
Angah, individu yang paling kelakar dan ceria antara kami berempat...Mengisi setiap ruang kami dengan lawak yang entah apa-apa...Dia juga satu-satunya yang masih mempunyai komitmen terhadap si kekasih,namun dia tetap mengutamakan mimpi yang tercipta antara kami...Dia juga masih belajar di IPT (lokasi terpaksa dirahsiakan...) demi menggengam satu kebanggaan..

Semangat memberontak dalam diri anak muda sentiasa menjadi nadi penggerak...Syammel, masa kami selalu dihabiskan dengan menghuru-harakan gig...Kami kini berjauhan kerana dia kini menyambung pengajiannya di salah sebuah IPTS (lokasi masih perlu dirahsiakan...) dan dia sedikit tertekan dengan hidup baru...Seperti biasa,perbualan kami kebanyakannya berkisar tentang musik, musik, dan musik...
p/s: Aku bersyukur dianugerahkan oleh Yang Maha Segala
tiga orang SAHABAT yang kuat bersama...