Monday, October 20, 2008

MASALAH KETUMBUHAN LAGI

Kadang-kadang, aku ingin sangat nak mencarut bila aku dengar, baca, atau apa-apa sahaja yang bersangkut-paut dengan nilai persahabatan jika ia dinyatakan oleh seseorang yang kurang memahami secara mendalam tentang persahabatan...Kadang-kadang, orang ramai bercakap tentang persahabatan, namun mereka tidak dapat membezakan antara kawan, teman, sahabat mahupun kenalan...Jangan sekadar berhujah...Aku nak sangat mencarut sekarang...Apa yang aku lakukan bukan nak mencari masalah dengan orang, lebih-lebih lagi dengan orang yang menjalin hubungan dengan aku...Tapi, bila kita lakukan sesuatu untuk mereka, mungkin ia disalahtafsirkan...Dan, kalau tak sukakan seseorang, jangan diamkan dan lepaskan melalui non-vernal...Itu bodoh!!!Aku memang tak kisah jika dibenci...Sudah lama aku rasakan semua itu...Tapi aku sangat kecewa bila orang lain berselisih atau bermasam muka dengan orang yang berada di sisi aku (keluarga, sahabat, kawan....)....Aku memang nak sangat mencarut...Tapi Pulai masih anggap dia kawan dan sebagai kawan Pulai, aku masih bersabar...
p/s : Entry ini terzahir dari amarah, kecewa...
Mungkin sebab itulah, ayat dan perbendaharaan kata
agak pincang...maaf...
Gambar di atas, mereka sangat menghargai nilai perhubungan...

Friday, October 17, 2008

SECEBIS CERIA DI HARI MULIA

Paul Smith, Edwin, Zakiah Collection, Che Yah Collection ( Tok aku..), Vincci, Levis, blablabla...Akhirnya, hanya kain pelikat dan baju hasil jahitn tok aku yang membaluti tubuh aku seharian di Aidilfitri....Hahahahak!!! Sangat indah Aidilfitri kali ini...Tak terungkap dengan taipan di ruang ini...Semoga nafas ini masih kuat terhembus menantikan tibanya lagi tahun hadapan...

p/s: Ayah aku memang agak kurang gemar bergambar...

SYURGA AKU, KEIZINAN DIA

"Setiap anak punyai masa depan masing-masing," jawapan ringkas yang lahir ikhlas dari mulut ibu aku, wirawati tercantik di dunia... Dahulu, apa-apa masalah tidak pernah aku kongsikan bersama keluarga aku...Sakit yang teramat sekali pun masih aku diamkan...Namun kini aku mula berani berkongsi masalah dengan mereka...Ibu aku antara wanita yang paling terbuka aku pernah kenal...Dari isu duniawi hingga ukhrawi, isu ilmu juga berkenaan gadis-gadis juga pernah kami bicarakan...Sikap keterbukaan ibu aku antara sebab mengapa kebanyakan anak-anaknya lebih rapat dengannya berbanding ayah mereka...Dan dua malam yang lepas, aku nyatakan kepadanya bahawa aku sudah hampir berputus asa untuk meneruskan hidup di sini...Namun sikap tenangnya melembutkan hati kotor aku...Ibu aku, orang ketiga yang paling aku kagumi dan sayangi...
p/s: Gambar dirakamkan sewaktu hari istimewa untuk wirawati tersebut...

Thursday, October 16, 2008

DARAH KITA SAMA TERHANYUT

Dalam kamus hidup aku, hanya terdapat sedikit wira dan wirawati yang aku kagumi...Salah seorang darinya adalah abang aku sendiri, Ahmad Saufy Bin Mohd Pami...Dia banyak mempengaruhi hidup aku walaupun gaya kami berbeza, mungkin...Kami sangat terbuka bila berbicara...Apa sahaja isu pernah kami kongsikan walaupun bukanlah keseluruhan...Tidak pernah kata sayang kami ucapkan namun dari gerak-geri, semua telah tersurat...Dia kini masih dalam pengajian demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang fotografi dan sewaktu aku masih bergaya dulu (hahahak!!!) sewaktu zaman persekolahan, aku pernah dijadikan model oleh abang aku untuk menyiapkan tugasan akhirnya...Banyak lagi yang ingin aku tuliskan, tapi nantilah...
p/s: Buat sekian kalinya kami bergambar bergandingan...
Sewaktu hari pendaftaran aku di IPTA...

NADI MENGAMARAH

ARGHT!!! Semester ini, aku kembali bermusik... Bukan secara individu, tapi bergerak dalam band...Walaupun nyatanya, band ini sekadar mengisi saat sengkang... Aku dah hampir berjaya meninggalkan instrumen pertama aku iaitu gitar dan kini aku lebih fokus terhadap drum... Teman-teman aku mengajak aku mengisi posisi drum dan aku sangat setuju kerana setelah sekian lamanya aku tidak menghentak drum semaksima boleh untuk memainkan irama nadi aku, METAL!!! Antara lagu yang sempat dimainkan adalah Misty (Cromok) merangkap lagu wajib aku dan Phallie dahulu, Die, Die My Darling (versi Metallica) dan Seek And Destroy (Walaupun lagu-lagu yang dimainkan tak sejahat lagu yang selalu band aku mainkan, puas juga aku...)... Aku sudah berpeluh walaupun baru bermula, bukan peluh pancit, tapi peluh yang penuh bersemangat...Pedal berkembar digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan tekanan yang menepu di minda...sangat puas... Pernah juga sebelum ini bermusik bersama teman sekampus yang lain, tapi kebanyakan lagu lebih terarah ke indie/pop/punx...Walaupun bukan minat aku, tapi aku sangat gersang untuk bermusik, jadi belasah sahaja...

Monday, October 13, 2008

KEBOSANAN MELAMPAU

Latar tempat: Bilik.
Latar waktu : Sekitar 12 tengah malam.
Latar masyarakat : Melayu tipikal, pelajar UiTM.
Tututututut.....Nyaring telefon bimbit berpenggera yang buruk milik aku berbunyi. Satu pesanan ringkas telah sampai. " Ey, f##ker!!! Wanna crack ur own f##king toes???!!! Jadi or tak ni nak stay out @ overnite this weekend? Kalau tak jadi, I'll kill u next time!!! No joke at all," begitulah paparan pesanan ringkas tersebut. Aku tergelak besar. Lantas jari-jemari ini terus lincah menaip, "Hail, big mouth!!! I dun think so. Kalau nak makan gulai stokin berperisa buah mempelam, aku boleh bagi. Ey, mesti lar jadi! There's a lot of unknown theory in my f##kin mind. So, I need to blow it all. Mesti jadi, kita mosh macam orang gila talak!!! Heavy metal is the king!". Sudah lama aku teringin bersama mereka setelah sekian lama merancang. Angah, Syammen, Halem dan insyaALLAH abang aku juga turut serta kali ini. Minggu ini ada gig, bukan Kami The Tour yang ingin dituju tapi kami ingin memporak-perandakan satu lagi gig hebat yang bakal menyelitkan satu band yang agak kental di persada bawah tanah, SARJAN HASSAN!!!Walaupun aku kurang sedikit dengan Hardcorepunx, tapi demi berjumpa rakan-rakan, apa yang hendak dikisahkan. Tapi, ada satu lagi berita besar. CARCASS, bapak Grindcore dikhabarkan akan datang bertandang ke Malaysia bersama line-up asal juga dengan teori-teori kesakitan mereka. Aku sangat teruja....

Sunday, October 12, 2008

ANAK MERDEKA YANG DERHAKA

Semalam, setelah empat hari aku dan Pulai menantikan datangnya malam itu, kami berjaya menghadirkan diri ke satu tayangan perdana Hati Malaya di kampus aku..."Adakah orang Melayu yang memakai pakaian serba Melayu itu Melayu?"...Aku tersangat kecewa kerana jumlah kehadiran pada malam semalam tersangat hambar, jika dikira dengan jari, tidak lebih 30 orang...Aku bangga dilahirkan sebagai Melayu...Aku bangga lahir di utara Malaysia, bercakap loqhat yang sama seperti Tunku Abdul Rahman...Aku bangga bersekolah di Sekelah Menengah Kebangsaan Dato' Onn Butterworth, salah sebuah sekolah terkemuka di Pulai Pinang...Aku berbangga sekarang aku di Johor, tanah yang kuat keMelayuaannya...Dan aku sangat berbangga belajar di UiTM...Tapi aku hampa dengan orang Melayu sekarang...Aku bukanlah penggiat politik, malahan aku sangat membenci sistem politik parti...Tapi, minda aku semakin terbuka sekarang...Aku mungkin takkan berpolitik, tapi aku akan mengundi kerana mengundi itu adalah fardhu kifa'yah...Aku juga kecewa dengan segelintir orang Melayu terutananya pelajar-pelajar IPTA yang tidak tahu-menahu dan tidak mengambil tahu berkenaan Ketuanan Melayu...Di mana maruah anda sebagai MELAYU? Aku mungkin jahil dan tidak layak berkata sedeikian...Aku juga bukanlah individu pro-kerajaan...Aku juga bukanlah Melayu ortodoks...Tapi, atas dasar Merdeka yang patut anak muda lestarikan, aku cuba...Bukan mencatat sepalit sentimen perkauman...Bukan mengkritik orang Melayu...Sebagai orang Melayu yang hidup atas bumi bertuah ini, semua orang harus ada semangat patriotism...

Wednesday, October 8, 2008

DATANG IA SEAKAN MENGUJI




Ops Lastminute!!! Dua hari sebelum Aidilfitri yang mulia menerjah tiba, kami sekeluarga bergotong-royong membersih dan mengemas rumah demi menyambut terjahan kedatangan Aidilfitri...Ibu aku yang bertindak selaku penyelia gotong-royong tersebut memulakan tugasnya dengan mengejutkan kami adik-beradik dengan ngomelan yang mewarnai permulaan hari kami...Hahahak!!!Walaupun abang aku masih nyenyak dihanyut mimpi yang entah indah atau pun tidak masih membatu tanpa menggerakkan walau sedikit pun posisi asalnya di dalam bilik, begitu jua dengan ayah aku...Masih terhanyut...Auni Hartini dan Laila Najihah (adik aku yang paling kecil...) yang baru bangun dari tidur lantas datang mengucup aku dan ibu, tanda mereka telah bersedia untuk turut serta walaupun nyatanya mereka masih terlalu mentah untuk itu... Ammar dan Alif Wafi, abang kepada mereka merangkap adik aku juga lantas tergerak untuk bersama... Fatin Faqihah, juga adik aku yang agak pemalas mengambil bahagian walaupun masam mukanya asyik dimarahi aku...Hahahak! Bermacam-macam hal yang kami lakukan tapi hanya di dalam rumah...Malam berikutnya barulah di luar rumah...

Monday, October 6, 2008

PENGUMUMAN YANG TERGAMAM

Aku masih tak berkesempatan untuk memaparkan gambar-gambar yang terakam sewaktu Aidilfitri bertandang membawa seribu satu erti yang tak terungkap dengan lidah kelu yang dikawal aloh minda kotor ini...Aku masih cuba mencuri sedetik waktu untuk itu...Nantikan sahaja...

Thursday, October 2, 2008

PENTAS RATAPAN HIDUP








p/s: Warkah tanpa nota yang dipersembahkan istimewa untuk Syammen...
Terima kasih kerana masih bersama...
Hail!!!!