ARGHT!!! Semester ini, aku kembali bermusik... Bukan secara individu, tapi bergerak dalam band...Walaupun nyatanya, band ini sekadar mengisi saat sengkang... Aku dah hampir berjaya meninggalkan instrumen pertama aku iaitu gitar dan kini aku lebih fokus terhadap drum... Teman-teman aku mengajak aku mengisi posisi drum dan aku sangat setuju kerana setelah sekian lamanya aku tidak menghentak drum semaksima boleh untuk memainkan irama nadi aku, METAL!!! Antara lagu yang sempat dimainkan adalah Misty (Cromok) merangkap lagu wajib aku dan Phallie dahulu, Die, Die My Darling (versi Metallica) dan Seek And Destroy (Walaupun lagu-lagu yang dimainkan tak sejahat lagu yang selalu band aku mainkan, puas juga aku...)... Aku sudah berpeluh walaupun baru bermula, bukan peluh pancit, tapi peluh yang penuh bersemangat...Pedal berkembar digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan tekanan yang menepu di minda...sangat puas... Pernah juga sebelum ini bermusik bersama teman sekampus yang lain, tapi kebanyakan lagu lebih terarah ke indie/pop/punx...Walaupun bukan minat aku, tapi aku sangat gersang untuk bermusik, jadi belasah sahaja...
Dan jika gua bukan manusia, apakah lu sebenarnya? Lu boleh marah kalau lu follow blog ni, tp gua tak follow lu balik. Tu hak gua, salah seorang yang hidup bawah langit demokrasi. Motif gua berjima' dengan laman sesawang ni pun adalah sebagai diari yg kelak gua tua gua dapat ingat kembali memori masa gua muda :) .Gua bangga dengan Diaridosa yang tak seberapa ini, kerana Diaridosa inilah sejujur-jujur hati gua. Achtung, gua selalu menipu di realiti tp penulisan gua bukan begitu. Gua tak harap orang follow, gua cuma nak menulis. Terimakasih kepada pembaca yang setia. \m/
Tak ada apa-apanya pun. Gua cuma kutu, sama macam kalian juga. Kutu yg menghurung palat hipokrit dunia. Oh ya, kepada gadis-gadis, kalian semua gojes. Kalau sunyi, bisiklah nama gua sebagai teman. Perght. Haha.\m/
farysasinsabell@yahoo.com atau klik banner diatas.