Saturday, May 30, 2009

DUA CERITA TENTANG PERPISAHAN

EKSTRAKKAN AKU MIMPI
Hari ini, baru sahaja jam yang tak pernah berhenti selagi jasanya mahu terus diponggah manusia telah meninggalkan satu kronologi yang tak kan bisa dibuang dari hidup ini. Encek Syammen Gore telah kembali ke kampusnya meninggalkan tiga rusuk liar di sini, walaupun Encek Angah 80s dan Encek Pali Ex-Death Metalhead baru sahaja sampai pulang dua hari lepas. Sebelum tibanya hari terlopong ini, kami sudah lakukan banyak angkara bersama. Antara yang diingati, saat kita bersusah dan payah memerosokkan diri dalam kereta hanya untuk pergi makan bihun sup simpang lalu lepak sungai. Macam mana wahai roh-roh hitam gua? Hebat amat kan gaya gua memandu? Hahak! Buat pertama kalinya kita SEKALI dalam kereta yang sangat rawk n roll kan. Encek Angah 80srawk (Pemandu simpanan...), Encek Pali Ex-Death Metalhead (Nak muntah'kah'...?), Encek Syammen Gore (B*toh arght asyik kacau gua drive...!), dan Encek Halem sXe (Hak, pucat...Nak kena tinggal...). Lagu tema yang dilayan dalam pemanduan adalah semua lagu dalam album There Is No Future (Sex Pistol). Sekali-sekala layan punx rasa rebel gila, kan? Dan pada malam hari hingga jelangnya subuh melepakkan diri bermusyawarah. Terima kaseh kepada kalian kerana masih percaya apa itu maksud SAHABAT. Dan gua tak pernah menyesal punya 3 SAHABAT seperti kalian (walaupun ampa shiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttt...Hahahak!). Betul, kawan, teman senang dicari. Tapi, SAHABAT itu harta dunia. Kita pernah jatuh menjilat lantai hina dan kita juga pernah rakus merempuh gerbang neraka.
**********************
SELAMAT PERGI UNTUK KEMBALI
Bulan, mingu, dan hari ini adalah saat yang sangat sibuk buat warga di rumah ini. Hari ini, tibalah masa untuk abah dan tok memijakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah (abah buat nazar, tok dah banyak kali pergi...). Padat rumah dengan kedatanagan tetamu selepas Asar. Bacaan doa selamat untuk memohon berkat dari Yang Maha Segala. Kami baru sahaja sampai di rumah setelah menghantar abah dan tok ke lapangan terbang. Semangat kekeluargaan itu juga salah satu pemangkin yang terus membuatkan aku masih bernafas hingga kini selain dari sahabat-sahabat. Aku hampir menitiskan air mata setelah banyak tahun aku langsung tidak menangis sewaktu memeluk abah dan tok tadi. Walaupun aku dihantui rasa yang tidak enak, namun aku tahu kalian pergi dan pasti KEMBALI.
Semoga kedatangan abah dan tok ke tanah suci diberkati dan selamat pergi untuk kembali.

Thursday, May 28, 2009

HIDUP TAK SEINDAH LUKISAN

Dalam tempuh kira-kira dua tahun kebelakangan ini, semenjak menyambung pengajian ke IPT, aku memang dah jarang menyiapkan sesuatu karya berpaksikan berus dan kanvas. Kalau dulu, aku selalu amat melukis dan paksi yang aku pilih adalah realisme, surelisme. Aku suka amat melakar anatomi dan figura badan, terutamanya pergerakan jari-jemari dan mata. Aku pernah tersangkut dengan melukis potret, tapi aku tak dapat rasa nikmat. Mungkin sebab aku memang tak berbakat dengan senilukis, seniirama, juga senikata. Tapi, semasa masih muda, REDAH SAHAJA!!!
'Potrait (Do I?). Aku amat berpuas hati
walaupun macam lukisan dari anak kecil, kan.
Ini cubaan pertama aku dengan teknik sebegini. Pernah diceritakan di entry yang lepas. Tajuknya, Potrait (Do I?). Mengambil masa selama seminggu, termasuk proses membingkaikannya. Medium? Hak, aku guna apa saja jenis pewarna. Aku tak punya bakat, hentam saja. Kunci untuk menyelam ke dalam lukisan ini adalah 'rendah diri'. Sumber ilham untuk menyiapkannya adalah album After The Promise (FTG). "Bagaimana gabungan emosi dan perasan dimanipulasikan untuk diekspresskan secara tampak..."

'Lost'. Lukisan tidak discan dengan baik,
jadi nampak tak cantik.
Ini pula baru beberapa bulan lepas disiapkan. Mengambil masa 3 hari untuk disiapkan (pagi, petang, malam...) dan sumber ilham adalah semua lagu Explosions In The Sky, Mogwai dan Akta Angkasa (layan shoegaze, postrawk, spacerawk buat hati berkecamuk...betul...). Lukisan ini tidak menggunakan berus langsung. Aku palitkan warna di jari lalu dibuai ke atasnya. Tajuk, Lost. Kunci untuk terjun ke dalam lukisan ini adalah 'hilang dan berharap'. Aku memang siapkan lukisan ini untuk 'kamu'. Entah kenapa. Aku cuma 'tersiapkan'. Jadi, walaupun comot, buruk, huduh, bagi sahaja. Dan malam, ni aku asyik nampak 'kamu' sahaja. Aduh.
Hidup ini sangat abstrak, subjektif dan bermetafora. Jangan pernah sesal dengan apa yang kita buat. Semua itu jadi pemangkin untuk maju, kalau kalian positif larght. .

MENJAHIT ITU SATU NIKMAT

Aku ada hobi baru, MENJAHIT!
Dan yang seronoknya, menjahit beg sambil
layan album Morbid Vision karya Sepultura,
Bikin aku rakus amat menyulam benang!!!
p/s: Hobi lain, nanti tengah pagi aku
mesti memandu kereta laju. Aku
dah ketagih memandu ni...Arght!!!

Wednesday, May 27, 2009

INGATAN BUAT DEWI SEHARI

Seperti biasa, aku masih jua kesiangan hari ini.Bangun, terus dicapai rokok.Hari-hari meloceng diri.Arght.Tercongok di depan peti televisyen, lihatlah dunia.Orght, aku terlupa, aku punya agenda hari ini.Mahu mendapatkan Ipod untuk adik aku, Fatin Faqihah.Jadi, pantas bersiap.Tapi bukan itu yang mahu diceritakan.

Bersama teman ke salah sebuah kompleks membeli-belah.Waktu mahu pergi untuk menjamu selera setelah dapat apa yang dicari, ada suara dari sekawan gadis memangil nama aku, kuat.Loh, itu Alia dan rakannya.Alia, seorang gadis yang berisi dan sangat disukai oleh semua pelajar lelaki mahupun perempuan di sekolah dulu kerana dia ramah, baik, kelakar, pandai ambil hati, dan yang paling penting dia GILA amat.Ingat lagi kat aku mak cik ni.

Aku lantas mendapatkan Alia dengan lagak seperti mahu memeluk.Hahak! Betul dia ni kelakar, belum sempat aku rapat dah disuanya aiskrim McD ke muka aku.Perbualan yang singkat bermula kerana aku sudah mahu pergi.Dan dia berkata, "Acap, err...Tau kan ex hang dah nak kawen, Yana...?".

Huh? Apa yang aku rasa? Jawab aku, "Dats so f**kin great!".Betul, aku tumpang gembira, aku jadi tenang.
Dia mahu kahwin, itu bagus.Ey, ini ex aku yang ketiga, aku banyak dosa sama dia.Aku tak pernah layan dia dengan baik.Aku pun tak tahu kenapa dulu aku terima dia sedangkan aku tak punya rasa apa-apa terhadapnya.Aku bersama ex aku yang pertama selama lima tahun, tapi kami pernah 'berehat' seketika.Jadi, dalam tempoh itu, mungkin sebab itu aku terima dia untuk membalas dendam kepada yang pertama.Aku jahat ngok.Jahat amat.

Yang sudah, itu sudah,kan. Tapi, walaupun aku dingin, dia tetap sabar.Woh, dia ni tidak secantik ex-ex yang lain, tapi dia unik. Manis, tubuh badan yang mantap, tinggi amat hampir menyamai aku, dan cakapnya lembut. Walaupun aku tak punya perasaan terhadap dia, tapi aku terkilan apabila ternampak dia berpelukan membonceng motor dengan teman aku waktu pulang sekolah, beberapa hari selepas kami putus.

Terima kasih buat SYARIFAH NURLIYANA, kerana pernah 'tersenyum' bersama. Moga-moaga berkekalan bersama SI POLAN (aku tak tahu sapa laki tu...Loh...) dan sentiasa bahagia.Aku? Heh, masih punya visi dan misi sementara masih muda. Maaf amat untuk segala.Aku tak layak.Selamat menempuh hari baru!!!

Tapi, saat kita pulang besama, berhimpit dengan yang lain dalam bas, makan coklat, kongsi seluar, minum dan makan kat tempat biasa, tunggu aku di depan pintu pagar sekolah pagi hari, borak depan rumah malam hari sambil merapu, gelak, tawa, lepak kat bawah rumah Mat Secret, dan semua hari yang telah dilewati tetap aku palitkan dalam minda hitam ini. Yana patut dapat lelaki yang baik, bukan Acap yang bobrok ini.

Aku ceritakan kepada ibunda tercinta tadi (mak aku memang orang paling sporting dari dulu sampai kini...). Jadi, tenang sikit rasa.

Nota kaki : Walaupun aku jahat amat, tapi yang baiknya aku ni, aku tak rosakkan anak dara orang, bersentuhan pun aku mintak izin dulu, dan aku tak pernah memburukkan semua ex aku. Kalian semua AMAT PENTING dalam pembentukan diri aku.

Monday, May 25, 2009

PRA- SELAMAT PERGI UNTUK KEMBALI

Hari ini ada sedikit kenduri kecil-kecilan di rumah...Dah lama kiranya tidak punya acara sebegini...Cuma kenduri kecil-kecilan, doa selamat dan tahlil semperna pemergian abah dan tok ke tanah suci hujung bulan ini...
Ada dua slot, yang pertama, dihadiri oleh para wanita yang terdiri dari jiran terdekat pada petang hari di rumah...Adik-adik semua masih kecil, Fatin Faqihah yang sudah besar pun masih di asrama...Jadi akulah yang menolong apa yang patut...Abang aku tidur setelah balik kerja (praktikal)...
Antara ayat-ayat yang didengari:
Tok Cik Jah becok : Ni angkat...! Mai sini, hat tu plak...Lepaih ni, hang angkat pinggan nu...!
Mak Caq : Amboih...Tingginya...Rambut pun kembang (kan aku afro...)...
Mak Lang Siah : Ayo, anak teruna yang dok menolong...Baguih ni...
Tok Jang : Dia bukan apa...Malam-malam sat gi dok mai lapaq lar...(Hish, dia cerita fasal orang rumah dia pula...)
Mak Cik mana entah : Cek tak makan banyak, kolestrol...Tapi kalau tapau cantek gak...
Tok dan Tok Wan aku juga datang...
Slot yang kedua, diadakan di masjid selepas solat isyak...Dimulakan dengan bacaan Yassin beramai-ramai dan tahlil...Aku tak tahu kenapa hati aku terasa tak sedap sangat tika ini...Tak, cuma perasaan mungkin...Sedikit hidangan disediakan untuk jemaah yang hadir...
Semoga abah dan tok selamat pergi juga kembali...Mudah-mudahan semuanya kembali seperti dulu...
p/s : Aku betul-betul rasa tak sedap hati...
Arght, persetankan saja...Mainan jiwa, kan..?

Saturday, May 23, 2009

ANJING GAGAP BELAJAR NGAUM

Ada seekor ANJING gagap yang berlagak menyeringai
untuk menutup kurap di badan...
Lu hebat, gua lemah...
Jika mahu dihormati, perlu belajar menghormati...
Tapi, lu cuma ANJING yang
memperbodohkan diri sendiri...

PENUNGGU DESIRAN (DALAM SATU KITARAN)

Deruan ombak yang menukilkan satu pengharapan
Bersama buih-buih kehidupan yang terbuang
Dalam satu kitaran...
Aku bukanlah ombak
Dan engkau bukanlah pantai
Kita bukanlah apa-apa
Cuma penunggu pasangnya kehidupan
Dan surutnya kematian...

Mari berlari lalu tersembam...
Saat kecik saat yang bermakna...

p/s : Minggu ni minggu yang terlaknat...
Jadi, pergi camping ngan Encek Syammen
tepi pantai, ni baru pulang...

Wednesday, May 20, 2009

IRAMA ITU BERBICARA (YEARGHT, 'KAMU'!)

Sekarang nafsu aku tidak lagi berahi untuk bersenggama secara romantis dengan irama yang terhasil dari petikan gitar yang diselarikan oleh jari-jemari rengus aku. Kiranya sudah hampir dua tahun aku cuba untuk tidak memetik gitar, sama juga dengan azam aku untuk berhenti merokok, tapi lapuk jadinya. Nahunya, aku mahu lebih fokus bermain drums dan instrumens lain. Alhamdulillah, buat masa sekarang aku sudah boleh memainkan soprano decsent recorder, perkusi, tenor sax juga termasuk gitar dan drums. Walaupun tak berbakat, tapi kepuasan itu yang penting.

Sewaktu bermain band dulu, aku yang bertindak sebagai individu yang menukilkan seniirama juga senikata. Semuanya bermula sewaktu di tingkatan dua kiranya. Garis melodi awal yang tercipta memang persis lagu 'Suffer' (Cromok). Pada tika ini juga, minat aku disokong kuat ahli keluarga dan aku hampir dihantar ke kelas piano oleh ayah aku tapi aku tolak. Waktu di tingkatan tiga, aku dah mula perdengarkan lagu yang tercipta di hadapan mak aku dan lagu terawal adalah 'S.H.E / Destiny'. Mendapat respon positif dan itu mengembirakan. Dulu semua lagu yang dicipta berkiblatkan Metal!!! Hail!

Sekarang, kebanyakan projek seniirama yang aku buat lebih ke arah ballad, melodic,instrumental, akustik, sampling juga sedikit pyschedelic mungkin. Ia bukan untuk diperdengarkan kepada khalayak tapi lebih berorientasikan ke arah kepuasan dan cara aku untuk lari seketika dari dunia nyata yang bobrok amat ini. Antara perisian komputer yang digunakan adalah Pro-Tools audio manager, Audacity Beta, Converter apa ntah dan Digital House Recording (kalau silap eja, maaf eyk...) dan etc. Sekarang aku mahu ceritakan maksud di sebalik lagu yang terhasil kerana semua tidak punya suara, hanya irama semata.

1. Dia / Ilusi / Mimpi
Lagu 'Dia', 'Ilusi' dan 'Mimpi' adalah tiga lagu yang berbeza struktur, emosi, juga mesejnya. Tapi ketiga-tiganya saling menguliti untuk menjalinkan satu penceritaan. Aku cuba menyelitkan teknik plot dalam penceritaan, selalunya teknik sebegini diguna dalam lagu-lagu Opera, symphonic, gothic metal.

'Dia' adalah lagu yang paling susah sekali untuk disiapkan. Ia punya banyak bahagian gitar yang dipatenkan sekali, 4 gitar dan sampling yang memberontak. Di awal lagu ini, aku selitkan teknik strumming yang memotong tempo, shredding yang biasa saja dan duo gitar yang berlawanan. Secara tersiratnya, lagu ini kedengaran sedih tapi natijahnya ia adalah berkenaan ekspresi sepi dari seseorang yang mengalami depresi. Beliau hilang dalam dunia nyata lalu mencipta dunia fantasi sendiri. Sampling dalam lagu ini seakan-akan ratusan suara yang menjerit kesakitan yang bermaksud perasaan kacau-bilau dan bunyi di medan perang yang bermaksud beliau cuba lari dari obsesi gila dunia nyata. Beliau mencari sesuatu atau seseorang untuk merangkul tangannya pergi jauh dari realiti. Lagu ini adalah melodi original sebelum siapnya lagu 'Crown Of Magician'. Erm, lagu ini dipengaruhi kuat oleh puisi 'Bila Demokrasi Bersuara'.

'Ilusi' pula adalah kesinambungan dari perlarian beliau tadi ke alam fantasi. Ia klimaks dalam penceritaan ini. Fingering, plucking sebagai intronya sebenarnya adalah melodi (flamengo) penutup untuk lagu 'Keranda Untuk Mama'. Di bahagian kedua lagu ini bermula dengan agak laju lalu disahut solo sebagai alas melodi. Pada waktu ini, ia menceritakan bahawa beliau tadi telah ketemu seseorang yang merubah perspektifnya ke arah kehidupan berbunga-bunga. Beliau lari mengejar namun takut mendekati kerana banyak ranjau menghalang. Di bahagian ketiga, ada sampling bunyi ombak dan angin yang sayu. Maksudnya, beliau seakan-akan telah terdampar dan hampir berputus asa. Secara tiba-tiba, di bahagian keempat, solo yang laju tapi mendayu mengambil tempat. Solo ini adalah buah tangan asal Pali dalam lagu 'The Song From The Unwanted Child' tapi digubah semula. Tika ini ia menceritakan tentang kekalutan dan kecelaruan minda bahawa apakah yang dicarinya sebenarnya. Beliau mahu ketemu sama 'orang' tadi tapi 'orang' itu seakan menjauh. Tapi dia nekad dan berjanji bahawa 'orang' itu adalah destinasi walaupun beliau tak punya apa untuk dijanjikan. Solo lagu ini hanyalah ulangan turun dan naik Do Re Mi dalam 'e' minor tapi aku yakin sesiapa pun akan terpegun jika mendengar. Bukan omong kosong.

Yang terakhir, 'Mimpi'. Tajuk asal lagu ini adalah 'Mimpi I***y' (maaf, terpaksa diselindungkan....Takut mengganggu sensitiviti orang lain...). Lagu ini bermula dengan shredding yang mengharukan. Tapi, kata 'seseorang', lagu ini adalah lagu gembira yang menyedihkan. Lagu ini dalam 'g', jadi moodnya agak segar. Teknik yang dimainkan adalah note yang menjadi seakan mainan piano. Latar belakang lagu ini adalah bunyi hujan yang menggambarkan ketenangan dan kekosongan. Lagu ini cuba menceritakan tentang rasa tenang beliau selepas mengambil keputusan untuk menjadi penunggu yang setia setelah sedar akan dirinya yang hina. Dan beliau merasakan hati seseorang itu tak akan diperolehinya walau dipaksa. Tapi lagu ini tidak dibuat dalam proses rakaman yang baik kerana masalah teknikal. Ia seakan-akan B-side untuk penceritaan ini. Ada sampling dari '1 Litre Of Tears', suara Kato Aya yang berkata lebih kurang macam ni lar, "seronok jadi burung di langit...bebas...". Akhir lagu ini ada sampling jam loceng yang bermaksud semua yang dilalui beliau hanyalah mimpi....

Banyak lagi lagu yang aku siapkan, tapi hanya 3 lagu ini yang pernah diperdengarkan kepada seseorang jadi aku ceritakan sedikit ceritanya. Nanti aku ceritakan tentang lagu lain pulak. Ini macam one-man-band lar. Err, kalau ada sesiapa yang nak dengar, cakap lar kat shoutbox tu. Aku bagi percuma ja, seni kan untuk semua. Tapi, harus dinyatakan lagu-lagu ini didedikasikan khas buat 'KAMU'. "Saya xkan bosan ska kmu dan jgn tkut, sy xharap utk disukai kmu...", itu memang betul, bukan janji kosong.

p/s : Terimakaseh buat Sofea yang tolong aku...
Aku budak kecik...

Sunday, May 17, 2009

AKU DAH FAHAM

Erm, dah agak....
Tak payah cakap lagi...
Dah faham...

Friday, May 15, 2009

KAMU MATAHARI JUGA LANGITKU (2)

Latar masyarakat : Anak perempuan bongsu yang paling manja juga masih pelat lidahnya berbicara dan seorang ibu yang paling tabah juga tercantik di alaf ini.
Latar tempat : Di bawah sinaran cahaya mentari, di atas mozek putih luntur, di depan pintu masuk.
Latar masa : Bukan di zaman paleolitik. Siang hari yang terik pada hari bekerja.

*******************

Laila Najihah : (Senyumnya hingga ke pipi, tanganya di belakang seakan-akan menyembunikan sesuatu.). Mama...!!! Mai shat...(Dalam keluarga besar ini, hanya budak kecik ni yang memanggil 'mama'. Yang lain semua memanggil 'mak'.Ntah apa-apa lar adek gua sorang ni...)

Mak : Hee...Laila wat apa kat sini? Dah, jom masuk...

Laila Najihah : Adjek tunggu mama... Nak adiah...? Ngee...

Mak : Huh, hadiah apa plak ni...? Bagi lar...(Dengan muka kehairanan tapi masih tersenyum.)

Laila Najihah : Cutup mata lu...(Dengan mimik muka yang menduga...)

Mak : Haha...! Ok, ok...Ni dah tutup mata ni...Cepat lar...

Laila Najihah : Aaa...(Nadanya sedikit merajuk...). Cutup lar mata lu!!! (Tangannya masih menyembunyikan sesuatu...).

Mak : Dah ni...

Laila Najihah : (Sambil mengeluarkan sesuatu dari belakang...). Ni!!! Camat ari ibu...Ngee...(Sambil menggoyang-goyangkan pinggangnya.)

Mak : Alar, mana adek dapat ni...!!!Ni bagi mak eh...? (Dengan ekspresi muka yang cukup terharu, seakan menahan air mata dari tertitik...).Sayang adek!!!Mak sayang semua...!!!!(Sambil memeluk erat dan mencium Laila.

********************

Tahu apa yang diberinya? Hadiahnya cuma sebatang kayu yang hujungnya ada hiasan 'Hati' berwarna merah dan harganya cuma RM 0.80! Tapi nilai-nilai estetikanya melebihi harga rezab sebuah tanah seluas 666666666666666666 ekar...Laila Najihah, anak bongsu yang masih belum petah berkata-kata, paling manja dan keras kepala amat...Dia sangat akrab dengan kakak dan abangnya yang lain (kecuali aku sebab aku suka usik adik kesayangan aku ni...) iaitu Auni Hartini, Aliff Wafi, Ammar dan Fatin Faqihah...Tapi, dalam usia yang masih mentah untuk anak kecil sepertinya menyatakan sayangnya walaupun secara 'implied', tidak sedarkah kita yang selalu bermegah hebat ini bahawa sebenarnya kita masih tidak tahu-menahu apa itu makna 'ibu tersayang'...Kita dalam sedar mahupun tidak, kita lebih memilih teman, kekasih, atau pun kerjaan lain kekadangnya....Jadi mari kita cakap SAYANG MAK melalui perbuatan pulak...Kalau lu tak mau, masuk neraka nanti, aaa...Errr, aku malu sebenarnya dengan semua adik-adik aku...Masakan tidak, mereka semua sudah beli dan berikan hadiah kepada mak aku...Sanggup berlapar demi menyimpan wang belanja sekolah mereka untuk membelikan sesuatu walapun harganya murah di mata sesetengah individu....Disebabkan aku mengalami masalah kewangan yang kritikal sekarang, aku sudah merancang untuk merakamkan sebuah lagu akustik dan diberikan kepada mak aku untuk beliau dengar dan faham apa yang beliau larght nyawa ulung aku dalam format CD-R...Tapi, kita hanya merancang...Komputer riba aku masih dirawat dan semua perisian untuk merakam ada dalam 'sayang' aku tu...ARGHT!!!Bersabar, nanti aku akan siapkan projek aku ni...Helllyearght!!! Sekali lagi, "Kepada NATERAH BINTI MARZUKI, abangah sayang mak dan tiada matahari selain mak..."...

p/s : Aku dah lama tak beli rokok kotak,
ayik isap rokok daun ja...Aih...Tak dak duet ngok...
Lagu ballad minggu ni :
I'll Kill Her (Soko), Lucky Man (Mocca),
Nana Mizuki tajuk lagu lupa, dan
Pretty Cast (Pig Destroyer...Err, ni bukan ballad larght...)