Sunday, October 12, 2008

ANAK MERDEKA YANG DERHAKA

Semalam, setelah empat hari aku dan Pulai menantikan datangnya malam itu, kami berjaya menghadirkan diri ke satu tayangan perdana Hati Malaya di kampus aku..."Adakah orang Melayu yang memakai pakaian serba Melayu itu Melayu?"...Aku tersangat kecewa kerana jumlah kehadiran pada malam semalam tersangat hambar, jika dikira dengan jari, tidak lebih 30 orang...Aku bangga dilahirkan sebagai Melayu...Aku bangga lahir di utara Malaysia, bercakap loqhat yang sama seperti Tunku Abdul Rahman...Aku bangga bersekolah di Sekelah Menengah Kebangsaan Dato' Onn Butterworth, salah sebuah sekolah terkemuka di Pulai Pinang...Aku berbangga sekarang aku di Johor, tanah yang kuat keMelayuaannya...Dan aku sangat berbangga belajar di UiTM...Tapi aku hampa dengan orang Melayu sekarang...Aku bukanlah penggiat politik, malahan aku sangat membenci sistem politik parti...Tapi, minda aku semakin terbuka sekarang...Aku mungkin takkan berpolitik, tapi aku akan mengundi kerana mengundi itu adalah fardhu kifa'yah...Aku juga kecewa dengan segelintir orang Melayu terutananya pelajar-pelajar IPTA yang tidak tahu-menahu dan tidak mengambil tahu berkenaan Ketuanan Melayu...Di mana maruah anda sebagai MELAYU? Aku mungkin jahil dan tidak layak berkata sedeikian...Aku juga bukanlah individu pro-kerajaan...Aku juga bukanlah Melayu ortodoks...Tapi, atas dasar Merdeka yang patut anak muda lestarikan, aku cuba...Bukan mencatat sepalit sentimen perkauman...Bukan mengkritik orang Melayu...Sebagai orang Melayu yang hidup atas bumi bertuah ini, semua orang harus ada semangat patriotism...