Monday, September 14, 2009

ANTARA NAFIRI DAN BINGKISAN SEPI

i.
Di toko sempit jauh dari selatan jiwa,
Tersudut terperosok hati lusuh berdosa,
Dia ditempatkan untuk menimbangtara dunia,
Dibiarkan untuk belajar melancap tua,
Agar melodi nafiri syurga terusan terkesima,
Dibiarkan juga untuk menyepakterajangkan mahkota raja singa,
Dibiarkan meludah dewa-dewi angkasa berbingkiskan sepi tak berpurnama…

ii.
Tawarikh berganti terberak dia menahan segala,
Sakit, sunyi, depresi juga semua najis ditelan jua,
Dia tak punya apa cuma semangat mahu meredah gerbang neraka,
Semakin lama berdansa dia tahu tiada tari tiada irama,
Benarkan saja dia mati disula jika tak bisa menahan kutukan angkasa,
Kerana siapa dia untuk berhenti sedangkan masa sudah mampir tiba…

iii.
Dia masih ketawa walau semuanya hanya pura-pura,
Hari ini dia tahu jika tersedu dia hanya membutuhburitkan mereka,
Dia masih mencuba bersekutu bersama ujian juga bencana,
Masih tak putus nyanyinya menyeru cahaya,
Tak putus juga percaya dia ada apa yang Pelacur Tua pinta,
Pelacur Tua yang tersengih melihat dia goyah kekadang diponggah wali syaitan muda,
Ya, dia hampir mati jika berputus melodi asa…

iv.
Walau tak mampu lagi bersetubuh nafas dan gerak setia,
Walau semakin jauh dari muka-muka nan sempurna,
Walau tak terlihat dua destinasi yang dulu dekat memeluknya,
Walau tak terhasil apa yang diusahakan masih dicuba,
Walau jauh dari bunga-bunga diikat tak tahu apa simpul diguna,
Dia tetap cuba mempersetankan itu semua walau duka tak berpaling tiba…

v.
Jangan kau berhenti selagi tiada pelangi menyulam ceria,
Jangan pula kembali jika pergi bersama sesalan yang seketika,
Jangan kau berkata jangan kerana itu bukan jawapan untuk berpaling hala,
Kau pernah berjanji tak akan mudah dipijak dilenyek dunia,
Kau akan kembali ketawa seperti mana diri kau yang lama,
Kau akan ketawa, ketawa, dan terus ketawa,
Kerana kau tahu harga antara nafiri dan bingkisan sepi nan setia…

Nota Kaki Terpijak Tahi Sendiri: Gua rasa ‘lu’ sama dengan gua…Dan rangkaian perkataan di atas memang didedikasikan untuk ‘lu’…Semoga cepat sembuh wahai Si Celaka…Bukan ‘lu’ saja yang menderita…Ramai lagi di sana yang tercerai tawa…’Lu’ yang ajar gua, “Life sucks…So, just fuckin Rawk N Roll!”…Jadi, bangun…

Gua cuba hilangkan tekanan bulan ini dengan melayan ; Grind Bastard (Benidiction), Smear Campaign (Napalm Death), Cowboys From Hell ( Pantera), Tomb Of The Mutilated (Cannibal Corpe), Overcome (All That Remains), Perverse Recollections Of A Necromangler (Walking The Caldevar), dan semestinya All Eternity (To/Die/For). Lagu peneman lelap, gua tak bosan-bosan dengar Lucky Man (Mocca). Mungkin ‘lu’ boleh cuba…

Mari...Cuba 'kau' pulak ikut tari aku...
Kalau benar kau TAK BERHATI...Berani...? Aku tak kisah...