Saturday, September 27, 2008

AKU RAHSIAMU

"Kalau setahun orang tak cari dia, setahun lar dia diam!
Kenapa?Ego sangat?!Megah julang lar ego tu!!!"
Aku menerima pesanan ringkas terakhir seperti itulah sebelum ia menjadi tunjang perpisahan antara aku dan dia, seorang gadis yang pernah merubah hidup aku...Satu-satunya yang berjaya...Mengapa aku berdiri atas paksi keegoan? Bagi aku, lelaki harus punyai ego kerana tanpa ego,tiada kemegahan dalam diri seorang lelaki...Namun,aku terlalu memanipulasikan ego lantas aku tewas...Dan,mungkin inilah yang menyebabkan aku agak dingin dengan kaum yang istimewa ini...Natijahnya,aku tak mungkin dengan mudah melutut di sisi kecantikan dan keindahan dunia semata-mata...Aku melihat dunia dari perspektif yang berbeza dan jika aku diklasifikasikan sebagai seorang individu yang pasif,aku terima...Aku hanya anak kecil...Maafkan aku...