Sunday, August 30, 2009

KE HADAPAN PENGIKAT PELANGI

"Abangah...balek eh...miss u so badly...Dah lama kita tak makan sekali..."
Dari Telekom ke Celcom, 29/08/2009, 20.12.
*************

Aduh, jangan buat gua nangis boleh tak wahai PUAN NATERAH Si Peniup Angin Pengikat Pelangi yang gua amat-amat sayangi.

Dan Setiap kali gua dengar akan suaramu, seakan tertunduk semua ego yang berpanji-panji. Setiap kali tersentuh dek tanganmu, terasa tenang amat bagai diponggah segala kecelaruan. Setiap kali menatap wajahmu, menikmati senyummu, merenung tepat ke matamu, membelai rambutmu, SUJUD DI KAKIMU, gua percaya bahawa gualah ANAK yang paling BERTUAH antara segala ciptaan di muka dunia ini.

Yearght, abangah pasti balik minggu depan, MAK....
Nota Kaki Lepas Balik Dari Spa: Hee, dulu Abangah selalu main-main,belai rambut mak sambil nyanyi lagu Master Of Puppets (Metallica) ataupun Alendre The Great (Iron Maiden) bila mak mintak Abangah picit-picit kepala mak sebelum mak tidoq, kan...Lepas tu mesti mak cakap, "Next song, pliz....!!!!!!!!!!!".