Wednesday, March 11, 2009

SARI BERITA UTAMA

Sekadar gambar hiasan
Melaka, 12 Mac 2009 : Penulis blog ini sekali dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dihadapan komputer riba miliknya yang masih aktif memutarkan lagu I Want Out dendangan Helloween selepas lagu Death Is Just A while oleh Mandatory sebelum beliau menghilangkan diri. Hasil soal siasat keatas saksi berhampiran, Encik Kumareselvam, penjual air buah-buahan secara kecil-kecilan, penulis blog ini telah melakukan banyak perkara aneh beberapa hari sebelum. Beliau dikatakan telah membeli sekeping CD kosong serta kertas pembalut hitam dan katanya, "aku bosan... So, aku beli lar menatang ni...Nanti pa plak kata Pak Cik Unimart tu...".
Menurut Inspektor Nassert, motif kehilangan beliau masih dalam kesamaran dan pihak berkuasa masih giat menjalankan penyiasatan. Kes ini disiasat di bawah seksyen 2 (a) dibawah akta Contracts Act 1950. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran dan cabutan bertuah menanti anda.
Selain dari itu, hasil kajian yang dilakukan keatas orang ramai menunjukkan bahawa prestasi skuad bola sepak kebangsaan amat memalukan bukan disebabkan rasuah tapi kerana mereka lebih suka menuding jari ditambah dengan sifat dengki.

***21hb 3, Siksa Kubur turun sini...Bulan 5, Rotting Christ pulak...Aku kena berjimat sekarang...