Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT HARI JADI, BLOGGER

"...Bicara sial Dari Hati Nan Sundal..."

Setiap hari aku membiarkan minda kelam ini diliwat oleh memori lepas yang hanya terlestari di benak kiam. Saban hari aku merelakan hati hitam ini bersetubuh secara kasar dengan realiti juga persekitaran. Dan acap kali aku rebah melihat semangat darah muda aku yang dulu rebel amat menjadi mangsa senggama dunia yang tak putus-putus berdusta bercelaka. Aku akui, aku tak sekuat kalian.


Tapi, alhamdulillah aku masih menghela nafas lemah sehingga hari ini, di bulan yang penuh dengan barakah, penuh dengan limpah Yang Maha Segala. Ogos dan Ramadhan. Dua bulan yang berlainan intipati pengertian tapi nahunya sama nadi denyutan kepercayaannya. Heh, aku masih bernafas, kan.

Ogos, bulan yang menyimbolkan satu kebebasan, kedaulatan, juga kemerdekaan bagi negara bertuah ini. Dan Ramadhan pula adalah entiti satu pelukan kesederhaan yang membebaskan dan mendamaikan. Namun, aku punya bonus tambahan untuk bulan ini. Ogos 2009, cukuplah jarum jam berdetik menyiratkan setahun usia Diaridosa melewati arus maya yang sunyi dan menyepakterajangkan desakan realiti yang sepi. Sudah setahun aku tenang membiarkan jari-jemari penuh najis ini bercumbuan dengan minda kotor aku melestarikan satu kitaran kehidupan dengan susunan perkataan. Natijahnya, Diaridosa adalah antara alternatif untuk aku mentafsir dunia dari perspektif songsang diri sendiri.

Kenapa aku bertahan menulis di ruang berdosa ini sedangkan aku bukanlah individu yang celik akan teknologi vital ini? Myspace, Facebook yang menjadi daya keceriaan hidup remaja pun telah aku tinggalkan. Benar, aku wujudkan Myspace dan Facebook dulu atas dasar bukan untuk berkawan. Tapi, blogspot ini mengikat aku kuat. Aku tahu aku tak berbakat.

Terima kasih amat kepada Encek Gawat Skater (serius, aku rindu hang, my beluved senior...) yang mendedahkan aku untuk menjadi penulis tanpa gaji dan publisiti di sini. Awalannya, aku lebih banyak menulis tentang nilai PERHUBUNGAN sebagai pengantara antara aku dan kalian minoriti yang membaca. Hablumminnallah, hablumminnannas. Aku memang seorang yang sangat menyanjung tinggi institusi kekeluargaan dan nilai persahabatan walaupun aku punya cela yang nyata.

Diarisosa memang berpaksikan corak diari. Diaridosa jarang merungkapkan hal-hal yang berat kerana aku masih punya blog berbahasa Inggeris (Ini wordpress, bukan blogspot...personel...) yang aku gunakan untuk merembeskan ketidakpuasan hati aku terhadap 'sistem' dan dulu aku juga punya blog musik sendiri dulu, berkiblatkan webzine. Tapi Diaridosa juga yang aku peluk kuat. Dan Diaridosa juga bukan medium untuk aku membenci atau membuka aib dan pekung orang yang bermasalah dengan aku. Aku masih rasional, mungkin.

Kekadang terkilan juga aku, anak hina ini apabila ada yang salah faham akan apa yang aku palitkan di ruang kelam ini. Kenapa Diaridosa? Kenapa persoalannya Berapakah Nilai Satu Kematian? Kenapa susun atur ini berlatar hitam bertulisan kontra? Kenapa tidak pernah ada susunan baru, warna baru?

Jujur aku nyatakan yang aku tak sempurna. Buang mentaliti jijik kalian sementara dan jeling dari jendela positif. Diaridosa adalah kitaran satu perjalanan yang tak sempurna, banyak cacat celanya. Setiap langkah yang aku redah punya nilai estetikanya tersendiri dan jangan mentafsir dosa itu sebagai pembuka pintu neraka semata. Cuba gunakan DOSA untuk kalian bangkit dan terus menari. Dan kalian sendiri tak akan tahu berapakah nilai kematian kerana mati itu sangat abstrak untuk dinilai timbang tarakan. Mati boleh jadi satu keseronokan, kesedohan, dan kehidupan. Selagi aku tak bisa menjawab berapakah nilai akan kematian aku kelak, selagi itu persoalan ini akan terpahat sepi di bawah Diaridosa. Berkenaan dengan mengapa tidak pernah ada pembaharuan dengan susun atur Diaridosa, jawabnya adalah aku seorang yang berpendirian walaupun tak berkeyakinan, aku agak istiqhomah, aku bukan jenis yang cepat bosan. Jadi jika selalu ada pembaharuan susun atur, itu memberitahu aku seorang yang sebaliknya,. Benar? Tiada jawapan...HahahaK!!! Kerana kalian tak kenal aku. Aku sendiri pun tak kenal siapakah sebenarnya aku. Kecelaruan yang berterusan dalam melewati frasa muda.

Sebagai tanda kewujudan Diaridosa dan penulisnya yang langsung tak punya apa-apa ini yang genap setahun melayari hari bersama DOSA, aku titipkan beberapa untaian rasa dari MEREKA. Kepada MEREKA yang masih membaca dan mentafsir apa yang aku cuba utarakan, TERIMA KASIH!!!.

"...Tisu adalah antara manusia istimewa dan pelik yang aku pernah jumper. Tisu bagi aku dier mempunyai kreativiti dan bakat yang lain dari lain..."
'Si Tisu Dan Aku'. Sunday, September 28, 2008. xbudaknakalx.blogspot.com (Encek Gawat Skater.).

"...Kata-kata pujangga yang kau mungkin tak percaya lahir dari lelaki ini. Blog yang penuh puitis dan klasik..."
'Promosi Hebat Tanpa Jualan'.
"...cara aku berblog banyak dipengaruhi oleh tisu malmstein. xpernah sedar kewujudan mahluk yang satu ni masa beliau masuk. berkenalan melalui instrumen bernama gitar. mempunyai pandangan yang luas dan jijik pada najis dunia. hebat dalam memanipulasi kata-kata untuk menyampaikan mesej tersendiri. pandai memilih rakan blog untuk memahami apa yang cuba di tuliskan..."
'My Influence In Blogging'. 7.20.2009. http://badekgonzalez.blogspot.com. (Encek Badek Skater.).

"...farysasinsabell, kata2nya membuatkn kte berfikir pnjang kadang2 leh kompius..."
'xpasal2 Aku Kena'. Monday, May 25, 2009. http://mylifeaken.blogspot.com. (Encek Aken Surf.).

..salam..aku sangat suka blog kamu..puitis dan tepat..salam perkenalan..."
farysaSINSabell.chatbox. http://serojajingga.blogspot.com. (Encek Seroja Jingga.).


SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN,
SELAMAT MENYAMBUT BULAN GERBANG LEBARAN,
SELAMAT HARI JADI, DIARIDOSA...

Nota Kaki Terpijak Tahi Ayam Pandu : Aku dah dalam dilema, hanya sebab menyanjung tinggi seorang KAWAN...Gua harap lu buat tak tau, eyk...Nanti kita lepak longkang...Dilema dengan pekerjaan mulia gua jadi GIGOLO lagi...Dilema gua nak balek Penang ka dak ni...Dilema dengan banyak tests...Assignment lagi...Gua nak layan Necropaghist pun dah tak bersemangat...Auw...Gua tengah fikir apa yang gua nak ubah sempena setahun Diaridosa menari ni...Aih...