Wednesday, April 7, 2010

BIARKAN PEKUNG BERPANTUN

Erm, maaf...

Biarkan aku bernafas seketika...


Bukan apa, aku cuma mahu memohon permisi dari kalian yang kenal siapa pemilik sekujur tubuh sial yang sedang menulis ini agar memberi ruang, cukuplah sekelumit mungkin. Tak payah menyokong, cukup mengerti.


Jujur, aku sedang mengalami ketagihan dadah kelas ke-2 yang agak teruk sekarang. Aku mahu pulih. Jadi, tolong mengerti. Untuk sekian kalinya aku membuka pekung yang satu ini. Mungkin kelak bila sudah KUAT, aku kan bertandang lagi di ruang istimewa sundal ini.


Penulisan di raung blog ini mungkin akan distatikkan.


Maaf..
p/s : Kajian menunjukkan hampir sebahagian
besar pupulasi di Malaysia
mengalami masalah ketagihan dadah kelas ke-3...
Gula, rokok, kopi, etc...
Lu pun penagih!

Friday, April 2, 2010

SEMALAM, HARI INI DAN ENTAHLAH

Kau pegang tangan jijik bernajis ini semalam,
lalu kau julang megah dengan memanipulasikan kebobrokan hari muka,
kau tendang mahkota sundal hasil kelestarian hati kelam ini,
namun kau biarkan ia melancap sendirian di medan hancing sunyi...
Kau duakan benda yang bilangan satu dan tigakan apa yang empat,
dengan lelah kau masturbasi hari nan datang tanpa sesal,
kau buat dia tersenyum walaupun kau bonekakan KEPERCAYAANNYA,
dan dia terusan percaya dengan lambaian listrik mu yang dulu...

Lihat,
Enam ratus enam puluh enam bintang hilang di balek awan malam menghilang,
Tapi,
dia masih ada simpan enam ratus enam puluh enam harapan...

Hari ini tetap berlari sambil menyembelih semalam,
namun untuk esok,
entahlah..

Wednesday, March 31, 2010

KAMU DADAHKU

Betul, aku tak tipu...
Aku jadi kuat sangat bila berlaku situasi macam tu,
walaupun nampak sangat aku bajet hebat...

Maaf, tanpa permisi aku curi pandang...
Kalau tak selesa, nanti aku cuba tak buat lagi...

Aku cuma mampu berlagak kuat kerana sudah tak berkhudrat...
Jadi, tolong belikan aku kanvas lukisan?
Boleh...?

Nota Kaki Terpalit Taik Kucing : Arghtt! Aku dah tak tahan ni...Macam nak terkam ja...Hahahak! Eksyen eyk...?Hak!

Minggu ni memang cari nahas. banyak gila asgnment, test (testis betoi hahhak!...), etc...Tapi, masih boleh gelak-gelak macam orang gila, ok la tu kan, kan...?

Carta PanasFM minggu ini : Between Piss And Shit We Are Born (Anaal Nakhtrah), Lost (Kreator), Yami No Hikari - E (Balzac), (The Show must Go On (Drop Dead Gorgeous), Tapir Tits (Cock And Ball Torture), Creeping Death (Metallica)...

Tapi minggu ni, kalau ikutkan, aku banyak layan OST drama-drama Korea...Huhu...Snow Queen dan Witch Yoo-hee best orght...Dah tak metal la, dah tua...

Sunday, March 28, 2010

RUANGAN SEMPIT MELEKIT CAIR

Nafas membaham kewarasan. Jantung seakan dipusar beliung. Peluh muda mengalir pantas dan melecakkan semua. Baju, boxer, habis kuyup diselimuti piung-piung ketakutan. Mata terpegun. Jemari bergetar.

Cuba ditoleh ke kiri. Kelam. Cuba ditoleh ke kanan. Pun hampa. Cuba untuk bangun. Takut. Cuba kembali lelap. Bertambah gerun.

Mimpi itu ada lagi. Dan jejak tiga kali dalam dua minggu ia berkunjung tiba. Sekitar pukul tiga atau empat pagi, aku akan secara terkejut terjaga lari dari mimpi itu. Aku takut. Aku sakit.

Aku cuba lari ke sana, gagal. Aku lari ke sini, gagal. Geram dibuatnya, aku biarkan saja rasa takut itu menyelubungi diri dan dengan sedutan ketat asap rokok aku cuba menenangkan hati.

Ruang yang sempit. ruang yang mencair. Ruang yang sempit dan mencair. Itulah rupa mimpi itu. Realitinya, aku amat takut dengan ruang yang sempit dan mencair melekit. Jadi, mimpi itu benar-benar menakutkan aku.

Dari aku kecil, terutamnya bila imunisasi badan berada di tahap yang lemah, seperti demam, aku akan mengalami mimpi ini. Dan sedarnya aku, setelah habis zaman persekolahan, mimpi sebegini jarang lagi berlaku. Ia cuma datang bila aku dalam keadaan yang benar-benar tertekan.

Aku tertekan amatkah?

p/s : Aku pernah menghadapi tahap depresi
yang amat melampau waktu sekolah dulu..

Tuesday, March 23, 2010

PUAS

D'Trans Charity Events alhamdullillah berjalan dengan sangat lancar. Terimakasih kepada semua yang terlibat, yang menyokong, yang memuji, yang berkerja keras juga yang mengkritik. Tapi, kebanyakan respon adalah baik. Terimakasih.

Dapat temapat ke-2 pertandingan kugiran. Minta maaf kepada semua kerana terpaksa mendengar gua menghentam drum, memang tak sedap...hancoq...Hahahak!!!Puas...

Environmental Trip pun lancar.

Hee, terimakasih KAMU sebab datang. Aku rasa sangat bersemangat. Pis rok n rol...

Monday, March 8, 2010

HOT CHOC WARNA KUNING

Minah ni banyak mulut, kekadang naik angin juga nak layan. Tapi, sebab banyak mulut tu yang buat dia senang masuk.

Dia cakap dia comel, muka fotogenik, cantik, macam hamster. Dia cakap lagi, "aku nak masuk blog hang, post la gambaw aku...",. Jadi, nah amek hang!!!

Hahahak!!! Nak sangat, kan?

Hahahak!!! Nice ak? Nice lar!!!

Dia ada band, The Boonga, tapi kalau lu tanya dia macam mana nak strumming, dia terus main lagu A man Who Sold The World (Nirvana) dengan bunyi yang sumbang. Tapi, dia cakap dia dah master dengan gitar. Nak juga aku tengok dia sweaping. Hahahak!

Aku lagi suka dia yang dalam versi dua sem lepas.

Tapi, apa pun jadi, kalau ditakdirkan ada nisan antara aku dan dia, dia tetap antara watak penting pembentukan hidup aku.

Hey GEMOK, pis rok n rol! Terima kasih untuk semua. Aku sedang belajar untuk tidak membebankan.

Banyak nak cerita pasal dia ni, tapi...

Dulu masa blog ini membicarakan tentang Hablumminnannas (perhubungan antara manusia), banyak juga cerita tentang dia. Tapi, sekarang sebab blog ni macam dah tunggang-langgang, dah tiada cerita tentang teman lagi.

Jangan kata TEMAN, cerita tentang 3 orang sahabat aku pun dah kurang...

Thursday, March 4, 2010

MENGUCUP PEMBUNUHAN BIDADARI (ANTAGONIS)

Aku lelah disayat bulan, bintang, dan bidadari-bidadari awangan. Aku ponggah disula semua pedang yang bermata songsang. Dan aku sedang berjima' dengan senyuman dari bayang senja, ia membuatkan aku turut tersenyum malu.

Kelihatannya seakan sengaja berkisi...

Maaf, aku julang masturbasi listrik saat ini dari semua yang kamu tinggalkan untuk aku. Aku agungkan mimpi itu dengan beronani dengan lirik matamu yang lalu. Aku akan terus bersenggama dengan makfirat KALIMAH itu, selamanya...

Setiap malam, yang berkunjung tiba cuma bisikan unggas malam yang seakan merintih hiba, angin sepoi yang mengkecamukkan minda, batu-batu kerikil yang dijadikan lantai pembunuhan, 'itu', sambil ditemani 'sedutan akhir' sebelum terkinja-kinja mati...

Menjadi sesuatu yang bukan azali...

Bangun kesiangan, menyaksikan bintang-bintang selatan perlahan-lahan hilang, tanpa apa-apa reaksi sundal dari aku demi medan ini....

"...Hug me once, hug me twice...I'm not the one who cries...
Kill me once, kill me twice...I'm not the one who dies..."
-Little Death (To/Die/For)-

Nota Kaki Bersepatu Saiz Lima : Masih ada...Itukan janji...Di mana-mana saja, bila masa,, seperti yang aku katakan dulu, 'ia' tak pernah hilang...Ingat tau, " maaf dan terimakasih adalah benda paling ikhlas sekali dalam hidup ni..."...

Banyak benda nak kena stabilkan sekarang. Asgnment banyak jugak, dan yang lain-lainnya sama...Aku dah dekat dua bulan asik makan roti ja, nasik pun jamah dua tiga suap sebab nak amek hati teman-teman yang ajak makan...

Masalah paling berat gua sekarang adalah berkenaan 'kebergantungan terhadap kebergantungan'...Aih...

Satu lagi, bila ada orang beriya-iya mahu terajang lu agar lu boleh bangun atas dasar kawan walaupun dulu lu tak nak dan dibuatnya hingga lu mahu diterajang, tapi dia sendiri yang jijik melabuhkan kakinya untuk menerajang lu, sebab lu sedang merahsiakan sesuatu,apa lu rasa?

Carta PanasFM Minggu Ini : Shadowsoul (Imperanon), Binasakan Benih Bidadari (Jasad), Andalusia (Rockers), Deep Water (Charon), What A Wonderful World ( cover by The Ramones)...

Sunday, February 28, 2010

MENGUCUP PEMBUNUHAN BIDADARI

Malam itu, yang ada cuma bisikan unggas malam yang seakan merintih hiba, angin sepoi yang mengkecamukkan minda, batu-batu kerikil yang dijadikan lantai pembunuhan, berserta satu perasaan aneh yang tidak pernah berubah walaupun 25 Sept, 11 Dec, 27 Sept, 23 Dec serta dua tahun pertama, seganda bulan nan indah, seganda bulan yang terkemudian dan hingga malam itu, 24 Feb berlalu...Dan perasaan agung itu akan selamanya kekal dalam hati pembunuh jiwa terkebelakang ini.

Maaf, semua yang dibicarakan seakan sangat mementingkan diri aku sendiri, sombong, bodoh amat dan sebagainya.

Tapi, percayalah...Semuanya untuk KAMU.

Sakit itu sangat keterlaluan untuk aku. Sakit itu sangat terkesan bagi aku. Sakit sangat. Jadi, percayalah, hormatilah pinta aku itu. Pinta aku itu hanya untuk KAMU. Aku tak akan biarkan KAMU sakit dalam jangka masa yang panjang.

Walaupun yang mati dalam pembunuhan ini adalah AKU.

Tuesday, February 23, 2010

TERIMA KASIH UNTUK 'ITU'

Tau tak kenapa jadi begitu?
Aku rasa aku tau...
Bukan kerana apa-apa.
Aku dah hampir kembali ke titik hyper,
Aku sudah tergelak besar, senyum pun besar...

Ada yang bilang dulu,
"asas pertama dalam perhubungan teman adalah tangan kananmu harus di bahu kanannya, dan tangan kirimu terus membuang hina,".

Kau penting dalam pembentukan opera ini, dan kau tak pernah dihilangkan sebenarnya. Cuma, kau tak MEMPROVOK seperti dulu...

Dan selebihnya, benar, salah aku...

p/s : "Nah bunga, beli kat kedai Kome,"...
Aku asik teringatkan ayat itu, dan aku
asik tersenyum sendirian...Hahahak!
Sesuatu yang cantek amat...


Thursday, February 18, 2010

AIS KRIM BERPERISA BELACAN

Kononnya dia masih di situ. Memerhati. Mentafsir. Menganalisa. Nahunya, dia mentaksir. Mengkisi. DIA KONONNYA PASTI!.

Bila minda berkapaciti kurang dari apa yang terlestari sebelumnya menceraikinkan dua sa, maka ra tidak akan wujud. TAPI DIA YANG LAGI SATU PASTI.

Jadi, konflik tentang perkongsian peratus sangsi mula menjebak. DAN DUA-DUA DIA PASTI. Satu mahu terus bermain papan luncur yang berkuasa turbo tanpa taboo tentang norma-norma masa lepas, dan satunya lagi seronok berdansa dengan langkah mencari listrik masa depan.

Entahlah, mereka bisa menstranslasikan bias wajah. Mereka bisa menjadi hakim dan majistret. Mereka bisa menjadi pengadil dan pemain. Mereka bisa jadi maple dan anney. Mereka pasti bisa jadi imam dan ma'mum hipokrasi di saf yang paling depan.

Sebenarnya, apa yang mahunya kau jadi? Ultraman? Superman? Ataupun gabungan kedua-duanya; Ultraman tambah Superman sama dengan MAKHLUK MERAH BERKEPALA TROJAN BERSELUARDALAM DI LUAR.
Sesuatu itu berubah. Samada anjakan paradigma mahupun sepakan paksa. Ramai profesi dan individu lain berkata, "we are what we are! I am what I am!". Tapi seenarnya, ia dipimpin oleh persekitaran.

Seperti lalang. Angin ke kanan, dia pun ke kanan. Tiada angin kuat, berdiri pegun tunggu datangnya pepatung mahupun unggas menghayunnya ke arah mana.

Persetankan. Kau sebenarnya pembuat keputusan. Mereka, persekitaran, juga anasir lain cuma pemberi cadangan. Tak perlu jadi itu jika mereka mahu itu. Tak perlu jadi ini jika mereka mahu ini.

Jadi, kau perlu kejam. Orang yang kejam, hatinya teguh. Bukan kejam bermaksud makan fetus atau mamah otak hidup, tapi kejam dengan cara sanggup melepaskan sesuatu untuk jadi sesuatu.

Teori mudahnya, opportunity cost.
Intihanya, DIA kuat bagi KAU dan KAU kuat bagi AKU.
p/s : Sambutan dengan cara 'no-panties' itu
untuk orang-orang bodoh saja...
Bodohlah, ia menggalakkan Darwism...