Friday, October 22, 2010

ABAH (THOSE GOOD OLD DAYS)

Dulu,
Abah selalu bawak jalan-jalan. Entah kemana, tapi sesibuk manapun, akan ada juga. Bawak p jalan tempat-tempat pelik, celah-celah hutan yang jauh dari rumah pun Abah bedal. Pernah sekali tu, dibawaknya satu keluarga pergi tasik sebab nak baling batu leper yang akan pantul dua atau tiga kali atas permukaan air. Semua tergelak sakan. Tapi abah tetap diam menghisap rokok sambil memerhatikan gelagat yang lain...

Dulu,
Abah selalu bawak jalan-jalan tanpa destinasi yang pasti. Bawak jalan-jalan semata-mata nak makan sotong kangkong, passembor, dan segala macam lagi makanan yang budak kecik macam aku tak teringin nak makan. Tapi abah tak makan sangat, lebih rokok dari makan. Abah lagi suka tengok isteri dan anak-anaknya makan. Berjam-jam sampai kekadang tuan gerai terpaksa cakap, "err, dah nak tutup ni, bang...". Abah pun bayar. Selalunya aku dan abang akan berebut mintak duit nak bayarkan.

Dulu,
tengah-tengah malam abah selalu ajak keluar tengok wrestling sambil makan. Mak selalu marah abah, "budak-budak ni nak sekolah esok", kata mak sambil muncung mulut. Abah buat tak acuh tak acuh. Seronoklah aku dan yang lain-lain layan wrestling sambil pekena makan macam-macam. Tapi selalunya abah diam saja, layan kopi 'o' sambil cakap sikit-sikit. "wrestling la ni dah tak syok...", katanya.

Dulu,
pagi-pagi masa nak p sekolah, kalau aku kena 'bijik kelenjaq' (satu simptom bengkak sengal celah paha. Selalunya dialami kerana corak tidor yang ganas...), aku mesti tunjuk kat abah. Abah pun konon-konon nak buat aku rasa kebah sket, masukkan ibu jari tangannya mencalit lelangit, lepas tu urut perlahan-lahan sambil berkata, "nanti dah besaq, buat sendiri...". Aku pun seronok, nanti baeklah tu. Tapi tak baik-baik jugak hahaha. Aku dulu selalu kena tungau (budak-budak kampung yang aktif memang selalu kena binatang ni...), abah pun gelintil aku 'punya' sambil tangan kiri pegang kanta dan tangan kanan pegang jarum. Aku jeritlah, sakit. Dah dapat buang tungau, abah tunjuk kat aku. Aku pun angguk. Padahal binatang tu halus sangat, mana nampak...


Dulu,
aku ingat lagi. Abah balek kerja malam, Abah akan duduk kat ruang tamu dimana semua orang akan lepak ramai-ramai (setiap kali waktu marghrib, abah dah ajar bahawa itu waktu untuk keluarga...), abah akan hisap rokok sambil baca paper. Aku pun selalu menenpek dekat Abah. Abah tak marah. Abah ajaq aku mengeja dengan paper padahal aku tak cukup umur lagipun nak masuk sekolah, tadika pun belum. Abah ajar aku satu-satu, "S.E.L.A.S.A....Selasa...". Aku pun ikut, " S.E.L.S.A...malas ah!!!" bentak aku. Abah relaks saja, diulangnya lagi sampai mak panggil semua makan. Sebab tu aku masuk sekolah rendah aku lagi hebat dari budak-budak lain. Budak-budak lain baru nak belajar, aku dah boleh baca walaupun taklah selancar sekarang...


Dulu,
Abah kalau mula marah, habis...Selalu aku kena marah sebab setiap petang aku akan berkubang menangkap ikan kat bendang dengan kawan-kawan. Habis badan berlumpur kotor busuk. Balik rumah, aku masuk pintu belakang sambil jinjing plastik berisi anak puyu, quan @ haruan, keli, sepat benua, sepat ronggeng, dan belut. Bila abah nampak aku dengan badan berlumpur, perght, dibukanya tali pinggang sambil kjar aku. Aku larilah sambil jerit tangis," abangah tak buat lagi! Abangah tak mau buat lagi!". Abah sebat betoi-betoi. Berbirat. Satu malam aku tak cakap ngan abah. Sedar-sedar esok pagi badan aku ada minyak. Aku tahu, abah sapukan minyak angin...


Dulu,
bila dah bersekolah rendah aku suka buat kerja-kerja kampung, ambil upah cat rumah orang, tangkap ikan untuk jual, pomen basikal orang (aku dulu antara yang paling hebat baiki basikal kat kampung hahaha...), dan macam-macam lagi. Bila abah tahu, Abah marah. Abah cakap, "tadak duet, mintak...". Aku tak mintak sebab abah ajar hidup ni bukan semata-mata untuk duet. Tapi bila Abah bagi duit, wah, banyak. Mak marah, Mak lagi suka aku buat kerja cari duit sendiri. Tapi abah betah, abah cakap, "saya nak anak-anak kita nanti jadi orang besar, bukan orang stereotaip...". Aku tak faham apa tu maksud stereotaip waktu tu, jadi, aku beli jajan banyak-banyak dengan duit yang abah bagi...Huhu...


Dulu,
Abah tanam sifat suka membaca. Abah beli banyak gila buku-buku untuk dibaca, aku tak baca pun. Dan bila aku cuba baca, tapi aku tak faham, aku tanya Abah. Abah terangkan sedalam-dalamnya. Waktu aku di bangku sekolah menengah, aku mula minat dengan social studies, sejarah Islam dan Melayu juga politik. Aku selalu tanya abah "apa motif kewujudan UMNO?", "Apa yang dimaksudkan dengan peradaban", "Kenapa berlaku Revolusi Perancis", "Stars Ov David tu apa sejarahnya?", "macam mana seorang musafir beriktikad?", dan pernah aku tanya, "apa yang menyebabkan mati pucuk?" dan banyak lagi soalan-soalan yang sepatutnya bukan dalam minda pelajar sekolah mengah. Abah senyum dan terangkan satu dan satu. Esoknya, aku tanya macam-macam lagi. Mungkin sebab itu, hingga sekarang aku memang suka membaca.


Aku pernah terjumpa satu buku cerita kanak-kanak berbahasa Inggeris yang abah beli untuk aku dan abang masa kecik dulu dan dibelakang buku itu tertulis, "mudah-mudahan dengan buku kecil ini, anak-anak aku akan menjadi besar.".


Hinggalah tibanya saat itu, kira-kira tiga tahun yang lepas...

Maaf, aku tak dapat meneruskan lagi tulisan aku untuk entry kali ini...

Aku hanya ada satu ABAH, Cikgu Mohd Pami Bin Ahmad dan tetap selamanya darah ini darah Abah...

Abangah banyak bersalah dengan abah...

Tapi abah juga yang cakap, "kalau kita rasa kita betul, kita patut berdiri atas alasan itu..."...

Aku berjanji, kelak bila tiba saat Abah pergi, aku mahu aku yang berada di depan untuk memandikan Abah, mengkaffankan Abah, menimbus tanah terakhir untuk Abah, dan membacakan surah Yasin di pusara Abah...

Aku sayang abah...

Abah jarang bergambar. Abah jarang senyum.
p/s: Untuk pertama kalinya, aku menulis sambil ditemani 'hujan'...
dan sangat lebat...