Wednesday, January 4, 2012

KECEWA ADALAH GULA-GULA

Banyak wajah yang celaka.
Wajah celaka yakni menderita.

Banyak wajah yg berduka.
Wajah berduka yakni merasa.

*sigh*

Ok. Tarik nafas, hembus asap. Hahaha. Gua bukan nak bercerita berkenaan gua kali ini. Gua nak bercerita tentang mereka-mereka yg bila gua tatap mata mereka, seperti ada genangan bak kolam.

Gua nak utarakan tentang apa itu rasa 'kecewa'. Sekali lagi, bukan pasal gua ok?? Sebab gua pernah merasa menatang tu dulu, lama dulu. Tiga tahun gua gila. Tapi gua tak menyesal, itu nikmat bagi gua. Gua seronok amat kerana itu rasa yg petut gua rasa sebagai manusia, sangat berterimakasih.

*Fukimak. Awat gua cerita pasal gua ni civai?? Haha*

Ok ok, kembali ke titik mula.
Gua bukan nak cerita kecewa dari sudut cinta. Butuhlah. Gua bukan nak cerita berkenaan kecewa bila gagal dalam peperiksaan atau apa lagi jadah dunia. Gua bukan nak cerita tentang kecewa apa-apa.

Gua cuba nak bercerita tentang kecewa yg bersifat general, yg senang dihadam, yg mudah untuk dibincangkan. Amaran ya, kalau ada apa-apa yg lu rasa bercanggah dengan apa yg lu baca atau apa yg lu rasa dalam semua post-post gua, gua mintak maaf. Gua cuma memberikan sedikit pandangan dari hati hitam gua. Hehe.

Kecewa. Sama maksud dengan frust, frustrated. Kan? Boleh juga diertikan sebagai patah hati. Kan? Boleh jadi juga satu tanda kegagalan. Kan?

Maaf, tapi gua memang seorang yg sangat memegang etika dan pegangan berkenaan hak manusia, hak seabgai manusia. Asas gua pun, salah satu prinsip yg sangat gua pegang adalah 'Hablumminnallah- Hablummminnannas'.

Jadi, sebagai manusia, salah satu fasa kehidupan yg harus dilalui adalah kecewa. Benar? Lu tak cukup rock lah kalau tadak rasa kecewa, at least kecik butir gula kan. Lu tak cukup k-pop lah kalau tak pernah lalu walau seinci fasa tu kan. Lu tak cukup MANUSIA kalau tak pernah dipeluk kecewa.

Masing-masing ada cereka berkenaan kecewa. Bezanya, mungkin situasi, punca, tragedi, masa, atau apa lancau lagilah. Tapi, bagaimana cara untuk menangani rasa itu yg kalau silap cara menanganinya, sampai ada yg sula gitar dalam pungkoq. Sampai ada yg terjun bangunan fakulti sambil memakai boxer saja. Sampai ada yg lupa siapa yang menciptakan dirinya.

Cara menangani kecewa boleh juga diklasifikasikan sebagai punca ke arah wujudnya Stress Management; kalau ditranslasikan berbunyi pengurusan stres. Perght, dalam macam nama subjek paper gua semester ni. Haha.

Ya lah, takkan tak stress kalau tak kecewa?? kan? Apa kebodoh sangat gua ni. Haha.

Kalau dari apa yg gua belajar dalam pengurusan perniagaan pengurusan operasi (sori eh, gua bukan jenis exam-oriented. Jadi apa yg gua belajar dalam kuliah,tutorial,buku teks selalunya gua manipulasikan dan adaptasikan dalam rutin hidup gua. Tp tu bukan sebab result gua macam sampah. Hahaha), sebagai seorang manager yg bagus, stress management adalah kemestian; bukan untuk diri sendiri tapi juga untuk para pekerja yg lain. Kalau stress, produktiviti menurun, kan?

Selain dari stress management, ada satu lagi iaitu anger management (kalau ditranslasikan berbunyi pengurusan rasa marah. hahaha macam bodo ja bunyi). Selalunya kedua-dua ini bermain dengan utilization (dari sudut kepuasan).

*stop sat, azan isyak*

Kita manusia. Manusia ini subjektif. Sama seperti how to measure satisfaction, sangat subjektif. Jadi, pengurusan stress dan rasa marah berbeza bagi setiap individu.

Tak mau amek contoh jauh, gua guna diri gua sebagai contoh. Gua tak tipu, gua bila stress marah-marah bagai gua tak lepas directly, mungkin ada yg perasan kot kalau indirectly. Tapi, biasalah lelaki, memang macam tu.

Gua sangat-sangat meminati cabang seni musik dan penulisan. Jadi, gua tak pernah lekang dengan lagu-lagu. Mungkin ada yg cakap gua ni tak habis habis dengan metal, rock n roll, grind, dan unerground scene bagai tapi gua dengar semua dan benar, gua layan, gua asyik.

Selalunya, gua akan kaitkan setiap lirik lagu yg gua dengar dengan situasi yg gua alami. Contoh:

"...And with each drop of blood we bleed because of this
something so precious dies and it feels it really is..."

-Kiling Me Killing You dendangan Sentenced-

Gua kaitkan liriknya bila ada masalah dengan teman-teman, rakan-rakan, etc. Lebih kurang macam tulah.

Ada ketika, gua stress gua main gitar, drums, soprano decent recorder, dan instrument lain yg gua tahu main. Dan, gua buat lagu. Gua juga minat dengan home-recording, so gua record sorang-sorang. Selalunya jadi koleksi peribadilah, lagu-lagu bukan sedap pun. Hahaha.

Lu tak payah lah tahu pasal cara gua tangani stres, nanti melaut ke cai dam, shingkeng bagai kang gua pi. Hahaha.

Yang penting, gua cuma nak tekankan, bila lu rasa macam tu, lu cari sesuatu yg buat lu seronok. Yg buat lu enjoy. Yang buat lu puas. Yang buat lu rasa lu hidup dalam dunia lu sendiri.

Katakan lu minat tengok wayang. Tunggu apa lagi, pi tengok dari pagi sampai ke midnight. Katakan lu minat pasal hantu or entiti or momok. Tunggu apa lagi, pi seekers lah hantu tak pun at least pi fun-fair masuk rumah hantu. Tapi lu jangan kata minat lu tengok porno. Tu bukan minat, tu nafsu serakah bavi. Hahaha.

Selagi masih muda, redah ja. Benar, kita akan rasa putus asa sampai nak mampos. Tak mau dengar apa orang cakap sebab dunia dah kiamat. Dulu pun gua rasa macam tu, tu sebab baru sekarang gua berani utarakan isu ni.

Tapi lu kena ingat, kecewa tu adalah satu fasa, banyak lagi fasa yg harus dilalui untuk menjadi MANUSIA. Lu kalau lembu ka, kambin ka, tadak hal lah. Tapi gua tau, kalau ada yg baca ni, orang itu manusia. Bagi orang Islam, bunuh diri tu neraka jahannam tempatnya. Putus asa itu pun boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri secara halus kalau tidak ditangani.

Gua pun cakap ja pandai, tapi ini lah yg gua nak kongsikan kali ini.
Jadi, bijak berfikir serelevannya, ok maderkafers?

*kena sebalut pun release tension kan? hahaha*




Nota kaki: Baru lepas 1st paper utk exam kali ini, tapi dah rasa gembira bagai macam jadi anak raja putera ha. Apara gua ni. Hahaha.

Gua tulis pasal isu ini sebab isu ini adalah dadah bagi setiap pelajar. Kan? Bukan, bukan. Bagi setiap manusia. Lu tak kan dpt lari.

Tapi kan, satu lagi cara gua nak release stress or rasa kecewa or apa-apa rasa negatif gua, kat Diaridosa ni lah. Hahaha. Kalau Diaridosa ni perempuan, memang lelakilah gua. Hahaha.