pandangan orang adalah sesuatu yg memanusiakan, walaupun ada ketika berselisih pandangan, at least HORMAT.

Kerana apa, kebanyakan orang sudah lupa apa itu konsep 'mendengar-didengar'. Selalunya orang akan sailang atau bagi banyak itu-ini bila kita bercakap.

Semua orang nak didengar, tapi siapa yg mahu mendengar?

Renung-renungkan maderfakers semua.

Namun kepada yg sudi berkongsi, sudi agar gua mendengar, dan sudi mendengar pendapat gua, dan menghormati perbualan dan perbincangan bersama, gua sangat-sangat berterimakasih dan amat amat gua hargai. Benar, gua sangat menghargai individu yg menggunakan medium komunikasi dua hala.





Nota Kaki: Kalau ada yg cakap gua civai ka, bavi ka, apa ka, teruskan. Gua bukan jenis yg peduli sangat dengan apa persepsi orang. Kat situ boleh nampak orang yg selalu melabel orang lain adalah pengamal konsep 'manusia menghambakan manusia'. Kan?

Tahun ini, awal tahun ini gua disambut mesra oleh kertas-kertas peperiksaan akhir semester, Wish me luck eh maderkafers. Hahaha.

Oh ya, gua memang dari dulu kalau menulis memang secara spontan. Gua tadak bakat menulis, jadi gua main semborono ja hahaha.

Huh?? Dah masuk lima tahun usia Diaridosa?? Tahniah kepada diri sendiri haha. \m/
Oh ya, semua post lewat sehari tarikhnya dari tarikh sebenar ia dipost.
Ada sebab :)