Sunday, January 15, 2012

MANA KEPERCAYAAN?

Salah satu benda yang membuatkan sesuatu ikatan itu utuh, tidak kira apa jenis hubungan, Hablumminnallah ataupun Hablumminnannas; hubungan dengan Sang Pencipta, hubugan dengan keluarga, hubungan dengan kawan, dan apa-apa pun hubungan, adalah KEPERCAYAAN.
Benar, kan?

*Bakar rokok*

Kenapa sesuatu itu diangkat tarafnya dari 'biasa' menjadi 'rahsia'? Apa itu rahsia sebenarnya?

Dari perspektif gua, gua berpandangan bahawa 'rahsia' itu diangkat menjadi rahsia adalah apabila kita yakni si polan, menyimpan sesuatu itu dengan begitu cermat, begitu tertib, yg tidak diketahui oleh sesiapa, berteman harapan bahawa akan tiada sesiapa yg tahu, dan jika bernasib baik hanya dikongsi kepada sebilangan kecil saja.'

Kenapa menjadi rahsia lagi sedangkan dikongsi dengan sebilangan orang? Ok. Lu tahu apa itu maksud 'sebilangan kecil'? Maksudnya, hanya individu yg boleh dibilang, means sikit saja orangnya. Dan kenapa ia digelar 'sebilangan'? Sebab kat situlah juga wujudnya tunas 'kepercayaan'.

*Membersihkan cermin mata*

Gua, lu, kita memerlukan teman. Teman atau teman-teman. Satu ataupun ramai. Untuk membuktikan kita ini adalah manusia. Ya lah, manusia sifatnya saling berinteraksi. Lembu atau kambin pun berinteraksi, tapi dengan cara mereka. Kita manusia, bukan lembu atau kambin.

Dalam berinteraksi itu, ia boleh termasuk dalam interaksi terus dan interaksi tidak terus (non-verbal, simbol dan tulisan, etc). Namun, bukan semua kita berinteraksi secara terbuka. Di sinilah datang istilah 'rahsia'. Kita berinteraksi dengan beberapa orang yg kita percaya.

Kepercayaan adalah ibu sebab untuk kita berinteraksi. Kerana, kepercayaan ini adalah pengharapan bahawa lu adalah penyimpan yang menyokong yang saling percaya bahawa ini adalah rahsia, jangan dibuka. Jangan dimurka.

Katakan, gua jadikan diri gua sekali lagi sebagai contoh, sedang menyimpan rahsia yang sebetulnya rahsia. Namun hati gua memberontak mahu melampiaskan kerana tak tertanggung lagi bak rindu Si Rose pada si Jack yg karam bersama Titanic, gua perlukan teman. Untuk berbicara, untuk mendengar, untuk memberi buah pandangan, untuk menyokong, untuk sentiasa ada bersama. Untuk PERCAYA.

Dan tanpa rasa percaya, hubungan dalam interaksi itu sendiri sedang membunuh diri sendiri. Kita bukan hantu polong atau penanggal yang tadak hati perut, yang tergamak menipu sentiasa dalam perhubungan. Yang selalu menipu tentang kepercayaan.

Dan kepercayaan itu juga yang membuatkan wujudnya kalimah 'jauh'. :)

Renungkan ya maderfakes semua?




Nota kaki: Terimakasih sangat-sangat kepada Akim, Fiq, Syafiq Suin dan Bebudak Kutu sebab sokong gua directly and indirectly :) terharu.

Gua pernah hilang matahari untuk siang dan bulan untuk malam gua sebab lu, menatang haram bavi civai.

Bro Badek jom kita menubuhkan badan tak berdaftar yg rebel jom. Hehe.

Gua tak tahu nak taip apa lagi. Kepala gua pusing sikit. Minggu ini gua asyik terbang ja, entah ke mana entah. Jadi, kalau ada typho or ayat yang pusing terbalik, persetankan saja eh. Hahaha.

On high on the highway, on high on my way.