Monday, August 3, 2009

ENTRY CINTA KEPADA SEMUA, CEWAH

"Love hurts...Love wounds...Love scars...And mars..."
Love Hurts, Nazareth

Ni satu palitan CINTA. Agak lari dari kebiasaan. Mungkin sebab bila demam teruk kebahnya sikit, otak kecelaruan banyak pincangnya.


Dari umur aku 12 tahun lagi aku dah bergelumang dengan sepak terajang dunia bawah tanah, jadi agak kuat etikanya. hinggakan pernah menjadi nadi pergolakan dengan Dia yang 'sempurna'. Jadi, disebabkan etika (gua pernah janji ngan Pali masa kecik dulu, METAL SAMPAI TUA GANYOT NAK MAMPOS!!!), maka ego meluahkan rasa cinta kepada kaum Hawa langsung tiada. Ditambah pula dengan kekurangan keyakinan diri, huhu...

Ramai yang bilang jika sudah suka, luahkan sahaja. Tapi bukan semua orang berani. Ngak gitu dong? Hipokrasilah jadinya, tapi itu biasa. Manusia memang hidup dalam dunia yang penuh dengan gerigis-gerigis hipokrit.

Baru-baru ini, aku tiba-tiba jadi berani untuk meluahkan, tapi tiba-tiba juga keberanian itu terbang entah ke mana. Susah betul, kan...

Hey KAMU, macam mana lar saya nak yakinkan kamu yang saya betul-betul suka kamu...

Gua tak hensem, tiada harta, tiada apa pun. Tapi, kalau diberikan peluang (cewah!) gua yakin gua boleh jadi lagi hebat dari ex kamu dan seratus dua puluh kali ganda lagi baik dari Murad.


Tu lah yang aku nak cakap, tapi aku bukan berani pun...Hahahak!!! Jadi, baik aku diam, kan. 'Rawk my own fuckin life', tu lar yang selalu aku fikir...

p/s : Tadi baru lepas jamm ngan Encek Badek dan Encek Buas...
Hancor dooowhhhhh....! Hahahak!