Friday, September 26, 2008

DEMOKRASI ITU DUNIA

Bila demokrasi bersuara,
Tunduk mereka hanya berkata ‘Ya’,
Tawa tenggelam di arus duka,
Tangis mewarnai semua cerita…
Lihat ke arah sana,
Benarkah itu mereka,
Anak-anak kecil yang melakar cita,
Dengan darah sebagai warna…
Bila demokrasi bertakhta,
Wanita dipaksa menjadi hamba,
Golongan tua terpaksa menjilat dosa,
Bayi kecil dipijak penuh bangga…
Dunia di telunjukmu,
Rakyat dipaksa membisu,
Empayar neraka beralaskan sejadah yang satu,
Perisai duri berdinding batu…
Bila demokrasi beraja,
Tentera berpanji hitam ketawa,
Dunia milik mereka,
Dengan visi menggantikan syurga…
Kerana demokrasi itu dunia…