Thursday, June 10, 2010

SEE YOU UNTILL WHEN WHEN

I can not run run fast like You...
So, I think better I stop near the road...

But, I just want to say ...

"Seeing Is Not Believing..."

Orght, I don't know what to write more...
So bye bye...

Wednesday, June 9, 2010

HARI INI KAU SALAH

Apa KAU bilang?
"...bekas penagih? There is no 'bekas' for 'penagih..."
"...once u 'hisap', sampai bila-bila sampah..."
"...bebankan orang sekeliling..."

Hee, terimakasih...
DIA rasa, kalau DIA ambil berat apa yang kau cakapkan tu, dah lama DIA buktikan yang KATA-KATA kau tu betul...
Tapi siapa sangka, sekarang, DIA dah buktikan kata-kata kau dulu SALAH...

Ramai orang yang cakap," orang-orang macam ini perlukan sokongan, jangan disisihkan..."...
PERGI MAMPOS!
Semua tu hipokrit...

Nota Kaki Dah Kuat Lari Kembali: Bila diselubungi saat-saat kritikal macam itu, SERIUS, famili dan sebilangan kecil sahabat yang betul-betul rapatlah yang tetap bersama..

p/s: Siapakah 'DIA' dalam entry diatas? Jengjejeng...hahahak!

Monday, June 7, 2010

TERCEMARLAH BINTANG ENAM

Bila mana manusia terusan bersengketa,
langit mencebik bumi mengejek,
yang disangka emas dunia adalah cirit neraka
dan yang disangka harum syurga adalah hancing kencing semata...

Kau bogelkan pahala dan tersenyum melihat persetubuhan hina,
setelah lelah dimasturbasi sinar nyawa...
Kau berjimak dengan dosa semasa masih dalam haid dusta,
dan kau terusan bersenggama dengan senyuman bongkak lagak dewa......

Dari tiga Samawi, satunya celaka,
Celaka yang menunggu masa,
diruntuhkan langit dan dibalikkan bumi,
ditenggelamkan lautan dan dibakar batu bawaan Ababil,
DIA ada dan DIA akan...

Maka tercemarnlah bintang enam...

Nota Kaki Berkasut Baru: Berdoalah semua agar terhancur rejim celaka itu...Kepada para sukarelawan, jika ditakdirkan MATI, mati kalian insyaALLAH jihad..Mati pahlawan...

Orght, gua tak beli kasut baru pun, cuma kasut lama yang mengalami pembaikpulihan hahahak...Still rawk what?!!!! Banyak baju baru, kan gua dah cakap gua dah gila bershoppin ni huhu...

Baru beli novel baru, 'Larung' karya hebat dari Ayu Utami, tapi belum lagi terbaca...Belum ada mood (gua klu baca novel atau cerpen memang gua terus hanyut...So, klu tadak mood tak best la tak hanyut nanti...).

Life? Perght, semakin gila babi! Dengan rambut kembang gua lagi, perght! Budak-budak ni pun dah gila sawan, makin sawan la gua hahahak... Tahniah untuk Encek Angah yang bakal mendapat kakak ipar dalam jangka masa terdekat ni...Tahniah, fucker!

Rumah gua juga mengalami pembaikpulihan, hampir 80%...Aiyo, lambat lagi nak siap...

Kepada kawan baek gua nun jauh disana si gemuk potpetpotpet Puan Aida, eyh, Cek Aida (perght, tadi berborak panjang di telefon dengan dia, memang dia tak bagi peluang gua cakap langsung...hahahak!), TAHNIAH! Lu bertunang nanti, serius gua sampai... Walaupun jauh, demi lu, gua belasah ja...!

Carta PanasFM Minggu Ini: Grinding Up The Dead (Bloodfreak), Pig Football (Pigsty), Rock N Roll (Kashmir Stone), Dressed To Kill (Malignant Tumour)...

p/s: Woi, Encek Syammen...mai la stuff sket!
Gua asyik layan Bloodfreak dan Kashmir Stone ja ni...
Cibai lu!

Friday, June 4, 2010

TELEFON KARAT

Kau bilang itu,
kau bilang ini...

Kau kata itu,
kau kata ini...

Kau sampaikan itu,
kau sampaikan ini...

Kau ketawa,
kau menangis...

Tapi,
semuanya menjadi separuh,
atau suku,
atau terus diselewengkan...

Mulutmu mungkin benar,
tapi telinga mereka bukannya dengar...

Perkataanmu mungkin benar,
tapi tafsirnya mereka tersasar...

Bicaramu mungkin benar,
tapi maksud sebenar sudah bergegar...

Tapi,
ia tetap berpusar,
walaupun yang asal sudah dibawa angin gusar...

Nota Kaki Berkudis Buta: Contoh:
"Aku suka dia yang duduk disana kerana dia ada baju Tour AC/DC yang dipinjam dari jiran sebelah rumah yang membela ayam tanpa reban takut nanti orang mengata..."

Setelah disampaikan dari mulut ke mulut, ianya pasti berubah (communication breakdown @ noise), lalu jadi begini:

"Dia kata kau macam puki ayam kuat mengata..."

(kau cakap pada seseorang, katakan 'A', A ceritakan pada 'B', jalan ceritanya sudah sedikit berubah. B sampaikan pada 'C', makin berubah. C sampaikan pada 'D', lagi berubah. Dan ianya berterusan...Habis berubah...)

Kalian faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni...? Hahahak!

Carta Panas FM Minggu Ini: Saddam Hussein Is Rock And ROll! (Malignant Tumour...Aku dah minat gila ngan band ganas tapi kelakar ni!), Gore In Gore Out (Birdflesh), Meddler (August Burns Red), Nee Thaney (Kasmir Stone), BUktikan (Marjinal)...Tak MUngkin (D'loyyed)..."Oh tak mungkin, tak mungkin" huhu...

Tuesday, June 1, 2010

DRAMA SRI RAMA

GARAJ PUNYA CERITA

i. Sri Rama I (Hak Milik Kebal)

Ini bumbung saya yang bikin,
Itu dinding saya yang canting,
Ini garaj memang totally saya punya out and in...

Saya suruh cat,
tapi mau lawan,
itu pasal saya pecat..

Saya sudah susun semua,
37 tahun bukan sekejap punya cerita,
Ini garaj saya mau bagi AHLI KELUARGA pakai juga...

Apa, lagi mau lawan ka?
kan saya sudah cakap,
INI GARAJ SAYA YANG PUNYA...

ii. Sri Rama II (Pemegang Tiang Garaj)

Ini semua diorang punya agenda,
POLITICAL ASSASIN!!!
Ini semua hanya propaganda,
Sebab saya mau jadi tinggi macam dewa...

Saya cakap betol apa?
Cait, CELAKA!

iii. Sri Rama III (Wirawan Gelandangan)

Aku dibuang hanya kerana berani...
Aku dilayan seperti pesalah berprofil tinggi...
Aku cuma berkata sesuatu yang pasti...
Dan kini aku berdiri sendiri...

Aku mewakili mereka,
wahai teman-temanku yang berpalit cat,
wahai saudara-saudaraku yang muafakat,
wahai wahai semua yang telah disekat,
KITA BANGUN MEMBAKAR JERAT!

Tiada pihak ke-3,
Hanya kami yang seiya dan sekata...

Nota Kaki Tidak Berpihak Sesiapa: Maaf, kalau ianya agak sensitif...Tapi lagi sensitif bila ADA yang mengaitkan dengan MELAYU dalam konflik ini...Aku MELAYU, dan aku terasa...

Aku baru habis dari kontrak pekerjaan...Penat, tapi sangat puas...Gaji yang agak masyuk (perght, gua dah start bershopping sakan ni hahahak...)... Tapi yang lagi menarik, buat pertama kalinya dalam hidup aku, AKU ADA KAKAK, Kak Una...Kak Una awek abang aku, tapi aku rasa selesa gila dengan dia...Baik sangat dan yang paling penting kepala dia memang tak betul, seronok gila...

Erght, aku secara tak sengaja termain mata dengan seseorang...Dan telah dapat respon baik...Tapi, nak buat macam mana, aku memang penakut dan rasanya aku dah buta kot...So, main mata pun macam tadak guna ja...hahahak...! Rock la awak, auw...

Sekarang, tentatif cuti aku akan mengalami perubahan...Luangkan sedikit masa dengan family dan semestinya menjadi GILA bila bersama dengan kanak-kanak cacat mental (Encek Angah Metalcore Konon, Encek Pali In-Flames, Encek Syammen Led Zep...U guys rawk!)...Hahahak, mari bergumbira yoooo...AKu sedang menghadapi momen-momen yang seronok dan gila...

Dan aku sedang belajar untuk menjadi seorang yang mementingkan diri...Rasanya, walaupun orang tak nampak, aku rasa aku selalu sangat cuba untuk senangkan hati orang lain tanpa peduli pasal diri sendiri...So, sekarang aku cuba untuk senangkan diri sendiri pulak...hellyearght!
Lagi satu, Ronnie James Dio @ Dio, salah seorang lagenda rocker dunia dah mati (R.I.P)...Selamat mati bro, lu tetap rocker terbaik sepanjang zaman...King of Rock N Roll, lu memang berhak dengan gelaran itu... Tribute to Dio! The truth is hard as steel, lu jugak yang cakap macam tu, kan...?
p/s: persetankan la apa orang nak cakap...

Sunday, May 16, 2010

KETIDAKSEIMBANGAN DISTRIBUTASI IDEOLOGI

Menentang kapitalis dengan menjadi Komunis...
Baik jadi Tabligh, kan..?
Dan lagi satu, adakah perbezaan idealogi politik membenarkan sesebuah masjid dijemaahkan hanya untuk satu parti politik...?
Apa relevannya berfahaman ANARKI bila hidup dalam negara yang hebat ini...?
Sibu...
Kita dapat tengok drama lagi...
Nota Kaki Bersayap Kiri: Bersiar-siar dengan Syafiq Taik membuatkan gua asik nak gelak ja...Mamat sorang ni memang selalu melakukan onar dijalanraya hahahak..?Priyoq...!

Gua rasa sekarang memang tadak rockers yang pure la dalam arena mainstream...Faizal OIAM macam sell-out...Yang tinggal gua rasa Aweera ngan Projek Pistol ja (Tapi Projek Pistol pun maen alternatif sket sket kan...)...

Carta PanasFM Minggu Ini: Cuma dua lagu... Sacrifice (Black Widow) dan Black Magic Woman (Carlos Santana)...GIla, feel dia sangat gelap...

Friday, May 14, 2010

AWAT LU HENTAM GUA?

LU HENTAM GUA? Terimakasih hee...
"...obses nak mati..."
Hee, gua terasa amat, SANGAT TERASA...

Gua mintak maaf kat lu kalau sebelum ni gua ada buat salah dengan lu, walaupun jujur, gua rasa gua langsung tak pernah SENTUH lu, inikan pulak gua buat taik...kan...?
Mintak maaf eyk...

Ni kali pertama gua 'obses nak mati'...
Lepas ni gua tak buat dah...

Hee, terimakseh untuk nasihat itu...
Tapi gua bukan BAHAN UNTUK DIKETAWAKAN...

Nota Kaki Dari Selatan Ke Utara: Baru sampai Pondok Usang Beratap Zink yakni syurgalara gua...


Terimakasih kepada Bal n Bulat yang amek gua pagi-pagi kat terminal, siap sempat mancing lagi budak2 ni...Terus ke tempat kerja mak, rindu...
p/s: Walaupun aku loser,
atapun sekadar bertepuk sebelah tangan,
tapi itu yang aku pilih...
Dan aku tak menyesal pun...
PIS ROK N ROLLLLLL!!!!

Wednesday, May 12, 2010

PRA- SELAMAT PERGI DARI MIMPI

Perasaan ini macam mengorek bontot yang mengalami masalah kecacingan,
lagi dikorek lagi asyik...

Bodohlah, aku tak dapat tahan perasaan ni...

Terimakasih buat semua makhluk hidup berbulu hidung yang pernah, ada dan mungkin tetap ada kelak...

Dan, MAK, anak yang paling rawk n roll ni bakal mencium pipimu, sebentar saja lagi...

SEGAMAT, aku ada tinggalkan mani dan mazi kenangan yang aku lancapkan selama tiga tahun denganmu, aku akan rindu, mungkin hahahahak...

p/s : Kalau maen barang waktu sober macam ni,
mesti layannnnnn...

Friday, May 7, 2010

TARIK, TOLAK, LAHIR, BUNUH

Terima kasih...
KAU yang tarik aku...
KAU tarik aku untuk menolak dia...

Terima kasih...
KAU lahirkan dia...
Dengan membunuh aku perlahan-lahan...

Aku baru sedar...
Hee...

Adam Dan Hawa sedang berpicisan...

Nota Kaki Dia Yang tutututttt: Tak mengapa, benda macam ni dah acap kali aku rasa...Kau dah pernah buat pun sebelum ni...Aku ingatkan aku yang salah, tapi cuba lihat persekitaran, semuanya dah tak sama...Jadi, aku konklusikan bahawa KAU YANG SALAH...

Aku baru habis menduduki kertaspeperiksaan Transport N Environment, kertas yang paling paling paling stress untuk sem ini...Bak kata Encek Pungut, " nasib baek Islam laknat umatnya bunuh diri, kalau tak memang aku pun dah buat macam tu..."...Hahahak!

p/s : Ini pula untuk orang lain, 'lelaki',
tau tak lu sedang cipta
monarki dari lu punya daki
bontot kiri...

Tuesday, May 4, 2010

AWAK, I'M A BAD LOVER

"Now this isn't so bad, is it?"
"I'm waiting for the moment when they put hooks in their breast and tear their flesh apart."

"Honestly- you know something?"
"What?"
"You're a bona fide idiot."
"But, I got a great shlong."
"Let's put it this way: for a nonspiritual person, YOU'E NOT A BAD LOVER."


-Diplagiat dari novel 'The Nirvana Blues', karya hebat John Nichols (1983)-


********************

Aku tak tahu samada keputusan kali ini betul atau tak.
Aku dah tak sanggup tengok DIA macam mana yang aku nampak dia sekarang.
Kalau dulu aku yakin amat, tapi sekarang, aku sendiri tak percaya akan diri aku.
DIA dah sakit sangat dari hari mula lagi bersama dengan aku.
Aku tak nak DIA menangis lagi, kalau pun menangis, jangan sampai aku tahu...

Aku selalu sesak nafas, hilang fokus, cakap berterabur, insomnia...
Kata orang, itu kesan transformasi dari herb to chemical...
Kesan bila meninggalkan...
Aku tanak DIA tunggu sampai aku betul-betul SENYUM...

Sepuluh Haribulan Lima Dua Ribu Sepuluh, nanti...Saya ****** Awak...