Tuesday, May 5, 2009

ANGKASA TEMPAT BERDUSTA

"Sometimes you can grow up in just one night."
-Tony Parsons-

Aku masih dalam proses untuk menghabiskan novel berjudul 'Stories We Could Tell' hasil karya hebat dari Tony Parsons. Ekspresi jujur dari beliau yang bertunjangkan kehidupan remaja yang dililiti kuat dengan semangat memberontak darah muda. Buah tangan beliau kali ini cuba menerapkan juga menceritakan bagaimana kita percaya bahawa kita akan muda selamanya. Jujurnya, novel ini memang berkenaan dengan seks, dadah dan rawk n roll. Tapi, apa yang tersirat, beliau cuba untuk menganyam mesej bahawa kita patut jadi diri sendiri.

Semalam, semasa sedang menghayati novel tersebut, permaisuri penentang raksasa yakni ibu aku tertidur di tengah-tengah ruang tamu, tanpa sempat menyiapkan laporan dan minit mesyuarat beliau. Sayu hati aku kala itu. Manakan tidak, aku yang memang kuat dengan semangat rebelisasi, tidak pernah dipandang enteng oleh beliau. Apa yang aku lakukan mendapat sokongan kuat. Nahunya, aku banyak berpegang kepada prinsip-prinsip yang penuh dengan nilai-nilai menentang. Heh, zaman muda.

Aku kekadang tertawa sendirian bila memerhatikan kehidupan manusia-manusia, yang mana mindanya dipenuhi M.S.G. Hampir kesemuanya seakan-akan normal, tapi natijahnya cela semata-mata. Ramai yang menolak hipokrasi tapi hanya meniti di bibir merkah sahaja. Contoh, ada yang bilang penagih dadah tidak harus dipinggirkan, tapi macam mana kalau penagih dadah itu adalah teman sendiri? Mesti ada juga sedikit diskriminasi dan prejudis, bukan? Mentaliti sendiri yang mematri. Hanya sekadar contoh.Aku juga pernah menumpang terbang bersama 'kapal terbang hijau', jadi aku bukan orang yang arif untuk membincangkan tentang isu-isu berkenaan dadah. Contoh lain, kau benci atau tak suka seseorang tapi kau berpura-pura seperti biasa. Jangan begitu. Cuba berdiplomasi secara aman dan nyatakan sebab-musabab kenapa kau tak suka. Mungkin dia akan menerima dengan terbuka. Dan jangan pula memburukkan dia di belakang.

Menyentuh hal berkenaan politik, politik parti khususnya, ramai yang menjulang tinggi harapan untuk melihat masa depan negara juga generasi kemudian terjamin bersandarkan kepimpinan hasil pemangkahan hati sendiri. Dalam sedar atau tidak, ia adalah sesuatu yang bobrok hasil lestari nafsu serakah. Aku sedar aku jahil untuk memperkatakan tentang politik, tapi jika aku yang jahil ini nampak kesan negatif hasil politik parti, mengapa kalian ynag bijak pandai menutup mata. Dalam Islam, politik boleh dikatakan sebagai satu entiti wajib dalam pembentukan tamadun. Kita boleh lihat bagaimana politik diadaptasikan dalam Piagam Madinah oleh Baginda Muhammad S.A.W. Juga ditekankan, mengundi untuk memilih pemimpin itu fardhu kifayah. Tapi butakah kalian untuk menafikan fenomena politik tanahair sekarang yang penuh dengan kepincangan. Politik parti seakan-akan satu medium untuk menzahirkan kebencian. Contohnya, satu parti politik yang berteraskan agama mengadakan ceramah politik yang isinya membuka pekung satu pihak lain. Satu lagi parti politik yang memonopoli juga melakukan benda yang sama. Kitaran ini terus berpusing lantas melahirkan generasi-generasi kebencian. Aku benci kau dan kau benci aku. Tak bolehkah jika politik itu dijadikan satu cabang untuk bermusyawarah?

Setiap insan masih dalam proses pembelajaran. Amnya, mereka yang menuntut ilmu itu digelar sebagai pelajar. Pelajar pula mencari ilmu demi cita-cita. Ada yang mahu menaikkan prestij, kerjaya, mahu memenuhi harapan keluarga, juga sebagainya. Tapi ramai yang telah terpesong mindanya. Hampir kesemua pelajar samada tua mahupun muda, menjadikan hasil keputusan peperiksaan sebagai pengukur ilmu. Tapi, sebenarnya ia lebih dari itu. Ilmu bukan di nilai dari keputusan peperiksaan semata, tapi ia harus dinilai dari pengaplikasian dan manipulasi ilmu terhadap kehidupan seharian. Contohnya, kalian sendiri tahu.

Kehidupan sebagai seorang pelajar di institut pengajian tinggi tidak akan lari dari perasaan mahu disayangi dan dihargai. Ramai yang mencari jodoh jangka masa pendek. Sedarkah kita bahawa apabila kita berpasangan, kita telah terikat dengan tanggungjawab. Bercinta bukan semata-mata untuk seks. Itu dari perspektif ortodoks. Bercinta mengajar kita kehidupan awal sebelum berumah tangga dan berumah tangga itu satu tanggungjawab yang besar. Dan jangan bermegah jika sudah berpasangan kerana sebenarnya kalian sedang menipu diri sendiri. Tanggungjawab kalian terhadap keluarga dan sahabat pun belum dijaga sepenuhnya. Erght, aku pun macam tu. Tapi aku yakin aku sangat kuat berpegang dengan kepercayaan dari keluarga dan sahabat, sebab itu baru-baru ini aku luahkan kepada seseorang kerana aku yakin aku boleh memikul tanggungjawab baru. Tapi, aku bukan yang terpilih. Huhu. Normallah , aku tak punya apa-apa, tapi sekurang-kurangnya aku ekspreskan sesuatu yang tak pernah aku buat dan aku memang sangat setia. Jadi, tiada Hawa lain untuk dicari. Aduh, dah melalut. Maaf.

Kalau kau suka seseorang, kau mesti boleh menerima dia seadanya dan kau boleh beri peluang dan sokongan untuk dia berubah secara beransur-ansur. Enggak ngapa ein gitu dong.

Selalunya, lelaki mahukan perempuan yang cantik jelita dan perempuan mahukan lelaki kacak bergaya untuk dijadikan pasangan. Jadi wujudlah satu teori kemunafikan. Ada individu yang tak kacak, selekeh, tak sempurna dipandang rendah hanya kerana pandangan luaran. Aku sendiri begitu. Sejak dari muda lagi aku agak giat dalam sepak terajang dunia bawah tanah, jadi secara tidak langsung ia terpapar luarannya. Aku, dari sekolah memang memakai seluar potongan bell-bottom (hee, terpengaruh dengan gaya Clift Burton ex-Metallica...), rambut macam palat (ni terpengaruh dengan Hide Matsumoto X-Japan...Aduh...), kasar, agak celupar, selalu lakukan angkara, darah muda dan segala nilai negatif penuh di jiwa lalu dipandang hina.Tapi aku tak akan mudah berubah hanya kerana mahu menambat hati sesiapa. Kenapa? Contoh, seorang perokok amatur berhenti merokok kerana aweknya marah tapi beliau tidak pernah berhenti walaupun ibunya sendiri merayu-rayu agar berhenti merokok siap marah balik. Nampak di situ? Tanggungjawab terhadap keluarga sendiri pun dibuang ke tepi. Aku tak akan mudah untuk buang kehidupan aku sekarang hanya kerana teguran seseorang, kerana aku empunya hidup aku walaupun hidup ini dipinjam dari Yang Maha Segala. Satu lagi, aku memang mendapat sepenuhnya kepercayaan dari keluarga dan tiga sahabat kerana aku pegang kepercayaan mereka walaupun tak sempurna. Apa yang sempurna?Kesempurnaan hanya milik mutlak Yang Maha Segala.

Aku cuma mahu jadi diri sendiri. Kenapa seorang punker sanggup dipandang macam sampah hanya kerana berkeras mahu rambut warna-warni? Kenapa seorang metalhead sanggup memperjuangkan metal sedangkan industri musik Malaysia tak memberikan hasil yang setimpal? Kenapa seorang ustaz sanggup berhujah sampai hilang suara sedangkan mat rempit tak pernah pun ambil pusing? Ia berkenaan dengan maruah, tanggungjawab dan kepuasan. Semangat individualiti itu penting tapi janganlah sampai membangkitkan kesombongan dalam diri. Hati perlu istiqomah, teguh. Kau jadi diri kau, maksudnya, kau percaya diri sendiri.

Ada banyak lagi yang nak diperkatakan. Tapi, blog ini lebih kepada konsep diari, jadi agak tidak sesuai untuk membincangkan hal berat-berat. Aku dah pernah memperkatakan hal yang berat dalam penulisan zines aku dulu (Asylum Soul: metal fanzine, Doctrine: artzine, Gerabak: tungganglanggangzine...), aku juga banyak menentang dengan lirik sebagai medium waktu bersama band dulu (S/I: noise/melodic rawk, When It's Over: Heartcore metal, SINS: metal...). Jadi sekarang aku lebih tenang menceritakan hari-hari yang dilewati bersama keluarga, sahabat dan teman di blog ini.

Nota kaki : Halwa telinga jangka masa ini... Sinner (Oracle), Mr.Torture (Helloween), Generation Of Monosodium Glutamat (Parkinson), Deadcock Commando (Goreslut), Desire (From Cadillac To Geisha), Disgrace (Modar), Syaitan Telah Datang (Kerenaneko), Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)...Saat ni banyak layan grind/gore berbanding metal...Erght, ada konspirasi menternak virus dalam komputer riba aku, jadi sekarang sedang guna komputer rumah...Sangat lembab...Arght...

p/s : Walaupun tiada yang membaca blog ini, itu bukan masalah.
Kepuasan itu yang penting, kan? Syok sendiri kekadang seronok...