Friday, June 4, 2010

TELEFON KARAT

Kau bilang itu,
kau bilang ini...

Kau kata itu,
kau kata ini...

Kau sampaikan itu,
kau sampaikan ini...

Kau ketawa,
kau menangis...

Tapi,
semuanya menjadi separuh,
atau suku,
atau terus diselewengkan...

Mulutmu mungkin benar,
tapi telinga mereka bukannya dengar...

Perkataanmu mungkin benar,
tapi tafsirnya mereka tersasar...

Bicaramu mungkin benar,
tapi maksud sebenar sudah bergegar...

Tapi,
ia tetap berpusar,
walaupun yang asal sudah dibawa angin gusar...

Nota Kaki Berkudis Buta: Contoh:
"Aku suka dia yang duduk disana kerana dia ada baju Tour AC/DC yang dipinjam dari jiran sebelah rumah yang membela ayam tanpa reban takut nanti orang mengata..."

Setelah disampaikan dari mulut ke mulut, ianya pasti berubah (communication breakdown @ noise), lalu jadi begini:

"Dia kata kau macam puki ayam kuat mengata..."

(kau cakap pada seseorang, katakan 'A', A ceritakan pada 'B', jalan ceritanya sudah sedikit berubah. B sampaikan pada 'C', makin berubah. C sampaikan pada 'D', lagi berubah. Dan ianya berterusan...Habis berubah...)

Kalian faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni...? Hahahak!

Carta Panas FM Minggu Ini: Saddam Hussein Is Rock And ROll! (Malignant Tumour...Aku dah minat gila ngan band ganas tapi kelakar ni!), Gore In Gore Out (Birdflesh), Meddler (August Burns Red), Nee Thaney (Kasmir Stone), BUktikan (Marjinal)...Tak MUngkin (D'loyyed)..."Oh tak mungkin, tak mungkin" huhu...