Wednesday, October 13, 2010

DIA BUKAN KAU

Aku kehadapan dirimu dengan senaskah hati agar jadi tahumu,
bahawa sesungguhnya sesiapapun yang ada takkan bisa untuk menggantikan lukisan kita- seperti yang dulu mahunya,
bahawa sesebenarnya tiada apa-apapun yang mampu terjelir, terdiam, dan terpegun merasai indahnya hari-hari- sperti yang dulu mahunya,
Aku tetap kehadapanmu...

Dia datang hanya untuk memberi tanda- peralihan dan peralihan,
tanda yang kau ada sama seperti saat itu di mana aku ghairah melihat kau berahsia- walaupun cuma peralihan dan peralihan,
dia pergi pun tak berteman mimpi dan racau- peralihan hanyalah peralihan,
kerana dia tetap bukan kau- mungkin sekadar hanya satu lagi peralihan...

Aku kehadapan dirimu dengan senaskah hati lagi nanti,
hati untukmu...