Wednesday, May 20, 2009

IRAMA ITU BERBICARA (YEARGHT, 'KAMU'!)

Sekarang nafsu aku tidak lagi berahi untuk bersenggama secara romantis dengan irama yang terhasil dari petikan gitar yang diselarikan oleh jari-jemari rengus aku. Kiranya sudah hampir dua tahun aku cuba untuk tidak memetik gitar, sama juga dengan azam aku untuk berhenti merokok, tapi lapuk jadinya. Nahunya, aku mahu lebih fokus bermain drums dan instrumens lain. Alhamdulillah, buat masa sekarang aku sudah boleh memainkan soprano decsent recorder, perkusi, tenor sax juga termasuk gitar dan drums. Walaupun tak berbakat, tapi kepuasan itu yang penting.

Sewaktu bermain band dulu, aku yang bertindak sebagai individu yang menukilkan seniirama juga senikata. Semuanya bermula sewaktu di tingkatan dua kiranya. Garis melodi awal yang tercipta memang persis lagu 'Suffer' (Cromok). Pada tika ini juga, minat aku disokong kuat ahli keluarga dan aku hampir dihantar ke kelas piano oleh ayah aku tapi aku tolak. Waktu di tingkatan tiga, aku dah mula perdengarkan lagu yang tercipta di hadapan mak aku dan lagu terawal adalah 'S.H.E / Destiny'. Mendapat respon positif dan itu mengembirakan. Dulu semua lagu yang dicipta berkiblatkan Metal!!! Hail!

Sekarang, kebanyakan projek seniirama yang aku buat lebih ke arah ballad, melodic,instrumental, akustik, sampling juga sedikit pyschedelic mungkin. Ia bukan untuk diperdengarkan kepada khalayak tapi lebih berorientasikan ke arah kepuasan dan cara aku untuk lari seketika dari dunia nyata yang bobrok amat ini. Antara perisian komputer yang digunakan adalah Pro-Tools audio manager, Audacity Beta, Converter apa ntah dan Digital House Recording (kalau silap eja, maaf eyk...) dan etc. Sekarang aku mahu ceritakan maksud di sebalik lagu yang terhasil kerana semua tidak punya suara, hanya irama semata.

1. Dia / Ilusi / Mimpi
Lagu 'Dia', 'Ilusi' dan 'Mimpi' adalah tiga lagu yang berbeza struktur, emosi, juga mesejnya. Tapi ketiga-tiganya saling menguliti untuk menjalinkan satu penceritaan. Aku cuba menyelitkan teknik plot dalam penceritaan, selalunya teknik sebegini diguna dalam lagu-lagu Opera, symphonic, gothic metal.

'Dia' adalah lagu yang paling susah sekali untuk disiapkan. Ia punya banyak bahagian gitar yang dipatenkan sekali, 4 gitar dan sampling yang memberontak. Di awal lagu ini, aku selitkan teknik strumming yang memotong tempo, shredding yang biasa saja dan duo gitar yang berlawanan. Secara tersiratnya, lagu ini kedengaran sedih tapi natijahnya ia adalah berkenaan ekspresi sepi dari seseorang yang mengalami depresi. Beliau hilang dalam dunia nyata lalu mencipta dunia fantasi sendiri. Sampling dalam lagu ini seakan-akan ratusan suara yang menjerit kesakitan yang bermaksud perasaan kacau-bilau dan bunyi di medan perang yang bermaksud beliau cuba lari dari obsesi gila dunia nyata. Beliau mencari sesuatu atau seseorang untuk merangkul tangannya pergi jauh dari realiti. Lagu ini adalah melodi original sebelum siapnya lagu 'Crown Of Magician'. Erm, lagu ini dipengaruhi kuat oleh puisi 'Bila Demokrasi Bersuara'.

'Ilusi' pula adalah kesinambungan dari perlarian beliau tadi ke alam fantasi. Ia klimaks dalam penceritaan ini. Fingering, plucking sebagai intronya sebenarnya adalah melodi (flamengo) penutup untuk lagu 'Keranda Untuk Mama'. Di bahagian kedua lagu ini bermula dengan agak laju lalu disahut solo sebagai alas melodi. Pada waktu ini, ia menceritakan bahawa beliau tadi telah ketemu seseorang yang merubah perspektifnya ke arah kehidupan berbunga-bunga. Beliau lari mengejar namun takut mendekati kerana banyak ranjau menghalang. Di bahagian ketiga, ada sampling bunyi ombak dan angin yang sayu. Maksudnya, beliau seakan-akan telah terdampar dan hampir berputus asa. Secara tiba-tiba, di bahagian keempat, solo yang laju tapi mendayu mengambil tempat. Solo ini adalah buah tangan asal Pali dalam lagu 'The Song From The Unwanted Child' tapi digubah semula. Tika ini ia menceritakan tentang kekalutan dan kecelaruan minda bahawa apakah yang dicarinya sebenarnya. Beliau mahu ketemu sama 'orang' tadi tapi 'orang' itu seakan menjauh. Tapi dia nekad dan berjanji bahawa 'orang' itu adalah destinasi walaupun beliau tak punya apa untuk dijanjikan. Solo lagu ini hanyalah ulangan turun dan naik Do Re Mi dalam 'e' minor tapi aku yakin sesiapa pun akan terpegun jika mendengar. Bukan omong kosong.

Yang terakhir, 'Mimpi'. Tajuk asal lagu ini adalah 'Mimpi I***y' (maaf, terpaksa diselindungkan....Takut mengganggu sensitiviti orang lain...). Lagu ini bermula dengan shredding yang mengharukan. Tapi, kata 'seseorang', lagu ini adalah lagu gembira yang menyedihkan. Lagu ini dalam 'g', jadi moodnya agak segar. Teknik yang dimainkan adalah note yang menjadi seakan mainan piano. Latar belakang lagu ini adalah bunyi hujan yang menggambarkan ketenangan dan kekosongan. Lagu ini cuba menceritakan tentang rasa tenang beliau selepas mengambil keputusan untuk menjadi penunggu yang setia setelah sedar akan dirinya yang hina. Dan beliau merasakan hati seseorang itu tak akan diperolehinya walau dipaksa. Tapi lagu ini tidak dibuat dalam proses rakaman yang baik kerana masalah teknikal. Ia seakan-akan B-side untuk penceritaan ini. Ada sampling dari '1 Litre Of Tears', suara Kato Aya yang berkata lebih kurang macam ni lar, "seronok jadi burung di langit...bebas...". Akhir lagu ini ada sampling jam loceng yang bermaksud semua yang dilalui beliau hanyalah mimpi....

Banyak lagi lagu yang aku siapkan, tapi hanya 3 lagu ini yang pernah diperdengarkan kepada seseorang jadi aku ceritakan sedikit ceritanya. Nanti aku ceritakan tentang lagu lain pulak. Ini macam one-man-band lar. Err, kalau ada sesiapa yang nak dengar, cakap lar kat shoutbox tu. Aku bagi percuma ja, seni kan untuk semua. Tapi, harus dinyatakan lagu-lagu ini didedikasikan khas buat 'KAMU'. "Saya xkan bosan ska kmu dan jgn tkut, sy xharap utk disukai kmu...", itu memang betul, bukan janji kosong.

p/s : Terimakaseh buat Sofea yang tolong aku...
Aku budak kecik...