Wednesday, May 27, 2009

INGATAN BUAT DEWI SEHARI

Seperti biasa, aku masih jua kesiangan hari ini.Bangun, terus dicapai rokok.Hari-hari meloceng diri.Arght.Tercongok di depan peti televisyen, lihatlah dunia.Orght, aku terlupa, aku punya agenda hari ini.Mahu mendapatkan Ipod untuk adik aku, Fatin Faqihah.Jadi, pantas bersiap.Tapi bukan itu yang mahu diceritakan.

Bersama teman ke salah sebuah kompleks membeli-belah.Waktu mahu pergi untuk menjamu selera setelah dapat apa yang dicari, ada suara dari sekawan gadis memangil nama aku, kuat.Loh, itu Alia dan rakannya.Alia, seorang gadis yang berisi dan sangat disukai oleh semua pelajar lelaki mahupun perempuan di sekolah dulu kerana dia ramah, baik, kelakar, pandai ambil hati, dan yang paling penting dia GILA amat.Ingat lagi kat aku mak cik ni.

Aku lantas mendapatkan Alia dengan lagak seperti mahu memeluk.Hahak! Betul dia ni kelakar, belum sempat aku rapat dah disuanya aiskrim McD ke muka aku.Perbualan yang singkat bermula kerana aku sudah mahu pergi.Dan dia berkata, "Acap, err...Tau kan ex hang dah nak kawen, Yana...?".

Huh? Apa yang aku rasa? Jawab aku, "Dats so f**kin great!".Betul, aku tumpang gembira, aku jadi tenang.
Dia mahu kahwin, itu bagus.Ey, ini ex aku yang ketiga, aku banyak dosa sama dia.Aku tak pernah layan dia dengan baik.Aku pun tak tahu kenapa dulu aku terima dia sedangkan aku tak punya rasa apa-apa terhadapnya.Aku bersama ex aku yang pertama selama lima tahun, tapi kami pernah 'berehat' seketika.Jadi, dalam tempoh itu, mungkin sebab itu aku terima dia untuk membalas dendam kepada yang pertama.Aku jahat ngok.Jahat amat.

Yang sudah, itu sudah,kan. Tapi, walaupun aku dingin, dia tetap sabar.Woh, dia ni tidak secantik ex-ex yang lain, tapi dia unik. Manis, tubuh badan yang mantap, tinggi amat hampir menyamai aku, dan cakapnya lembut. Walaupun aku tak punya perasaan terhadap dia, tapi aku terkilan apabila ternampak dia berpelukan membonceng motor dengan teman aku waktu pulang sekolah, beberapa hari selepas kami putus.

Terima kasih buat SYARIFAH NURLIYANA, kerana pernah 'tersenyum' bersama. Moga-moaga berkekalan bersama SI POLAN (aku tak tahu sapa laki tu...Loh...) dan sentiasa bahagia.Aku? Heh, masih punya visi dan misi sementara masih muda. Maaf amat untuk segala.Aku tak layak.Selamat menempuh hari baru!!!

Tapi, saat kita pulang besama, berhimpit dengan yang lain dalam bas, makan coklat, kongsi seluar, minum dan makan kat tempat biasa, tunggu aku di depan pintu pagar sekolah pagi hari, borak depan rumah malam hari sambil merapu, gelak, tawa, lepak kat bawah rumah Mat Secret, dan semua hari yang telah dilewati tetap aku palitkan dalam minda hitam ini. Yana patut dapat lelaki yang baik, bukan Acap yang bobrok ini.

Aku ceritakan kepada ibunda tercinta tadi (mak aku memang orang paling sporting dari dulu sampai kini...). Jadi, tenang sikit rasa.

Nota kaki : Walaupun aku jahat amat, tapi yang baiknya aku ni, aku tak rosakkan anak dara orang, bersentuhan pun aku mintak izin dulu, dan aku tak pernah memburukkan semua ex aku. Kalian semua AMAT PENTING dalam pembentukan diri aku.