Thursday, October 21, 2010

AKU DAN AUKU 1971

"If you wanna FUCK THE SYSTEM, 1st, you MUST join the system!"
-Farysa Sinsabell-
******************************

Seperti biasa, rutin harian, bangun saja gua dari tidur yang tidak puas, keluar beli makanan dan mendapatkankan surat khabar...

Selepas membaca surat khabar hari ini, gua tersenyum lebar sendirian:

"Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) kemungkinan besar akan dipinda".

Hehehe, gua dah bersedia untuk menyaksikan hari indah di mana akan ada pahlawan yang menterbalikkan mimpi ke realiti dan kemunculan si bodoh si bodoh yang melaungkan slogan 'bunuh matahari'...

Nota Kaki Tanpa Parti: Walaupun gua sebenarnya malas nak update blog, tapi masakan gua bisa melepaskan detik ini untuk tidak palitkan isu hebat ini dalam diari gua ini...Hehehe...

Bukan mahu mengangkat diri, tapi benar gua datang dari latar belakang keluarga yang kuat dalam kancah ini. Walaupun gua sangat bencikan konsep politik parti Malaysia, tapi gua memang agak politikal dan memang mengikuti perkembangan politik Malaysia.

Tapi, gua dah janji dengan keluarga gua yang gua tak kan berkecimpung dalam arena politik selagi gua masih memeluk status sebagai seorang pelajar...Hehehe...

Walaupun sebenarnya tak ramai pun anak muda terutamanya pelajar-pelajar IPT yang nak ambil tahu pasal negara sendiri. Kebanyakan lebih gemar dengan hiburan...Pergi mamposlah, setakat maju akademik, tapi tak prihatin pasal isu semasa, jangan haraplah nak cipta modal insan...

Seronoklah, Malaysia akan berdepan dengan generasi baru yang berpotensi nanti...

Carta PanasFM Minggu Ini: Gua sedang layan semua lagu dalam album 'Satanica' karya hebat Behemoth...Dengarkan track 'Decade Of Therion'...Drummin yang sangat gila oh!

p/s: Gua rasa teman-teman rapat gua mesti bosan
bila borak dengan gua, selalu sangat gua selitkan
isu-isu politik hahahaha...