Tuesday, May 5, 2009

ANGKASA TEMPAT BERDUSTA

"Sometimes you can grow up in just one night."
-Tony Parsons-

Aku masih dalam proses untuk menghabiskan novel berjudul 'Stories We Could Tell' hasil karya hebat dari Tony Parsons. Ekspresi jujur dari beliau yang bertunjangkan kehidupan remaja yang dililiti kuat dengan semangat memberontak darah muda. Buah tangan beliau kali ini cuba menerapkan juga menceritakan bagaimana kita percaya bahawa kita akan muda selamanya. Jujurnya, novel ini memang berkenaan dengan seks, dadah dan rawk n roll. Tapi, apa yang tersirat, beliau cuba untuk menganyam mesej bahawa kita patut jadi diri sendiri.

Semalam, semasa sedang menghayati novel tersebut, permaisuri penentang raksasa yakni ibu aku tertidur di tengah-tengah ruang tamu, tanpa sempat menyiapkan laporan dan minit mesyuarat beliau. Sayu hati aku kala itu. Manakan tidak, aku yang memang kuat dengan semangat rebelisasi, tidak pernah dipandang enteng oleh beliau. Apa yang aku lakukan mendapat sokongan kuat. Nahunya, aku banyak berpegang kepada prinsip-prinsip yang penuh dengan nilai-nilai menentang. Heh, zaman muda.

Aku kekadang tertawa sendirian bila memerhatikan kehidupan manusia-manusia, yang mana mindanya dipenuhi M.S.G. Hampir kesemuanya seakan-akan normal, tapi natijahnya cela semata-mata. Ramai yang menolak hipokrasi tapi hanya meniti di bibir merkah sahaja. Contoh, ada yang bilang penagih dadah tidak harus dipinggirkan, tapi macam mana kalau penagih dadah itu adalah teman sendiri? Mesti ada juga sedikit diskriminasi dan prejudis, bukan? Mentaliti sendiri yang mematri. Hanya sekadar contoh.Aku juga pernah menumpang terbang bersama 'kapal terbang hijau', jadi aku bukan orang yang arif untuk membincangkan tentang isu-isu berkenaan dadah. Contoh lain, kau benci atau tak suka seseorang tapi kau berpura-pura seperti biasa. Jangan begitu. Cuba berdiplomasi secara aman dan nyatakan sebab-musabab kenapa kau tak suka. Mungkin dia akan menerima dengan terbuka. Dan jangan pula memburukkan dia di belakang.

Menyentuh hal berkenaan politik, politik parti khususnya, ramai yang menjulang tinggi harapan untuk melihat masa depan negara juga generasi kemudian terjamin bersandarkan kepimpinan hasil pemangkahan hati sendiri. Dalam sedar atau tidak, ia adalah sesuatu yang bobrok hasil lestari nafsu serakah. Aku sedar aku jahil untuk memperkatakan tentang politik, tapi jika aku yang jahil ini nampak kesan negatif hasil politik parti, mengapa kalian ynag bijak pandai menutup mata. Dalam Islam, politik boleh dikatakan sebagai satu entiti wajib dalam pembentukan tamadun. Kita boleh lihat bagaimana politik diadaptasikan dalam Piagam Madinah oleh Baginda Muhammad S.A.W. Juga ditekankan, mengundi untuk memilih pemimpin itu fardhu kifayah. Tapi butakah kalian untuk menafikan fenomena politik tanahair sekarang yang penuh dengan kepincangan. Politik parti seakan-akan satu medium untuk menzahirkan kebencian. Contohnya, satu parti politik yang berteraskan agama mengadakan ceramah politik yang isinya membuka pekung satu pihak lain. Satu lagi parti politik yang memonopoli juga melakukan benda yang sama. Kitaran ini terus berpusing lantas melahirkan generasi-generasi kebencian. Aku benci kau dan kau benci aku. Tak bolehkah jika politik itu dijadikan satu cabang untuk bermusyawarah?

Setiap insan masih dalam proses pembelajaran. Amnya, mereka yang menuntut ilmu itu digelar sebagai pelajar. Pelajar pula mencari ilmu demi cita-cita. Ada yang mahu menaikkan prestij, kerjaya, mahu memenuhi harapan keluarga, juga sebagainya. Tapi ramai yang telah terpesong mindanya. Hampir kesemua pelajar samada tua mahupun muda, menjadikan hasil keputusan peperiksaan sebagai pengukur ilmu. Tapi, sebenarnya ia lebih dari itu. Ilmu bukan di nilai dari keputusan peperiksaan semata, tapi ia harus dinilai dari pengaplikasian dan manipulasi ilmu terhadap kehidupan seharian. Contohnya, kalian sendiri tahu.

Kehidupan sebagai seorang pelajar di institut pengajian tinggi tidak akan lari dari perasaan mahu disayangi dan dihargai. Ramai yang mencari jodoh jangka masa pendek. Sedarkah kita bahawa apabila kita berpasangan, kita telah terikat dengan tanggungjawab. Bercinta bukan semata-mata untuk seks. Itu dari perspektif ortodoks. Bercinta mengajar kita kehidupan awal sebelum berumah tangga dan berumah tangga itu satu tanggungjawab yang besar. Dan jangan bermegah jika sudah berpasangan kerana sebenarnya kalian sedang menipu diri sendiri. Tanggungjawab kalian terhadap keluarga dan sahabat pun belum dijaga sepenuhnya. Erght, aku pun macam tu. Tapi aku yakin aku sangat kuat berpegang dengan kepercayaan dari keluarga dan sahabat, sebab itu baru-baru ini aku luahkan kepada seseorang kerana aku yakin aku boleh memikul tanggungjawab baru. Tapi, aku bukan yang terpilih. Huhu. Normallah , aku tak punya apa-apa, tapi sekurang-kurangnya aku ekspreskan sesuatu yang tak pernah aku buat dan aku memang sangat setia. Jadi, tiada Hawa lain untuk dicari. Aduh, dah melalut. Maaf.

Kalau kau suka seseorang, kau mesti boleh menerima dia seadanya dan kau boleh beri peluang dan sokongan untuk dia berubah secara beransur-ansur. Enggak ngapa ein gitu dong.

Selalunya, lelaki mahukan perempuan yang cantik jelita dan perempuan mahukan lelaki kacak bergaya untuk dijadikan pasangan. Jadi wujudlah satu teori kemunafikan. Ada individu yang tak kacak, selekeh, tak sempurna dipandang rendah hanya kerana pandangan luaran. Aku sendiri begitu. Sejak dari muda lagi aku agak giat dalam sepak terajang dunia bawah tanah, jadi secara tidak langsung ia terpapar luarannya. Aku, dari sekolah memang memakai seluar potongan bell-bottom (hee, terpengaruh dengan gaya Clift Burton ex-Metallica...), rambut macam palat (ni terpengaruh dengan Hide Matsumoto X-Japan...Aduh...), kasar, agak celupar, selalu lakukan angkara, darah muda dan segala nilai negatif penuh di jiwa lalu dipandang hina.Tapi aku tak akan mudah berubah hanya kerana mahu menambat hati sesiapa. Kenapa? Contoh, seorang perokok amatur berhenti merokok kerana aweknya marah tapi beliau tidak pernah berhenti walaupun ibunya sendiri merayu-rayu agar berhenti merokok siap marah balik. Nampak di situ? Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri pun dibuang ke tepi. Aku tak akan mudah untuk buang kehidupan aku sekarang hanya kerana teguran seseorang, kerana aku empunya hidup aku walaupun hidup ini dipinjam dari Yang Maha Segala. Satu lagi, aku memang mendapat sepenuhnya kepercayaan dari keluarga dan tiga sahabat kerana aku pegang kepercayaan mereka walaupun tak sempurna. Apa yang sempurna?Kesempurnaan hanya milik mutlak Yang Maha Segala.

Aku cuma mahu jadi diri sendiri. Kenapa seorang punker sanggup dipandang macam sampah hanya kerana berkeras mahu rambut warna-warni? Kenapa seorang metalhead sanggup memperjuangkan metal sedangkan industri musik Malaysia tak memberikan hasil yang setimpal? Kenapa seorang ustaz sanggup berhujah sampai hilang suara sedangkan mat rempit tak pernah pun ambil pusing? Ia berkenaan dengan maruah, tanggungjawab dan kepuasan. Semangat individualiti itu penting tapi janganlah sampai membangkitkan kesombongan dalam diri. Hati perlu istiqomah, teguh. Kau jadi diri kau, maksudnya, kau percaya diri sendiri.

Ada banyak lagi yang nak diperkatakan. Tapi, blog ini lebih kepada konsep diari, jadi agak tidak sesuai untuk membincangkan hal berat-berat. Aku dah pernah memperkatakan hal yang berat dalam penulisan zines aku dulu (Asylum Soul: metal fanzine, Doctrine: artzine, Gerabak: tungganglanggangzine...), aku juga banyak menentang dengan lirik sebagai medium waktu bersama band dulu (S/I: noise/melodic rawk, When It's Over: Heartcore metal, SINS: metal...). Jadi sekarang aku lebih tenang menceritakan hari-hari yang dilewati bersama keluarga, sahabat dan teman di blog ini.

Nota kaki : Halwa telinga jangka masa ini... Sinner (Oracle), Mr.Torture (Helloween), Generation Of Monosodium Glutamat (Parkinson), Deadcock Commando (Goreslut), Desire (From Cadillac To Geisha), Disgrace (Modar), Syaitan Telah Datang (Kerenaneko), Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)...Saat ni banyak layan grind/gore berbanding metal...Erght, ada konspirasi menternak virus dalam komputer riba aku, jadi sekarang sedang guna komputer rumah...Sangat lembab...Arght...

p/s : Walaupun tiada yang membaca blog ini, itu bukan masalah.
Kepuasan itu yang penting, kan? Syok sendiri kekadang seronok...

Sunday, May 3, 2009

MIMPI, MUNGKIN

Laila sekali lagi dimasukkan ke wad kecemasan, pagi tadi...










Yang Maha Segala, juga sekali lagi, tolonglah...

PEMBUNUHAN DI SELATAN JIWA

Gua dah lama kembali ke tempat di mana sepatutnya gua berada, orghtHELLyearhtght!!!!
Tapi, 'SYG' gua baru sahaja dimasukkan ke unit rawatan rapi, tenat...
Dua atau tiga minggu lagi gamaknya mau sihat, mungkin...
Banyak mau gua cerita setelah penulisan di blog ini distatikkan...
Nantilah kiranya...
Alhamdulillah, semua kertas penilaian akhir semester ini dapat gua redah dengan tenang...
Juga, terima kasih kepada individu-individu di kampus yang membuatkan gua merasakan diri gua yang boroi, jerawat banyak, gemuk, busuk, tak stylo, hitam, ketot dan macam-macam lagi ini hanya SAMPAH...hanya SAMPAH...
Kalian memang 'sopan'...
Akhir kata, METALTERUSAMPAIHILANGINGATAN dan 'AUW'YEARGHT!!!!
****Gua tengah lepak kat bilik dengan 'sayap kanan' gua...
****Orght, semalam selepas baru saja sampai, abang gua dah belikan tiket Di Awan Biru, SEARCH!!! Gua dapat tengok idola gua, Hillary Ng, belasah gitar!!! Walaupun gua tak minat sangat pun dengan Search...Tapi, HILLARY punya fasal, MESTI LARGHT GUA PERGI...!!!

p/s : Apa beza antara 'aku' dan 'gua'?
Lagu wajib buat masa ini:
At War With Satan (Venom),Through The Wire And Flames (Dragonforce),
Meditation Of Embun Pagi (As-Sahar), Mother North (Sytricorn),
Legion Of Doom (Eekarus), F**K Her Ass With Glass (Gorerotted)...
Ada lagi, Ummi (Hadad Alwi/Sulis) dan Love Story (Tyailor Swift)...huhu...

Friday, April 17, 2009

WARTA PERDANA

Sekadar Gambar Hiasan
SEGAMAT, 18 April 2009 : Desas-desus yang kian hebat mengatakan bahawa penulisan blog ini akan diberhentikan buat sementara waktu telah disahkan oleh Lebai Kudin Sembrono, seorang pengusaha ternakan cacing secara kecil-kecilan.
Tambah beliau lagi, motif utama penulis blog ini menstatikkan penulisan blog kerana demi memberi ruang bagi penulis blog ini mengaplikasikan ilmu hitam yang dipelajarinya di Gunung Maharakone, Sri Lanka dalam peperiksaan akhir semester beliau yang cuma tinggal beberapa detik akan menjelang.
Hasil siasatan dalaman yang dilakukan oleh skuad pengakap S.M.K.D.O.B, penulis blog ini mengalami depresi melampau sehingga dalam tidak sedar menggunakan 'facial foam' atau pencuci muka untuk menggantikan ubat gigi yang telah hilang.
Selain itu, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan dimana penulis blog ini sedang bertapa, boleh menyalurkan maklumat ke Unimart berhampiran dan surat-menyurat tidaka akan dilayan.

Wednesday, April 15, 2009

RAWK N ROLL TOK WAN HANG!!!

Sebelum kembali untuk dikuarantinkan, agak meriah cuti aku kali ini walaupun sedikit suram...
Bersama Pali melakukan 'angkara', lalu tonton 'Fast And Furious'...
Kalau dulu aku amat meminati Jim Carrey tapi tidak lagi sekarang...
Vin Diesel macho amat orght!!!!Aku minat kamu, Vin Diesel!!!
Pali pulang awal, aku jadi sunyi...
Ambil Syafig Suin @ Taik @ S.S. Tunner pagi buta...
Maaf, abah aku mau guna kereta, yang lagi satu mak aku mau ke meeting, motor abang aku tinggal di Shah Alam...
Jadi terpaksa ambil hang dengan motor jiran yang ngokngek...
Ke rumah Bal sebab dia sakit, mau ketemu aku...
Jadi dengan penuh rasa kasih, aku pergi...Huhu...
Tadi , pergi ke pantai, tempat kerja Pecon, John, Pak Yat...
Borak panjang, rokok berbatang-batang...
Arght, ni klimaks...
Aku ada teman Syafig Taik pusing-pusing Penang untuk siapkan tugasan akademiknya...
Berteman kamera Nikon beliau yang kalau aku jual dah boleh beli satu set drums baru...
Motif, struktur-struktur bangunan lama...
Dan dengan rasa rendah dirinya, aku baru sedar yang aku masih banyak tak tahu jalan-jalan di Penang walaupun aku selalu ke situ...
Kami pusing habis jalan belakang yang popular dengan nyah dan kawasan pelacuran (hoho...),
kawasan yang seakan-akan ropewalk mini, pub-pub yang klasik dan macam-macam lagi yang tak mungkin pelancong tahu...
Akhirnya, isi perut kat Line Clear...
Sekarang lagi berkemas mau pulang...Erm...
**Syafig Taik tak suka bergambar walaupun dia seorang juru gambar...

p/s : Setiap kali balik Penang, muka aku akan penuh
dengan 'Jururawat'...Hehehe...Lagi satu, badan aku dah
macam penghidap anoreksia nervosa dah...Haih...

Saturday, April 11, 2009

MENGETUK PINTU SYURGA

Sudah ketemu pintu syurga!!!
Perjalanan yang amat jauh kiranya dan itu antara faktor penyebab aku jarang pulang....
Terima kasih kepada dua dos tambahan, penenang aku waktu perjalanan...
Kapal terbang hijau dan 'Kamu'...Heee...
Sampai di Butterworth pukul lima pagi gamaknya...
Datang Unser hijau PHA,oh itu bukan..
NAZA hijau PHA nah, itu abah!!!Itu mak!!!
Acara cium pipi, peluk-memeluk, dan lain-lain lagi pun bermula...Huhu...

Laila Najihah asyik ikut aku, mahu melepas rindu sedari pagi hingga tadi dia lelap...
Kamu comel, manja amat...
Jadi mana mungkin aku tak bersama kamu, kan...?
Ammar, Aliff Wafi dan Auni Hartini masih belum mahu bergusti dengan aku...
Malu mungkin, sudah lama kita tak ketemu...
Fatin Faqihah pulak asyik tayang fon baru...Hoho, nanti aku curi...
Tok mau buat sambal belacan kesukaan aku esok...Hoho lagi...
Abang aku, Saufy, tak balik...Banyak tugasan katanya...
Hah, ada penambahan dalam bilangan ahli keluarga besar ini...
Abah ada bela satu ekor anak monyet...
Abah cakap namanya 'Pelam' sebab ambil dari pokok pelam...
Comel jugak monyet ni, warna kelabu masih kecil...
Asyik sangat duduk di riba abah...
Woi Pelam, jangan rampas abah kami!!!
Nanti aku palitkan gambar si Pelam...

Tadi, rindu aku sama Pali terubat...
Pergi Sungai Petani, Kedah, dari Butterwotrh semata-mata mahu makan cendol...
Aku ada beli topi baru...Kata Pali, nampak jahat...Hahak!!!
Angah dan Syammen tak balik, jadi agak suram...
Esok mau tonton wayang dengan Pali...

Aku mau lupa semua masalah di kampus...
Aku memang tak suka sangat berada di sana...
Jadi, dalam tempoh lima hari ini, KASI PECAH LARGHT!!!


p/s : Tiada lagu untuk dilayan sebab aku bukan dalam
kebosanan...Abang aku dah punya marka@ awek baru...
Hoho, comel gak bakal kakak aku ni...

Wednesday, April 8, 2009

TANPA KATA KAU BICARA

"Say 'yes'...At least say 'hello'..."
-The Memory Remains-
Reload
Metallica
Hidup tak seindah lukisan...
Ia tak punya daya semata-mata tercela...
Ia tak ampuh cuma bersandar di tangkal hawar...
Bisukan sang sore, tenangkan sang bulan...
Gambar Sekadar Hiasan
Nota kaki : Ada yang cakap, "Mende lar kau ni, guna BM...Guna lar English, baru style...".
Hee, rutin harian dah guna English, blog yang satu lagi pun total English, menulis (poem) pun English...Jadi bagilah aku ruang untuk tulis di diari tercela ini dengan BM sebagai medium...
BM itu indah sebenarnya, kan...?
p/s : Minggu ni amat berat...Jadi ini teman aku :
Smalltown Boy (Atrocity), Among Two Storms (Rotting Christ)
Losing You (Loudness), My Heart Will Go On (Celine Dion) dan
Matsuri (Kitaro)...
Dah tak metal sangat minggu ni...Huhu...

BANGUN, INI HARIMU

"Ey, tak wish pun...Nanti bagi hadiah tau...Huu..."

Hee...Maaf sangat-sangat wahai Cik Amalina Tuan Puteri Empunya Feri Pulau Talang-Talang...
Minggu ni minggu yang terlaknat, aku betul-betul dibawah tekanan...
Maaf ya sama kamu...
Nanti aku bagi sesuatu yang 'gemuk-gemuk' tahu...
Selamat menyambut hari ulang tahun!!!!

Amalina, perempuan yang baik amat sama aku di kampus ni...
Aku bukan kenal sangat pun perempuan kat sini, perempuan lagi larght tak kenal aku...
Tapi, ini cewek baik betul...
Selalu sakat aku, tanya khabar, ambil berat walaupun aku sedikit tak waras...

Terima kasih untuk segala...
ALLAH S.W.T. selamatkan kamu...
ALLAH S.w.t. selamatkan kamu...

p/s : Ey Amalina...hang ingat ak malam yang kita lawan gadoh olok-olok tu...Hak, hang kalah!!!

Saturday, April 4, 2009

SUJUD SEORANG HAMBA

Alhamdulillah...
Tadi pagi dah redah satu mimpi ngeri...
Walaupun was-was, tapi aku boleh jawab ujian FIN dengan lancar...
Macam biasa, sempat lagi hisap rokok kononnya mau terbangkan tekanan...
Mudah-mudahan lagi bagus dari hasilnya ujian satu dulu...
Yang tinggal cuma kertas TPT dan MGT...
Orght, TPT bikin aku ribut...Arght!
Lagi mau ulangkaji, mau siapkan tugasan,mau bentang lagi...
InsyaALLAH, DIA tak akan hampakan hamba-Nya yang tak putus memohon, kan?
Heh, dalam tekanan baru manis bulut bicara...
Normallah, itu manusia...
Dan aku, MANUSIA...
p/s :Halwa teliga aku dua hari ini:
Raining Blood (Vader), Zombie Graveyard Rape Bonanza
(Gorerotted,
minngu ni banyak layan gore berbanding metal...),
Don't Talk To Strangers (Dio),
Dying Embers (To/Die/For) dan Mawar Hitam (Tipe-X)

Friday, April 3, 2009

SEBELUM KE SYURGA

Rencana Minggu Ini
Jamuan D'Trans
Bikin kecoh macam dirasuk
Jadi pasangan Jablon
Minggu Keagungan Islam
Pulai mau tengok Akill Hayy, aku mau intai-intai novel
Petang tadi mau cucuk duit, singgah konon lapar bihun sup
Presentation Dan Assignment
Banyak lagi kucar-kacir
Jadi agak suram
Test Dan quiz
Lagi sedang ulangkaji, jadi malas main futsal
Betul, banyak
Jamming
Badek cakap Jumaat ni
Jadi sedang menanti

p/s : Aku lagi sedang dengar lagu hebat,
Overkill (Motorhead), Ordinary Story (In Flames),
Die Hard (Venom), dan Laskar Pelangi (Nidji,Huh?)...